part 31

5K 202 0
                                    

Muka Danny dan Jake dipandang secara gilir-gilir. Danny menayangkan muka selamba manakala Jake pula beri reaksi macam Aryan nak terkam dia. Nampak sangat tak percaya dengan kawan sendiri.

Kini mereka berada di kafe milik Danny. Atas permintaan Aryan, dia mahu mereka berjumpa di situ. Oh ya, Danny memang ada kafe sendiri. Yang Aryan pergi dengan Alia hari tu, itulah kafe milik Danny. Dan kafenya memang mengamalkan konsep mesra kucing. Kucing jelah, anjing tak.

"Aku dah jumpa penghantar bunga misteri tu." Aryan mulakan mukadimah. Jelas muka Danny blur pada ketika itu. Yalah, dia tak tahu apa-apa. Manakala muka Jake hanya menayangkan reaksi biasa. Yalah, dia pun masih melancarkan sesi merajuk dengan Aryan.

"Siapa?" tanya Danny ingin tahu. Walaupun dia tahu Aryan mempunyai banyak peminat, namun dia mula rasa teruja dengan kes kali ini. Kalau sebelum ini, ramai yang hanya ajak Aryan untuk meluangkan masa di club. Tak club, di kafe mewah.

Sebab mereka sudah sedia maklum dengan satu perkara. Semahal mana pun tempat yang mereka akan pergi, Aryan juga yang akan bayar semua kos yang mereka telah belanjakan. 

"Perempuan yang aku bawa masa ambil Blackie. Dan dia juga PA aku."

Purr! Habis air yang mereka minum terkeluar semula. Salah mereka juga sebab minum sewaktu Aryan berikan jawapan. Yang lagi kesian bila air laici yang Jake minum termasuk ke dalam saluran hidungnya. 

"Patutlah dia dapat masuk dalam office kau. Hah, aku dah agak! Yang hantar tu mesti salah seorang daripada staf kau." Jake bersuara dengan gaya seperti orang yang baru saja diterima oleh crush.

"Jap. Tak silap aku, perempuan tu cantik juga. Dia dah confess belum?" Aryan angguk. Danny pun ikut angguk sama.

"Kalau kau terima dia, aku sokong. Lagipun, dia nampak baik. Tak macam perempuan-perempuan yang sebelum ni." Danny sebagai orang yang paling tua di antara mereka memberikan pendapatnya yang paling ikhlas. Tapi, dia tak adalah tua mana. Tua dua bulan saja dari mereka. Aryan dan Jake berkongsi bulan lahir yang sama, iaitu pada bulan Julai.

"Betul. Aku sokong. Sepanjang aku lepak dekat office kau, tak pernah lagi aku nampak dia bercakap dengan lelaki selain kau. Kalau pasal kerja, pernahlah juga nampak." Giliran Jake pula beri pendapat. Dari ekor mata, dapat Aryan nampak yang Danny betul-betul setuju dengan Jake. Nampaknya, ada dua orang yang menyebelahi Alia.

"Aik? Tu bercakap dengan lelaki."

"Memanglah. Maksud aku, dia tak pernah bercakap dengan lelaki kalau bukan soal kerja. Faham?"

"By the way, aku dah reject dia." Jawapan Aryan membuatkan dua sekawan itu tersedak sekali lagi. 

"Kenapa kau reject dia? Kau tahu tak? Kau reject dia, bermakna kau dah lepaskan permata."

"Betul, betul. Tch, Aryan. Kau memang rugi."

"Sekarang ni, siapa kawan korang? Aku ke dia? Yang korang duk back up dia sangat dah kenapa?"

"Bukan apa, Aryan. Kitaorang takut kau menyesal je nanti. Perempuan tu, aku dapat rasakan yang dia ni cantik luar dan dalam. Dahlah baik, sopan, pandai jaga aurat. Sesuai untuk bad boy macam kau." Danny sekali lagi berikan pendapatnya. Masuk kali ini, entah berapa kali si pencinta kucing itu berikan pendapat pada Aryan. 

Bila masuk bahagian 'baik, sopan, pandai jaga aurat', okey. Memang dia tak nafikan tentang itu. Apa yang Danny cakapkan, semuanya betul. Alia baik, cantik dan sopan. Dan Alia memang akan jaga kelakuannya bila bersama dengan orang luar, termasuklah dengan dia. 

Tapi, betul ke Alia memang sesuai untuknya? Si bad boy yang terlalu banyak khilaf dan dosa. Kadang-kadang, dia bukan setakat rasa yang Alia itu tak layak untuk cintakan dia, malah dia rasa yang dia tak layak langsung untuk jumpa perempuan seperti Alia.

Dia dan Alia, banyak bezanya. Alia baik, dia jahat. Alia cantik luar dan dalam. Dan dia mungkin hanya nampak menarik di luar, namun di dalam, tak semua orang boleh terima. Yang paling ketara, Alia umpama malaikat. Tapi dia, layak dipanggil syaitan. 

Jadi suami, bukannya senang. Dia ada banyak lagi dosa yang dia masih lakukan, malah banyak lagi dosanya yang masih belum dia taubat. Kalau dia terima Alia sebagai seorang isteri, bukan dia yang didik isteri. Silap-silap, isteri yang kena didik suami nanti.

Danny dan Jake memandang Aryan yang galak mengelamun. Tadi elok saja dia beri perhatian pada mereka. Sekarang, sibuk mengelamun. Danny bisik sesuatu pada Jake sebelum Jake tolak bahu Aryan sehingga tubuh Aryan terdorong ke depan.

"Hoi, Aryan! Kitaorang bercakap, boleh pula kau mengelamun, eh?" Suara Jake memetir sehingga menarik perhatian beberapa pekerja dan pelanggan. Danny sebagai tauke kafe meminta maaf di atas kesalahan yang Jake lakukan. 

"Nak buat malu, jangan dekat sini. Kalau kau buat lagi, aku tak ngaku kau kawan aku." Danny beri amaran kepada Jake. Aryan hanya selesa menjadi penonton ketika saat Jake kena bebel oleh Danny.

"Sorrylah. By the way, air laici ni kau belanja, eh?"

"Hmm..." Kalau semua pelanggan mempunyai perangai macam Jake, memang botaklah dia macam ni. Itupun sebab kawan, kalau tidak, memang dia tahan Jake dan suruh dia basuh pinggan.

"Sorry. Adik aku suruh balik. Bye." Terus Aryan lari ke Audi A7 miliknya yang diparkir di luar kafe. Sebenarnya, memang dia nak balik. Tapi bukan sebab Amiraa yang suruh dia balik. Dia yang nak elakkan diri daripada mereka berdua. Entahlah, dia mula rasa tak selesa dengan pendapat dan kata-kata daripada mereka berdua.

"Nak larilah tu. Bukan aku tak tahu taktik dia bila nak lari dari kita." Jake berbisik pada Danny. Namun Danny hanya beriak selamba. Dia tak rasa yang Aryan betul-betul mahu elakkan diri daripada mereka.

Walaupun, apa yang Jake katakan tadi betul.

"Ke, dia still tak boleh move on?" Jake buat spekulasi sendiri. Dahi Danny berkerut hebat.

"Tak boleh move on sampai tolak perempuan dari syurga tu? Haih, ini memang kes setia sampai malaikat maut cabut nyawa ni," sambung Jake lagi. Kali ini, Danny hanya diam tanpa memberikan sebarang reaksi.

"Well, kita tak ada dalam hidup dia. Harapnya, Aryan bolehlah move on dengan dia." Danny jawab senaang. Baginya, kalau Aryan ada jodoh dengan si dia, dia tak kisah. Kalau dengan alia, pun dia tak kisah. Aryan mampu untuk memilih pilihan yang dia rasa baik untuknya. Dia dan Jake sebagai kawan hanya mampu menyokong dari setiap aspek.

Jake angguk tanpa setuju. Hah, Aryan. Kalaulah kau sedar akan kehadiran Alia dalam hati kau, mesti kau tak akan buat macam ni. Jangan satu hari nanti kau menyesal sudah.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now