part 4

6.5K 271 2
                                    

"Kak, aku nak duit." Aimi hulurkan tangannya di hadapan Alia. Alia hanya tenung tapak tangan Aimi sebelum jawab.

"Nak buat apa? Duit tu akak nak guna beli barang dapurlah," jawab Alia sopan. Memang. Memang semua orang di dalam rumah ini melayan dia dengan buruk. Tapi, apa pilihan yang dia ada? Dia hanya mampu untuk jawab dengan baik dan sopan. Tak boleh kasar seperti mereka.

Kalau tak, memang akan ada hukuman untuknya.

"Aku tak kira! Aku nak juga! Kau kan kerja, pergilah minta bos kau duit!" Kaki dihentak kuat. Dia mahukan duit. Kalau tak ada duit, macam mana nak berjoli dengan kawan-kawannya lepas sekolah nanti?

Alia menahan sabar. Kalau hari-hari macam ini, memang dia botakkan Aimi sampai tak ada sehelai pun rambut yang tinggal. Tapi, dia hanya mampu bayangkan saja. Tak berani dia buat betul-betul.

"Minta bos duit macam pergi cucuk duit dekat ATM. Aimi faham tak? Akak-"

"Bagi jelah adik kau duit. Apa susah? Tak luak pun duit kau kalau kau bagi." Pak Mahmud tiba-tiba mencelah. Bagi duit memang tak susah. Tapi nak cari duit itu yang susah. Pak Mahmud cakap senanglah, bukan dia yang cari duit.

"Tapi ayah-"

"Ayah dah suruh, kan? Bagi jelah. Atau..."

Atau apa? Soalan itu hanya ditanya di dalam hati. Sebab mulutnya sibuk mengunyah roti jem yang dibuat olehnya. Tiba-tiba, Aimi lari keluar dari dapur. Pada mulanya, Alia hanya biarkan.

Namun, bila dia terdengar pintu biliknya dibuka, dia terus lari ke sana. Pak Mahmud hanya biarkan anak-anaknya uruskan hal mereka.

"Aimi, Aimi buat apa tu?"

Apabila Aimi sedang selongkar lacinya, dia tahu yang dia sudah terlambat. Memang duit gajinya disimpan di dalam laci itu. Dia pun satu, jenis letakkan duit di dalam laci.

"Dapat pun." Duit gaji Alia diangkat tinggi. Seingat Alia, dia simpan duit gajinya di dalam laci sebanyak RM 300. Bermakna, Aimi telah ambil kesemua duitnya. Sebab Aimi jenis yang takkan kira duit yang ada. Dia akan ambil saja duit yang dia nampak.

Alia mengeluh untuk kesekian kalinya. Baguslah, duit gajinya sudah habis dicuri oleh adik sendiri. Lepas ini, akan adalah rungutan kerana dia tak masak untuk makan tengah hari nanti. Yalah, mana ada duit dah untk beli barang basah dan barang untuk masak.

"Lain kali, bagi jelah. Jangan kedekut dengan adik sendiri. Dahlah, aku pergi dulu." Tanpa salam, Aimi keluar dari bilik Alia dengan duit milik Alia. Alia hanya memandang laci yang masih terbuka.

Penat-penat dia bekerja untuk seminggu, duit gajinya habis macam itu saja. Bukan dia tak tahu tiga ratus itu akan habis dalam masa sehari kalau Aimi yang guna duit itu. Kenal sangat dengan perangai adiknya. Dia takkan simpan walaupun seringgit untuk keluarga sendiri. Kalau tiga ratus yang dia dapat, jumlah itulah yang dia akan habiskan.

Tiba-tiba, Alia mula teringat sesuatu. Dia tutup pintu biliknya sebelum dia ambil kerusi dari meja soleknya. Dia panjat kerusi itu untuk capai sesuatu di atas almari bajunya.

"Yes, dapat!"

Dia bersihkan tabung miliknya yang sudah dilitupi habuk. Ya, dia masih ada tabung untuk menyimpan duit baki yang dia dapat selama ini. Nasib baiklah dia ingat untuk simpan di atas almari. Kalau tidak, gerenti duit di dalam tabung akan habis begitu saja seperti gajinya.

Bibir nipis Alia terangkat sedikit. Masih ada duit yang boleh dibelanja untuk beli barang dapur. Sabar ya ibu dan ayah. Alia keluar kejap.

~~

"Abang Ar... Hantarlah Miraa pergi sekolah..."

Aryan yang sedang sibuk mengikat tali leher mula terbantut kerjanya dengan rengekkan daripada Amiraa. Aduh, adiknya pun satu. Tadi waktu Tuan Ilyas dan Amirul keluar, tak nak pula minta tolong hantarkan.

Dia tahu. Permintaan Amiraa hanya untuk susahkan dia. Nampaknya Amiraa sudah berkomplot dengan Amirul untuk rancangan hantarkan adik bongsu ke sekolah.

"Tak boleh. Aku sibuk." Tangannya terus sambung ikat tali leher. Dia masih ada mesyuarat yang memerlukan kehadirannya.

"Sibuk apa? Dengan perempuan?" tebak Amiraa. Dalam hatinya sudah berbakul kutukan, khas untuk Aryan. Handsome, ada kerjaya, tapi tak ada girlfriend. Itupun dia hanya agak saja.

"Jangan sibuk hal akulah."

"Mana ada sibuk. Miraa cakap je, itu pun nak sentap." Aryan diam. Nasib baik ikatannya sudah siap. Dia jeling Amiraa dan nampaknya adiknya pun turut sentap.

Tch, perempuan memang menyusahkan.

"Fine. Aku bagi kau dua minit je. Kalau kau tak masuk dalam kereta sebelum dua minit, aku tinggal."

Dapat dia nampak anak mata Amiraa bersinar. Ceh, dah dapat apa yang dia nak, mestilah happy.

"Thank-" Tangannya didepa untuk memeluk si abang. Namun Aryan sempat elak daripada pelukan yang akan membuatkan baju kemejanya kedut.

"Aku kata cepat. Two minutes started ten seconds ago." Suara authority telah keluar. Amiraa touch up tudungnya di hadapan cermin sebelum turun ke bawah.

"Okey!"

Amiraa hanya tunggu di hadapan Audi A7 milik Aryan. Memang dia nak masuk, tapi macam mana dia nak masuk kalau Aryan sendiri lupa untuk unlock keretanya?

Akhirnya Aryan keluar juga. Dengan beg bimbit yang dia selalu bawa ke tenpat kerja, dia lihat kelibat Amiraa yang setia berdir di hadapan keretanya.

"Apahal tak masuk lagi?"

Amiraa tidak jawab. Sebaliknya dia buat gaya buka pintu kereta yang masih berkunci.

"Ouh, lupa." Muka Aryan jelas menunjukkan riak tidak bersalah. Terus Aryan tekan butang unlock. Nak marah Amiraa pun tak boleh, sebab dialah yang pegang kunci keretanya sendiri.

"Jom!" teriak Amiraa. Aryan yang sudah masuk tutup telinganya menggunakan kedua belah tangan. Aduh, kalau hari-hari macam ini, mahu pekak telinga dia.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now