part 38

4.8K 180 0
                                    

"Thank you, sebab back up saya."

Dah lama mereka senyap semenjak Audi A7 Aryan meluncur keluar dari tempat parkir kereta. Aryan pun satu. Dah tahu Alia kena hentam, sekurang-kurangnya tanyalah Alia okey atau tidak. Ini diam saja macam tak ada apa-apa yang berlaku.

"Kau okey tak?" Hah, baru nak tanya!

"Okey. Tapi lain kali, tak payahlah back up saya lagi. Saya dah biasa dengan situasi macam tu."

Tiba-tiba, Aryan berhentikan keretanya. Tahulah berhenti sebab lampu isyarat, tapi janganlah berhenti mengejut!

"Dah biasa? Tapi kenapa kau tak buat apa-apa waktu kena hina dengan diorang? Kenapa kau diam?" soal Aryan berkali-kali. Kalau dah biasa sekalipun, belajarlah untuk pertahankan diri sendiri. Ini tidak, dibiarkan saja orang duk hina macam-macam.

"Sometimes, kita kena jadi kurang ajar demi diri sendiri. Kau tak boleh terus diam waktu diorang hina kau. Cukuplah kau ceramah diorang, ikut macam aku buat tadi. Tak apa kalau kau pertahankan diri sendiri. Tak ada sesiapa boleh judge kau kalau kau pertahankan diri kau. Lainlah kalau kau memang buat salah. Itu memang layak kena maki."

Aryan jeling Alia di sebelah. Seperti yang dia agak, Alia hanya termenung dan diam apabila diceramah olehnya.

"Alia, aku takkan selamanya ada dengan kau. Nak tak nak, kau kena protect yourself."

Alia menegak apabila Aryan mengungkapkan ayat, "aku takkan selamanya ada dengan kau". Tak, dia perlukan Aryan. Aryan tak boleh pergi ke mana-mana tanpanya.

"Saya dah biasa diam. Dah tak kisah kalau ada yang menghina."

"Huh, dungunya."

Lampu isyarat telah bertukar hijau. Dan kereta milik Aryan bergerak sehingga ke satu lagi pusat beli belah. Dan ianya lebih kecil dan lebih mesra darjat manusia daripada yang sebelum ini.

"Alia, perempuan suka apa?" tanya Aryan setelah mereka selamat berada di dalam pusat beli belah. Alang-alang mereka dah ada di situ, bolehlah dia survey barang yang perempuan suka.

"Tengok pada orang. Ada yang suka coklat dan ada yang suka bunga. Kalau awak nak bagi Miraa sesuatu, rasanya coklat adalah pilihan yang baik."

Dia mula teringat akan reaksi Amiraa ketika Aryan belikan dia coklat. Kalau Aryan mahu belikan sesuatu untuk Amiraa, rasanya itulah cadangan yang terbaik.

"Bukan untuk Miraa, tapi aku nak beli untuk Elisya." Bibir Aryan ternaik sikit apabila nama Elisya, si buah hati meluncur keluar dari mulutnya. Alia cuba untuk menahan dirinya daripada membuat reaksi negatif. Oh, untuk Elisya rupayanya. 

"Awak yang lebih kenal dia. Jadi, awak mesti tahu apa yang dia suka." 

Aryan berfikir sejenak. Memanglah dia telah mengenali Elisya dalam tempoh yang lama. Tapi, dia tak pasti sama ada Elisya masih suka pada benda yang sama atau dia sudah menukar cita rasanya. Sebab itulah dia mahukan pandangan daripada perempuan. 

"Aku dah lama tak bagi dia hadiah. Jadi aku tak sure sama ada dia masih sukakan benda yang sama atau tak." 

"Kalau betul dia sayangkan awak, mesti dia akan suka semua barang yang awak bagi. Ikut kata hati awak, Insya Allah dia suka." Alia terus berjalan meninggalkan Aryan. Daripada dia bagi Aryan nampak perubahan pada mukanya, baik dia elakkan diri daripada Aryan. 

Aryan terus kejar Alia. Bukan apa, dia takut kalau Alia hilang dari pandangannya. Sudahlah Alia tak biasa berada di tempat-tempat begitu. Akhirnya, dia dapat mengejar langkah Alia. Alia paling ke kiri seolah-olah sibuk melihat barangan jualan yang ditayangkan di luar kedai. Padahal dia tak nak Aryan pandang dia.

"Tolong aku cari hadiah untuk Elisya, ya?" pinta Aryan. Alia pandang Aryan sekilas sebelum dia angguk tanpa rela. Hatinya tiba-tiba rasa sakit apabila Aryan meminta tolong padanya untuk carikan hadiah untuk Elisya. 

"Awak nak beli hadiah yang macam mana?" 

Tiba-tiba, langkah Alia terhenti. Begitu juga dengan Aryan. Mata mereka berdua terarah pada sepasang kekasih yang leka berpegang tangan sambil si perempuan sibuk menjilat ais krim. Si lelaki pula mengelap bibir si kekasih yang comot akibat kesan ais krim yang melekat di sekitar bibirnya.

"Aimi."

"Farhan."

"Awak kenal lelaki tu ke? tanya Alia pelik. Kalau Aryan diam saja, tak adalah dia tanya. Tapi reaksi Aryan macam kenal saja dengan mereka berdua. Oh, bukan. Dengan Farhan.

"Itu ex boyfriend Miraa. Putus sebab nak fokus study. Fokus apanya kalau keluar dating macam tu. By the way, kau kenal ke dengan perempuan tu?" Giliran Aryan pula bertanya. 

"Aimi, adik saya. Tak sangka rupanya dia keluar pergi mall senyap-senyap." Kenapa senyap-senyap? Sebab, dia sekeluarga memang ingat Aimi keluar sebab nak pergi belajar dengan kawan-kawan. Kira macam study grouplah. Tapi, lain pula yang dia nampak sekarang. Itu bukan kira study group dah. Itu dah dikira sebagai maksiat group. Sebab bukan mereka berdua saja yang ada, tapi ada lagi dua pasangan kekasih yang menyertai mereka.

"Jom serang diorang?"

"Tak payahlah. Lagipun, saya tak ready nak jumpa adik saya." Ya, dia tak bersedia lagi untuk jumpa Aimi. Sudahlah dia keluar dengan Aryan, dan dia masih kenal adiknya itu macam mana. Kalau ada benda yang buruk berlaku di hadapannya, dan ianya ada kena mengena dengan dia, mesti dia akan bocorkannya pada ibu bapanya. 

"Tapi aku teringin nak sound mamat acah pandai tu. Dahlah buat adik aku broken tak tentu pasal, boleh pula dia keluar dengan perempuan lain. Oh, tak boleh jadi." Aryan sudah mara ke hadapan, namun Alia sempat tarik tangannya daripada pergi.

"Eh, awak! Janganlah buat kecoh. Ramai orang dekat sini."

Aryan kembungkan pipinya. Entah kenapa, tapi Alia mula gelak akibat perubahan pada pipi Aryan. Mungkin sebab Aryan tak pernah buat begitu di hadapannya.

"Dahlah, jom."

"Haa, macam tulah."

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now