part 16

5.5K 256 2
                                    

Nah." Kotak iPhone 13 yang dibeli tadi diberikan kepada Alia. Alia ambil walaupun dia tengah tahan tangannya daripada terus terketar-ketar. First time kut pegang barang mahal!

"Aku dah belikan nombor sekali. Make sure kau ingat nombor telefon kau sendiri. Oh ya, aku tak save number kau lagi. Jadi nanti kau jumpa aku."

"Kenapa tak buat dalam ni je?" Tak adalah. Alang-alang belum masuk kerja lagi, baik buat sekarang. Tak adalah kacau waktu kerja.

Tubuh Aryan sedikit mengeras. Ya tak ya juga, kan? Dia tak terfikir pun. Yang dia tahu, dia nak balik pejabat dan selesaikan kerja yang bertimbun.

"Aku ada meeting nanti. Sebab tu nak balik cepat." Cepat-cepat Aryan cover diri. Dia sebagai lelaki yang ada ego, dia tak suka bila orang nampak dia buat salah. Walaupun hanya dari percakapan.

Alia angguk saja. Tak tahulah Aryan betul-betul ada mesyuarat ataupun tidak. Lantak kaulah, Aryan. Kerja kau, bukan kerja aku.

Kereta Aryan meluncur laju. Disebabkan waktu rehat sudah habis, jadi jalan sedikit lengang daripada waktu puncak. Jangan mempersoalkan kenapa dia lambat masuk pejabat. Dia kan bos, mestilah tak ada sesiapa yang marah kalau dia masuk lambat.

Ya, dia tahu bos pun kena tunjukkan sifat berdisiplin. Tapi, alah. Bukannya dia selalu masuk lambat pun.

"Awak," panggil Alia. Hanya keluar "hm" saja dari Aryan. Lebih baiklah daripada dia tak balas langsung.

"Tadi awak main game perempuan eh?"

Sekali lagi tubuh Aryan mengeras. Tapi kali ini, peluh mula keluar didahinya. Pergh, bonus! Tapi, macam mana Alia boleh tahu? Aduh, dah kantoi!

"Mana adalah." Hai, Aryan? Masih nak berdalih ke?

"Betullah. Saya nampak dekat office tadi. Dekat phone awak, dan awak berhenti main sebab saya panggil awak. Takkan dah lupa kut?"

Betullah. Alia dah tahu. Damn, Aryan! Kenapa kau tak off phone sebelum layan Alia tadi?

"Err... eh, tu bukan game akulah. Miraa yang download dekat phone aku." Aryan berdalih sekali lagi. Kali ini dia gunakan nama Amiraa sebagai mangsa penipuannya. Sorry ya, Miraa. Nanti aku belanja Starbucks.

"Tapi, kenapa awak main?" Kalau betul Amiraa yang muat turun, sekurang-kurangnya Aryan hanya biarkan saja.

"Suka hati akulah. Tu phone aku, bukan phone kau. Kau dah ada phone, buat hal sendiri." Suara Aryan sedikit kuat. Lepas ini, pastikan skirin telefon betul-betul terpadam sebelum buat benda lain. Lagi-lagi kalau buat kerja bersama dengan orang.

"Yelah, yelah."

Tak guna nak tanya Aryan lagi. Bukannya Aryan layan pun. Silap-silap nanti dia kena pecat dan telefonnya akan dirampas oleh Aryan.

~~

"Hm? Mana ada Miraa download game dekat phone Abang Ar. Nak pegang phone dia pun tak boleh, apatah lagi nak download game." Apakah? Jadi, Aryan tipulah tadi?

Itu apa yang Alia fikirkan. Lepas saja dia bersihkan diri, dia bertanya tentang Aryan pada Amiraa. Dia tak nak menyibuk. Tapi dia tak boleh berdiam diri kalau ianya berkenaan dengan Aryan.

"Tapi, dia kata..."

"Entah-entah kan, Abang Ar sendiri yang main game macam tu." Amiraa buat spekulasi. Aryan kata dia yang muat turun game itu di dalam telefonnya, tapi, bukan dia yang buat. Jadi, siapa lagi yang berpotensi untuk main permainan begitu?

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now