part 39

4.5K 170 9
                                    

"Alia! Tolong aku kejap!" laung Aryan dari dalam bilik pejabat. Alia segera ambil iPad dan masuk ke dalam. Dah tak sempat nak ketuk pintu sebab Aryan dah memanggil.

"Kenapa..." Kata-kata Alia terhenti apabila melihat Aryan yang tengah memujuk seorang bayi yang sedang menangis. Eh, jap. Bayi? Dari mana bayi itu datang?

"Kau tahu tak macam mana nak jaga baby?" Aryan mula bangun dari kerusi. Tangisan budak itu makin kuat apabila Aryan mula mengacah seperti mahu membunuhnya. Ini mesti kes budak tu takut dengan Aryan. sebab itulah dia nangis aje memanjang.

"Tahu tu memanglah tahu. Tapi, tu anak siapa?" 

Pelik juga, sejak bila ada staf yang bawa anak mereka ke tempat kerja. Lagipun, kalau mereka bawa, itu tanggungjawab mereka. Bukannya tanggungjawab Aryan untuk jagakan anak mereka.

"Anak buah Elisya. Kakak dia pergi Thailand, so dia tinggalkan anak dia dekat Elisya. Sebelum kau tanya, Elisya ada kerja. Dia suruh aku jaga budak ni. Eh, diamlah budak." Aryan bersuara garang ketika menyuruh budak itu diam. Budak lelaki yang diberi nama Eiyad Fahim masih menangis walaupun Aryan menyuruhnya berhenti menangis. 

Alia bungkam. Tak, ini bukan masanya untuk kau sedih sebab Aryan sanggup jagakan anak buah Elisya walaupun dia sendiri tak tahu nak jaga budak kecil. Sekarang kau kena cari jalan untuk hentikan tangisan Eiyad.

"Alololo, siannya dia kena marah dengan Uncle Aryan. Meh ikut kakak, eh?" Tangan sudah diacahkan pada Eiyad. Tangisan Eiyad mula reda apabila dia menjumpai manusia yang lebih selamat daripada manusia yang tengah dukung dia sekarang ini.

"Pfft, kakak? Apasal bukan mak cik?" Bila dengar suara sinis Aryan, tangisan Eiyad mula kuat semula. Rasanya Eiyad ni memang tak boleh kalau dengar suara Aryan. Garang sangat!

"Suka hati sayalah. Waktu saya jaga budak dekat kampung dulu, mak diorang suruh anak diorang panggil saya kakak. Meh sini... apa mana dia?"

"Eiyad. Eiyad Fahim. Kau jagalah dia sementara aku buat kerja." Kini Eiyad diberikan kepada Alia. Macam tadi, tangisan Eiyad mula reda apabila berada dengan Alia. Siap gelak lagi apabila diacah oleh Alia. Suka betul ya bila ada dengan Alia?

Alia bawa Eiyad duduk di atas sofa. Kalau nak bawa Eiyad duduk di luar, dia takut Eiyad akan mengacau staf-staf yang sibuk selesaikan kerja masing-masing. Jadi, dia hanya bawa Eiyad duduk di dalam office Aryan.

~~

Sorry, you. Tapi I tak pandai jaga Eiyad. Boleh tak you jagakan budak tu sampai kakak I balik? Tak lama pun, seminggu je.

Aryan campak telefonnya di atas meja. Menyesal dia cerita yang Eiyad baik-baik saja ketika berada di dalam jagaannya. Masalahnya, dia pun tak baik dengan budak yang baru berusia setahun itu. Hanya Alia sajalah yang mampu untuk jaga budak Eiyad itu.

Bercakap tentang Alia, matanya pandang Alia dan Eiyad yang sedang sibuk makan roti bersama-sama. Amboi, makan bukan nak ajak titew!

"Nak aku jagakan ke?"

"Tak payahlah. Lagipun, Eiyad kata dia takut dengan awak. Kan Eiyad?"

"Yoo!" Yoo? Rasanya, Eiyad maksudkan you. Eiyad sambung mewarna pada kertas A4 yang Aryan beri tadi. Walaupun baru setahun, tapi bagus kalau bagi budak-budak explore benda-benda macam itu.

Aryan mendecit perlahan. Budak pun dah pandai takut dengan dia. Apa? Dia ni raksasa ke sampai budak-budak pun takut dengannya?

"Tak payahlah buat muka macam tu. Kalau awak buat, lagilah Eiyad tak nak dekat dengan awak."

"Suka hati akulah. Muka aku, bukan muka kau." Aryan sambung buat kerja. Alia letakkan roti di atas meja sebelum dia mara ke arah Aryan. Ditangannya terdapat dua batang pensel warna milik Eiyad.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now