Kaki dimasukkan ke dalam kolam. Hanya paras betis saja yang sampai untuk kakinya. Well, dia kan pendek. Tapi, apa kena mengena dengan ketinggian?
Serentak, ayat Aryan pada petang tadi menerobos masuk ke dalam fikirannya. Nak kata dia masih terasa, mestilah. Sudahlah itu kali pertama dia meluahkan perasaan cinta pada lelaki. Dan percubaan kali pertamanya tidak berjaya seperti yang dibayangkan.
Tak cukup dengan itu, mindanya mula membayangkan keluarganya di kampung. Walaupun dia dihalau, dibuang oleh keluarga, tapi hatinya masih tak mampu untuk berdendam dengan mereka.
Dari kecil, memang dirinya saja yang salah dimata mereka. Perkara baik? Ada, memang ada. Itupun kalau dia ikut cakap merekalah. Yang lain, semuanya dia sajalah yang salah.
Tapi, itu semua ketika dia masih kecil. Bila dah besar, jangan haraplah boleh dapat layanan begitu. Semua perhatian mereka beralih kepada Aimi. Yalah, Aimi kan anak kesayangan mereka. Yang paling dia cemburu, walaupun Pak Mahmud berperangai begitu, namun dia tetap ada masa untuk Aimi.
Kalau dengan dia? Tak payah bayanglah. Memang takkan ada.
Perlahan-lahan air matanya turun setitis. Kemudian, air matanya makin mengalir deras.
Dia, rindu.
"Alia," panggil seseorang dari belakang. Alia pusingkan kepalanya dan... tangisannya makin perlahan.
Aryan. Tapi, bukan dia keluar ke tadi? Bila masa dia sampai rumah?
Aryan lipat seluar jeans sehingga berada pada paras lutut. Dia menyertai Alia dan rendamkan kakinya di dalam kolam. Kesejukkan air kolam dinikmati bersama dengan pemandangan malam yang amat cantik dan menenangkan jiwa.
Alia angkat kakinya semula. Kaki seluar dikemaskan supaya menutup auratnya.
"Kau okey?" Mata Aryan memandang muka Alia yang sudah comot akibat air mata yang masih tersisa. Comot-comot pun, tangan Aryan tetap bergerak untuk mengelap sisa air mata Alia.
"Aku tak suka tengok kau menangis. Tak kisahlah sebab apa pun. Jangan menangis lagi, okey?" ucap Aryan lembut. Air mata Alia yang jatuh umpama racun yang berusaha untuk menyakiti hatinya.
"Saya... rindu family saya. Rasa-rasanya, diorang rindukan saya juga tak?" luah Alia dengan suara yang serak.
Pandangan mata Aryan makin menunjukkan rasa simpati. Betullah apa yang dia dengar sebelum ini. Lain orang, lain masalah yang mereka hadapi.
"Alia, aku bukan nak buat kau bencikan keluarga sendiri. Tapi bila diorang yang halau kau, bermakna diorang takkan terfikirkan kau sebab rindu. Tapi mungkin sebab diorang mula susah bila kau tak ada." Itu hanya pendapatnya saja. Kalau Alia tidak setuju, dia tak paksa untuk Alia terima. Baginya, kalau dah sampai halau dari rumah, bermakna dia sendiri yang buang seseorang itu dari dalam hidupnya.
"Sakit, memang sakit. Aku faham. Sangat-sangat faham. Tapi Alia, itulah hidup. Tak ada orang yang hidup dengan jalan cerita yang gembira sampailah dia mati. Mesti ada something yang membuatkan jalan cerita hidup dia buruk sikit. Nak tak nak, kita kena terima benda tu. Orang dah buang kita, jangan mengemis perhatian orang lagi."
Daripada pandang langit, kini Aryan pusingkan badannya sehingga menghadap Alia. Namun, Alia masih lagi pandang depan.
"Macam aku. Kalau kau nampak, papa tak layan aku dengan baik. Ya, mungkin aku bertuah dari segi harta dan duit. Tapi bukan dari segi kasih sayang seorang lelaki yang bergelar ayah. Aku kurang dari segi itu. Tapi, kau tengok Miraa dengan Abang Am. Bagi aku, diorang dah cukup bertuah sebab dapat attention daripada papa. Aku? Kalau aku buat salah, barulah dia nampak aku." Aryan kelip matanya berkali-kali. Kolam kelopak matanya mula menakung air jernih yang terhasil. Bila dia bercerita tentang kisah hidupnya, mulalah kilang air mata berfungsi macam tengah buat over time.
"Jadi, tak semua dalam hidup ni boleh jadi kenangan yang baik untuk kita. Sekurang-kurangnya ada satu kenangan atau perkara yang membuatkan jalan cerita hidup jadi... you know, kurang."
"Lagi satu." Barulah Alia berani untuk pandang Aryan. Air matanya juga sudah berhenti mengalir. Jadi, tak adalah rasa malu kalau Aryan nampak air matanya turun lagi.
"Aku anak luar nikah."
Wait, what? Aryan... anak luar nikah?
"Yeah. Mesti kau pelik sebab nama aku berbinkan nama papa, kan?"
Alia angguk. Rasa terkejut masih ada. Bukan setakat terkejut, semua adik beradik terkejut semua ada.
"Itu semua sebab nak kaburkan mata orang. Aryan Wong bin Abdullah. Yes, that's me. Macam mana aku tahu, biarlah aku je yang tahu. Yang pasti, aku anak tak sah taraf. Mungkin sebab tulah papa tak layan aku dengan baik. Dia jijik ada anak yang kotor macam aku. Oh, damn. I'm crying." Aryan kesat matanya yang terus mengalirkan air mata dengan kasar. Dia tak percaya dengan dirinya apabila dia tak boleh tahan tangisan di hadapan Alia.
"See? Semua orang ada kisah yang membuatkan diorang rasa yang diri diorang kurang daripada orang lain. Aku masih boleh terima diri aku yang seadanya. Sekurang-kurangnya, papa masih boleh terima aku walaupun ada benda yang dia terlepas pandang."
"Aw... awak, saya-"
"Tak apa. Kau pun mesti jijik dengan aku, kan? Yelah, aku lahir pun sebab dua orang dewasa yang dah terlanjur berzina. Aku wujud pun, bukan atas permintaan aku." Suara Aryan seolah-olah berjauh hati. Yalah, siapa saja yang masih mahu dekat dengan dia, anak yang terhasil daripada perbuatan dua orang pendosa.
"Tak! Saya tak jijik dengan awak. Awak tak salah dalam hal ni. Cuma, saya terkejut. Hidup awak dah sempurna, tapi itu semua di luar. Kalau dalam rumah, awak ada kekurangan. Dulu, bila saya kenal awak, saya jealous dengan awak. Sebab awak ada keluarga yang sayangkan awak. Saya tahu, family awak mesti tahu tentang asal usul awak. Tapi, diorang masih boleh terima awak. Tapi saya? Anak sah taraf, tapi kena buang juga."
Cakaplah macam mana pun, dia tetap cemburu dengan Aryan. Dia tak boleh tapis rasa cemburunya.
"Apa yang aku luahkan dekat kau, tolong jangan cerita dekat orang, tau. Sekuat mana pun aku di luar, aku tetap tak kuat bila berhadapan dengan pandangan masyarakat. Bagi diorang, anak luar nikah sama salah macam parents dia."
Sebab itulah tak ramai orang yang tahu tentang asal usulnya. Dia takut kalau masyarakat menghentam dia dengan kata-kata nista dan buruk yang akan membuatkan dia lebih down daripada sebelum ini.
Dia pernah kena hentam? Mestilah pernah. Tapi, dia hanya dapat hentaman daripada rakan-rakan sekolahnya. Bila dia dah masuk ke universiti, dia tidak akan sesekali memberitahu tentang kisah hidupnya.
Kecuali Jake dan Danny. Hanya mereka berdua saja yang sudi berkawan dengannya walaupun dengan asal usulnya yang boleh dikatakan buruk oleh masyarakat. Bagi mereka, taraf seseorang tidak penting. Yang penting, hati budi seseorang. Itu yang penting.
"Leave me alone. Please, I just want to be alone," pinta Aryan lemah. Bila dia tengah sedih, biasanya memang dia minta untuk berseorangan. Well, setiap orang ada cara untuk melegakan hati sendiri.
Alia yang faham mula bangun dan tinggalkan Aryan. Mungkin, Aryan perlukan masa untuk jadi Aryan yang sebelum ini. Aryan yang kuat dan tidak memikirkan tentang kekurangannya.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...