part 6

6.4K 260 3
                                    

Kau masak apa hah, perempuan? Tak sedap!" jerit Pak Mahmud lantang. Pinggan yang berisi ayam masak merah dihempas saja ke lantai. Alia yang baru selesai menunaikan solat terus lari ke dapur apabila kedengaran bunyi benda pecah.

"Kenapa ayah?" tanya Alia. Walaupun dia nampak pinggan yang sudah pecah berderai di atas lantai, tapi dia tetap bertanya.

"Kenapa kau tanya? Kau rasa ni!" Ayam merah yang masih tersisa di dalam pinggan diambil lalu disumbatkan ke dalam mulut Alia. Alia terbatuk-batuk kerana ayam yang disumbat itu amat besar untuk mulut kecilnya.

Korang ingat Pak Mahmud baik sangat ke sampai nak cubitkan ayam bagai? Tidak ya anak-anak.

Tak lama lepas itu, Alia luahkan ayam tadi ke dalam sinki. Patutlah Pak Mahmud marah semacam. Masin!

"Sorry, ayah. Alia..."

"Apa? Eh, kau tak payah bagi alasanlah! Kau nak aku kena darah tinggi ke? Memang nak aku mati awal?" serang Pak Mahmud berkali-kali. Tepi kepala Alia ditolak berkali-kali. Baginya, cukup untuk menolak saja kepala Alia. Tapi, untuk kali ini saja. Dia pun penat kerana tak tidur malam tadi.

Biasalah, berjudi.

"Dengar sini, anak pungut."

Alia terpana. Anak pungut? Wah, hanya kerana satu kesalahan yang dia buat, terus dapat panggilan begitu ya? Baguslah keluarga dia ini. Kalaulah mood dia baik, dah lama dia bertepuk tangan.

"Lebih baik kau masak balik sebelum aku naik angin. Aku lapar." Hah, inilah perangai Pak Mahmud yang sebenar. Kalau lapar, baru balik rumah. Kalau tidak, memang tak nampaklah kelibatnya di rumah.

"Tapi... barang senua dah habis." Memang selalunya dia akan beli barang untuk sehari. Kalau ada duit lebih, barulah dia akan beli stok untuk seminggu.

Sekarang, bekalan ayam pun sudah habis. Itu pun dia masak sekali untuk makan malam. Alamatnya makan telurlah malam nanti. Itu pun belum tentu keluarganya mahu.

"Aku tak kira. Kau pergi beli sekarang atau aku pukul kau!" Pukul? Oh, tak nak. Dia tak mahu lagi.

"B- baik."

~~

"Hai awak," tegur Amiraa. Farhan, yang dikenali sebagai kekasih Amiraa angkat kepalanya apabila ada orang yang menegurnya.

"Hai. Duduklah." Amiraa tak tunggu lama. Terus dia duduk di hadapan Farhan. Tapi, dalam hatinya teramatlah gelisah.

Sebab kedua-dua abangnya sedang meneman dia. Sekaligus mengintip dirinya yang mahu meluangkan masa bersama Farhan. Harapnya Farhan tak perasan akan kehadiran mereka berdua.

Di sudut kiri kafe, Aryan dan Amirul sedang merenung meja yang dihuni oleh Amira dan Farhan. Mood protective brother sudah datang.

"Jap. Macam mana budak tu boleh bercinta pula?" soal Aryan pelik. Disebabkan Amiraa adalah anak perempuan tunggal, jadi dia dikawal ketat oleh kedua ibu bapa mereka. Lagi-lagi sekarang adalah tahun peperiksaan besar untuk Amiraa.

"Macam mana lagi? Mama dah restu." Dia senyum kepada perempuan yang bekerja untuk menghantar air mereka. Sebelum dia sedut air sirap yang dipesan tadi, dia menjawab soalan Aryan tadi.

"Wait, how..."

"Miraa dah janji dengan mama yang dia akam fokus dengan study dia. Sebab tu mama tak kisah. Faham?"

Maka air yang disedut tadi mula berlumba untuk keluar semula. Aryan tersedak apabila mendengar jawapan daripada Amirul. Wah, senang betul nak minta restu daripada Puan Melissa Wong ya?

"Senang betul eh?" Betul. Kalau tanya dia, memang senang Puan Melissa berikan keizinan kepada Amiraa.

Tengok dia dulu. Waktu sekolah, bukan main lagi dia nak mencuba dalam bidang percintaan. Biasalah, hormon remaja, memang jenis nak mencuba. Bila dah kantoi dengan Puan Melissa, bukan main lagi dia dihentam. Tengah belajarlah, nak SPM lah.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now