Empat hari berlalu, akhirnya Aryan boleh gunakan suaranya seperti biasa. Tak perlu lagi bantuan telefonnya untuk bercakap dengan orang. Dan sekarang, dia mula masuk kerja semula.
Tapi, dia datang ke pejabat dua jam lebih awal daripada biasa. Alia? Lantak dialah. Pandai-pandailah dia pergi kerja sendiri. Atau, boleh saja kalau Amirul menawarkan dirinya untuk tolong hantarkan Alia.
Tujuan dia datang awal adalah untuk melihat sendiri siapa penghantar bunga yang masih menjadi misteri. Kalau dia dapat menangkap orang itu, sudah pasti dia akan ceramah cukup-cukup.
Nak gunakan kekerasan? Tak perlu. Malah, terlalu awal untuk gunakan kekerasan.
Sudah satu jam dia menunggu. Tak ada apa-apa. Sekarang pun baru pukul enam pagi. Staf pula akan masuk kerja pada pukul tujuh pagi. Paling lewat jam lapan pagi. Jadi, sabar jelah Aryan. Sejam saja lagi.
"Ugh, please. Takkanlah tak ada seorang pun yang datang?" keluh Aryan. Dia sandarkan belakang tubuhnya pada kerusi. Kalau lama macam ini, baik dia tidur dulu. Dia selesakan dirinya sebelum dia singgah ke alam lena.
Dia hanya ambil masa selama setengah jam saja untuk tidur. Apabila dia dengar bunyi pintu, dia tersedar dari lena. Rasa nak mencarut pada dirinya sendiri apabila sudah ada sekuntum bunga ros berwarna lavender di atas mejanya.
Shit! Kenapalah dia boleh terlena tadi? Kalaulah dia terjaga tadi, mesti dia dah dapat jawapan yang dia mahukan. Tapi, dia sedar yang dia tak boleh putarkan masa semula.
Sungguh, orang yang hantar bunga itu memang misteri.
~~
"Saya nak pergi tandas kejap," pinta Alia. Aryan hanya angguk. Dia tahu, bila Alia mahu ke tandas, memang dialah yang akan jaga beg tangan dan telefon Alia. Tanpa buang masa, Alia terus memecut ke tandas.
Mulanya, Aryan melekakan dirinya dengan game. Tapi fokusnya mula hilang apabila telefon Alia mendapat notifikasi daripada seseorang. Iphone Alia yang memang ada di luar beg diintai sekilas. Yang menjadi perhatian Aryan adalah si penghantar mesej. Lelaki.
Terus Aryan ambil dan baca mesej yang dihantar. Disebabkan Alia tidak menetapkan sebarang kata kunci, jadi senanglah dia nak baca mesej itu.
Alia, bunga untuk esok macam mana? - unknown
Kening Aryan berkerut. Bunga? Bunga apa, dan untuk siapa? Banyak teka-teki yang bermain di dalam kepalanya sehinggalah Alia datang balik. Cepat-cepat Aryan letakkan telefon Alia di tempat yang sama dia ambil tadi.
"Awak buat apa dengan phone saya?" tanya Alia. Dia tengok telefonnya kalau-kalau dia dapat sebarang mesej. Namun, tak ada mesej yang dia dapat. Melainkan daripada si penghantar mesej tentang bunga. Itupun dia tak tahu ada mesej yang dia dapat sebab Aryan dah baca.
"Nothing. Jom balik office." Aryan bangun untuk membayar harga makanan mereka. Walaupun tengah berurusan dengan pekerja restoran, namun kepalanya masih memikirkan tentang mesej tadi. Like, bunga? Alia nak buat apa dengan bunga? Hias bilik?
Kejap, itu dia. Bilik! Aha, kenapalah dia baru terfikir sekarang?
Usai bayar, dia keluarkan iPhone miliknya dari poket seluar. Nombor Amiraa dicari. Sekarang mungkin Amiraa sudah pulang dari sekolah. Apa salahnya kalau dia kacau Amiraa sekarang, kan?
Tapi malangnya, Amiraa tidak jawab panggilannya. Tak apa, dia hanya hantar mesej pada Amiraa untuk periksa bilik Alia sama ada di dalam biliknya ada bunga hidup ataupun tidak.
Seingat Miraa, tak ada bunga dalam bilik Kak Alia - Amiraa
Huh, cepat pula kau jawab, eh. Cuba check lagi. Mana tahu dia dah start kumpul bunga. - Aryan
Lima minit kemudian, barulah dia dapat mesej baru daripada Amiraa. Itupun dia dapat setelah dia selamat berada di dalam bilik pejabatnya.
Tak ada. So, ada upah tak? Miraa dah tolong Abang Ar. - Amiraa
Tak ada? Aduh, macam mana ni? Ayran baca balik mesej itu sebelum dia balas.
Dasar tak ikhlas! Dahlah, balik nanti aku belikan kek. - Aryan
Perisa vanilla tau! - Amiraa
Tengok mood. - Aryan
Tengok moodlah sangat. Jangan percaya kalau Aryan kata macam tu. Sebab dia memang akan tunaikan apa saja permintaan Amiraa. Apabila mesejnya hanya ditinggalkan bluetick, Aryan letak telefonnya di sebelah.
Dan dia mula sibukkan diri dengan kerja. Pasal bunga, nanti dia fikirkan semula.
Sementara itu, Alia cuba untuk mengawal dirinya daripada nampak gelisah. Dari tadi dia tak dapat mesej daripada seseorang. Dia punya rasa gelisah itu sampai tak buat kerja. Sikit-sikit tengok phone. Sikit-sikit jeling phone.
Mesej yang selalu dia dapat tepat pada pukul 1.30 tengah hari, kini tak ada. Akhirnya, dia buat keputusan untuk lihat sendiri melalui WhatsApp. Kalau nak tunggu mesej itu muncul, alamatnya memang tak habislah kerjanya.
Alia terkejut apabila dia baca mesej itu. Bukan dia terkejut sebab kandungan mesej itu, tapi sebab waktu mesej itu dihantar. Ianya dihantar pada waktu yang sama dia dapat mesej-mesej pada hari-hari sebelum ini.
Dan waktu itu jugalah dia selalu keluar untuk makan tengah hari.
"Kau buat apa?" tanya Aryan dari belakang. Cepat-cepat Alia off phone dan letakkan di atas meja. Dia pandang muka Aryan dengan senyuman lembut.
"Mana ada buat apa-apa."
"Kalau nak chat dengan boyfriend, chat lepas kerja. Jangan chat waktu kerja." Aryan masuk semula ke dalam biliknya. Alia terkebil-kebil di situ. Dia tak ada teman lelaki, dan sejak bila dia ada?
"Oh, sebelum aku lupa. Pukul lima nanti, ikut aku. Tak ada alasan yang kau boleh bagi." Lah, dia tak masuk lagi ke?
"Okey."
![](https://img.wattpad.com/cover/310402499-288-k337919.jpg)
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
Roman d'amourBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...