part 19

5K 205 0
                                    

"Tak payahhlah marah Miraa macam tu. Kesian dia." Alia nasihatkan Aryan. Mereka baru saja hantar Amiraa di rumah. Akibat merajuk dengan Aryan, Amiraa rela duduk di rumah seorang diri.

Daripada nak memandu keluar dari beranda rumah, terus berhenti. Iris mata Aryan memanah pandangan mata Alia.

"Adik aku, suka hati akulah. Kau sebagai orang luar, tak layak untuk nasihatkan aku."

"Awak ni kan, tak habis-habis. Tak layak, tak layak, tak layak. Ya, saya tak layak. Tapi saya pun ada adik. Dan saya faham apa yang Miraa rasa."

"Tell me. Apa yang kau faham?" Diam. Aryan gelak kecil. Cakap pandai, tapi bila suruh bagi jawapan, tak tahu.

"Aku sebagai abang, tipulah kalau aku kata aku tak sayang adik aku. Dia jelah satu-satunya adik yang aku ada. Yang aku kata tak ada manfaat tu, aku gurau je. Aku memang biasa bergurau macam tu. Tapi kenapa dia nak emo sampai merajuk dengan aku?" Aryan diam apabila mahu menyambung ayatnya. Pelik. Kenapa dia luahkan rasanya kepada Alia? Secara spontan pula tu.

"Bagitahu aku. Apa yang aku tak ada untuk jadi abang yang baik? Kekurangan apa yang aku ada sampai dia tak bersyukur ada abang macam aku?"

"Aku ada dengan dia waktu dia sedih sebab dia clash dengan ex dia sebelum ni. Aku beli makanan yang dia nak. Ingat tak waktu kita terjumpa dulu? Waktu tu aku baru beli makanan yang dia minta. Waktu dia susah, akulah yang ada dengan dia waktu mama, papa dengan Abang Am tak ada. Apa lagi yang dia nak sebenarnya?"

Hancur. Hancur hatinya. Rasa nak ungkit satu per satu kebaikan yang dia buat untuk Amiraa. Biar Amiraa sedar sikit siapa yang selalu ada dengannya.

"Hei. Baru sekali Miraa kata macam tu. Tak bermakna dia tak sayangkan awak. Awak nak tahu tak? Kalau kitaorang bercerita, memang dia tak lupa untuk cerita pasal awak. Tak pernah missed walaupun sekali. Tengoklah. Betapa dia bangga bila ada abang macam awak."

Air mata yang mahu mengalir terasa seperti naik semula. Aryan jeling Alia yang benar-benar mahu dia tahu tentang Amiraa. Hatinya mula tersentuh. Betul ke apa yang Alia katakan? Ke, hanya sekadar mahu menyedapkan hatinya saja?

"Betul?" soal Aryan. Jelas kedengaran rapuh di dalam nada suaranya. Dan Alia angguk sebagai jawapan.

"Sekarang, kita pergi office. Balik nanti baru pujuk Miraa. Saya rasa hati dia tengah panas lagi.

~~

"Alia. Masuk kejap," arah Aryan dari interkom. Sebelum Alia balas, dia pura-pura sibukkan diri dengan kerja. Tak naklah Alia nampak dia masih serabut dengan hal Amiraa.

Pintu diketuk dari luar. Dia hanya biarkan sehingga pintu itu dibuka dari luar. Tak payah tengok, memang dah tahu siapa yang masuk.

"Duduk." Sekali lagi suara Aryan memberikan arahan. Alia-duduk bersama dengan iPad ditangannya. Memang semua jadual harian Aryan berada di dalam iPad itu. Dia bawa sekali takut-takut Aryan mahu tanya tentang jadualnya.

"Kau perempuan, kan?"

"Memanglah saya perempuan. Saya bukannya khunsa." Apalah Aryan ni. Ingatkan bila dah pujuk, makin okeylah kepala tu. Rupa-rupanya lagi teruk daripada sebelum nangis tadi.

Weh, nak tahu tak? Aryan betul-betul nangis depan Alia! Tak tahulah kenapa dengan tangki kelopak matanya, tapi air mata Aryan tiba-tiba turun sewaktu perjalanan ke AR Company. Kalaulah Alia tengah pegang telefon, dah lama dia rakam.

Bukan selalu nak tengok bad boy nangis. Kalau tak, asyik nak tayang muka beku je.

"Tanya je. Ingatkan kau ni geng mak nyah." Bibir Aryan ternaik sedikit sebelum dia berlagak beku. Mungkin tenga membayangkan macam mana rupa alia kalau Alia betul-betul menjadi salah seorang daripada golongan mak nyah.

"Eh, hello! Saya perempuan tulen, okey." Pantang betul kalau orang mempersoalkan tentang jantinanya. Lagi-lagi pula, ini adalah kali pertama dia hadap perkara sebegitu. Aryan pun satu. Tak nampak ke tudung yang melindungi rambutnya?

"Straight to the point. Kau tahu tak nak pujuk Miraa?"

Alia rasa rahangnya hampir terjatuh. Namun, dia tahan. Ar... Aryan tanya apa tadi? Macam mana nak pujuk Amiraa? Kenapa kena tanya dia?

"Eh, awak kan abang dia. Takkan tak tahu nak pujuk kut?" Kata sayang adik. Tapi nak memujuk pun pergi tanya orang.

"Aku, Aryan Wong. Dan aku-"

"Saya tahulah awak Aryan Wong. Awak bukannya Amirul Wong." Aryan tepuk dahi. Tak pasal-pasal nama Amirul pun terpalit sama. Jangan bila mereka balik nanti, Amirul mengadu dia tersedak sebab ada orang yang panggil namanya.

"Ish, dengarlah dulu!" Pantang betul bila orang potong kata-katanya. Mata Aryan tiba-tiba memandang pen yang dia pegang sejak tadi. Jangan sampai pen yang dia pegang itu masuk ke dalam salah satu lubang hidung Alia nanti.

"Aku..." Aryan pejamkan matanya. Malulah nak jujur.

"Aku..." Sekali lagi ayatnya tergantung. Nak cakap ke tak? Penat Alia tunggu tu.

"Aku tak pandai pujuk orang."

Pantas mata Alia memandang muka Aryan yang memandang ke bawah. Aryan, apa? Tak pandai pujuk orang?

"Hah?! Bad boy tak pandai pujuk orang?" Terkejut? Mestilah. Harap muka je handsome, tapi tak pandai dalam bidang memujuk.

"Bad boy tak sama dengan playboy. Playboy banyak ayat-ayat manis. Kalau kau tanya aku macam mana nak buat jahat atau buat nakal, aku tahulah."

Haahlah. Aryan bad boy, bukannya playboy. Rasa nak hentuk kepala sendiri. Lepas ni sematkan dalam kepala tu. Aryan, bad boy. Bad boy.

Bad boy kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu, ianya adalah budak jahat. Jadi, Aryan tu jahat. Ingat benda tu sampai mampus.

"Sekarang, tolong aku bagi cara nak pujuk Amiraa."

Ps: apalah Aryan ni. Nak pujuk adik sendiri pun tak reti *done kutuk Aryan

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now