part 26

4.8K 194 0
                                    

Nada dering telefon Alia membuatkan Alia tersedar dari tidur. Dengan matanya yang masih kabur, dia capai iPhone yang berada di sebelahnya.

1:30 pagi. Wah, lamanya dia tidur.

Dia tak sempat jawab panggilan itu, namun dia dapat lihat siapa yang telefonnya pagi-pagi buta macam ini. Amiraa. Haih, ini yang makin sayang dekat adik Si Aryan ni.

Dia buat keputusan untuk tidak telefon Amiraa semula. Sebab dia tahu, kalau dia angkat, mesti Amiraa suruh dia pulang ke rumah. Dan dia tak nak pulang ke rumah lagi. Ya, dia dah buat banyak hati risaukan dia. Tapi, dia masih terasa dengan kata-kata Aryan.

Dan, ya. Dia sengaja tidur di pejabat. Dah dia tak nak balik, ke mana lagi dia boleh pergi. Sebab itulah dia biarkan komputer terpasang. Buat-buat macam dia tertidur di pejabat.

Kini matanya melekat pada figura yang sedang lena tidur di hadapannya. Figura itu, memang sah lelaki. Sebab dia tak pakai tudung. Lagipun, dia kenal dengan pemilik rambut ash blonde itu. Aryan.

Tapi, apa yang dia buat dekat sini? Takkanlah Aryan sanggup datang pejabat semata-mata nak tidur di pejabat.

Sekarang, dia berada di dalam dilema. Perlu ke dia kejut Aryan dan suruh dia balik? Atau, dia hanya perlu biarkan Aryan tidur di situ. Oh, susah betul nak buat pilihan.

Tapi, dia tak perlu buat pilihan pun. Sebab Aryan telah sedar dari tidur apabila Alia buat sesuatu dengan telefonnya tadi. Cahaya yang datang daripada skrin telefon membuatkan dia tersedar dari tidur.

Aryan keluarkan iPhonenya untuk berinteraksi dengan Alia. Dia tulis sesuatu sebelum menghantar pesanannya melalui WhatsApp.

Jom balik. - Aryan

Alia pandang Aryan. Dia mahukan penjelasan di sebalik mesej yang disampaikan. Aryan yang mula faham dengan pandangan Alia mula tulis sesuatu.

Suara aku dah hilang. So, dalam dua tiga hari ni aku akan send mesej dekat kau. Faham? - Aryan

"Faham." Dia malas nak tulis. Lagipun, Aryan memang dah ada depan mata. Tak perlu kut nak bazirkan data semata-mata untuk balas mesej Aryan.

Dah, jom balik. Semua orang tengah risaukan kau. - Aryan

"Tak nak." Senang saja jawapannya. Namun, sesenang jawapan dia, senang lagi tahap kemarahan Aryan naik.

Punyalah aku korbankan kualiti tidur aku semata-mata nak teman kau, kau boleh kata tak nak balik. Cis, baik aku biar je kau dekat sini! - Aryan

"Saya tak suruh pun awak datang." Betullah tu. Aryan sendiri yang datang dan tidur di situ. Dia tak paksa pun.

Tak kira. Kau ikut aku balik. - Aryan

"Tak nak." Alia mula protes. Suaranya juga kedengaran tegas. Dia tak nak balik, boleh tak jangan paksa dia?

Aryan mengeluh. Dia simpan telefon dia sebelum dia bangun. Kerusi diletakkan semula di tempatnya. Dia matikan komputer Alia dan kemaskan barang-barang Alia. Walaupun Alia tegah perbuatannya, tapi dia masih berjaya untuk sumbat barang-barang Alia ke dalam beg.

Beg Alia disilangkan ke badannya sebelum dia dukung Alia. Pandangan tajam diberikan supaya Alia tidak meronta di dalam dukungannya. Alia yang malu dengan Aryan hanya sembamkan mukanya pada dada Aryan.

Aryan gerakkan bibirnya dengan mesej, 'peluk aku' pada Alia. Tangan Alia merangkul leher Aryan. Walaupun tengah malu, tapi dia masih tak nak jatuh sebab tak dengar cakap Aryan.

~~

"Akak pergi mana?"

"Awak tidur mana?"

"Alia okey tak?"

Ya. Soalan demi soalan dia dapat setelah dia berjumpa dengan orang di dalam rumah. Disebabkan dia dapat jangka perkara itu akan berlaku, dia dapat jawab dengan baik.

"I'm okay. Sorry sebab dah risaukan semua," pintanya ikhlas. Namun reaksi Aryan betul-betul menarik perhatian Alia. Reaksi yang terlalu jujur baginya.

Aryan taip sesuatu di dalam telefonnya. Habis saja dia taip, dia tunjukkan pada semua.

Dia memang nak tidur dekat office. Tapi Aryan yang paksa dia balik.

"Mana adalah." Alia menafikan hal itu. Tapi, memang betul pun. Dia tak nak balik, dia tidurlah di pejabat. Majoritinya memang salah Aryan. Sebab dah buat dia terasa.

Aryan tulis sesuatu lagi. Tapi kali ini, dia hantar secara personal pada Alia.

Ikut aku. Jumpa dekat pool. - Aryan

~~

Kau yang tak nak balik. Apahal nafikan pula? - Aryan

"Saya..."

Kau terasa dengan aku, kan? - Aryan

Tiba-tiba aryan hantar mesej begitu. Hm, memang dia terasa dengan Aryan. Tapi, nak jujur atau tidak?

Jadikan hal semalam sebagai pengajaran. Sekarang, jujur dengan aku. Kau terasa dengan aku? - Aryan

Ah, kau ni kan. Memang boleh baca fikiran orang, eh? Oh, patutlah Amiraa pandai baca fikiran orang. Ikut abang dia rupanya.

"Sikit." Alia buat tanda sikit dengan dua jarinya. Aryan mengeluh.

Kenapa tak jujur? Tell me apa yang aku dah buat? - Aryan

Okey, yang ini dia lemah. Jujur dengan Aryan bermakna dia akan malukan dirinya sendiri. Dan sekarang, dia berada di dalam dilema. Nak jujur, atau tidak?

"Awak, hmm... Awak..."

Awak, awak. Aku buat apa? - Aryan

"Awak kata awak tak nak tengok muka saya lagi. Lepas tu awak tinggikan suara awak dekat saya. Saya takut, tahu tak?" Huh, habis sudah sesi meluahkan perasaan. Aryan kelihatan terpana dengan luahan Alia. Tak lama lepas itu, dia meneutralkan mukanya semula.

Kenapa kau tak cakap? Look, kalau kau cakap, aku boleh pujuk kau. - Aryan

Riak muka Alia menjadi jawapan untuk ayat Aryan. Apabila Aryan mula menyedari perubahan muka Alia, dia baca balik mesejnya. Automatik mukanya berubah sama seperti riak muka Alia tadi.

Eh, maksud aku, aku boleh minta maaf dekat kau. - Aryan

Namun, jawapan Aryan tadi tidak mampu untuk mengubah pemikiran Alia. Dia masih lagi dengan jawapan Aryan yang pertama tadi. Hatinya mula tersentuh dengan jawapan Aryan yang mula-mula tadi.

Let's say that Aryan try to be sweet for his heroin. But, he don't want to show it clearly.

"It's okay. Saya masuk dulu." Dia mahu masuk untuk menghilangkan rasa gugup. Bila berada dekat dengan Aryan, entah kenapa dia senang sangat rasa gugup macam itu. Lagi-lagi bila Aryan kata dia mahu pujuk Alia. Lagilah dia rasa lain.

Wait. - Aryan

Aku bagi kau cuti hari ni. Rest well. - Aryan

Alia hanya seen sebelum dia menyimpan telefonnya. Jadi, Aryan dah bagi dia cuti. Apa lagi? Tidurlah!

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now