Tangga diturun dengan laju. Lantaklah kalau dia terjatuh sekalipun, asalkan dia dapat berjumpa dengan Elisya. Perjumpaan yang dirancang untuk kali yang pertama setelah terserempak secara tidak sengaja tengah hari tadi.
Sweatshirt kelabu yang dipadankan dengan jeans dikemaskan terlebih dulu. Walaupun hanya pergi makan, namun untuk buat Elisya impressed, dia akan buat apa yang Elisya suka. Elisya suka pemakaian yang kemas, jadi dia akan buat.
"Nak pergi mana?"
"Jumpa bakal adik ipar kau," jawab Aryan dengan menekankan bahagian 'bakal adik ipar' itu. Amirul melihat cara pemakaian Aryan yang tampak berbeza daripada sebelum ini. Agak ringkas namun nampak kemas. Kalau sebelum ini, Aryan lebih gemar mencuba cara pemakaian yang sedikit serabut namun masih nampak kemas.
Jelas Aryan dulu, dia mahu orang nampak dia sebagai bad boy yang betul-betul bad boy. Jadi, tak adalah sebarangan orang cuba untuk cari pasal dengannya.
"Bakal adik ipar? Siapa?"
"Elisya." Serentak, riak muka Amirul berubah. Seriuslah Aryan masih berhubung dengan perempuan yang dah buat dia kecewa dulu?
"Bukan pergi club, eh?" Takut juga kalau Aryan merancang untuk pergi ke sana setelah lama dia tak pergi ke sana.
"Nope. Elisya tu baik, dia takkan ajak aku pergi sana. Gotta go, bye!"
Di sebalik dinding, Alia terdengar perbualan di antara dua beradik itu. Elisya tu baik, eh? Tapi, dia pun rasa yang Elisya tu baik. Walaupun cara pemakaiannya lebih terdedah, tapi dia dapat rasa yang perwatakan Elisya tu jauh lebih baik dari luarannya. Kalau tak, masakan Aryan boleh jatuh cinta dengan dia, kan?
"Awak okey?" tanya Amirul perlahan. Alia kelihatan terkejut dengan kehadiran Amirul yang tiba-tiba berdiri di sebelahnya. Tadi bukan Amirul ada di depan pintu, ke?
"Saya pun terkejut bila dia nak jumpa Elisya balik. Dan saya boleh nampak yang awak tak suka bila dia cakap macam tu."
"Eh, mana ada." Alia menafikan hal yang satu itu. Ya, dia tak suka kalau Aryan nak rapat semula dengan bekas kekasihnya. Tapi, dia bukanlah jenis yang akan kongkong Aryan untuk lakukan hal yang dia tak suka. Lagipun, macam mana Amirul tahu dia tak suka Aryan dengan Elisya?
"Riak muka memang boleh menipu, tapi mata tak boleh. Dan saya boleh baca pandangan mata seseorang tau." Amirul nampak bangga bila dia bicara tentang kebolehannya. Alia hanya mendengar.
"Okeylah, saya nak masak." Walaupun sekarang sudah malam dan semua sudah menikmati makan malam mereka, tapi untuk menghilangkan rasa kecewa, dia perlu buat sesuatu kerja. Nak buat kerja pejabat? Dalam mimpilah. Aryan kata, dia tak suka bila ada orang yang buat kerja-kerja pejabat di rumah. Masa di rumah bukanlah masa untuk habiskan kerja pejabat.
"Nak saya tolong tak?" Amirul tawar dirinya untuk membantu.
"Boleh juga. Tolong tengok."
"Ceh, mesti awak tak percaya kebolehan memasak saya, kan?" Kedua-duanya mula ketawa dalam perjalanan ke dapur.
~~
"Lambat. Macam selalu."
"Janganlah marah. Bukan selalu I datang lambat. Dulu, youlah yang selalu datang lambat." Itu dia, sesi menggamit kenangan sudah diadakan. Elisya tergelak apabila Aryan mengungkit tentang dirinya yang suka sangat datang lambat walaupun mereka berjumpa atas dasar mahu meluangkan masa bersama.
"So, you nak makan apa? Oh, I tak payah tanya sebab I dah orderkan untuk you. Chicken chop, kuah black pepper lebih and apple juice less sugar. You're favorite, right?"
"Wah, you ingat lagi? Tak sia-sia I puji otak you waktu kita study dulu."
Mereka berdua terus bersembang sehinggalah makanan yang dipesan sampai. Ketawa mereka berleluasa sehingga ada daripada pelanggan di situ menegur mereka supaya senyap. Dan Aryanlah yang menjadi mangsa untu meminta maaf di atas kelakuan tidak sopan mereka.
"You ingat tak waktu kita buat study group dulu? Bila kita bersembang, habis semua orang tak boleh study. Sebab bising sangat."
"Gila tak ingat. Youlah yang paling bising time tu."
"Eh, you pun samalah. Jangan nak salahkan I seorang, ya."
Aryan hanya ketawa. Yalah, kalau bukan dia yang selalu buat lawak, tak adanya Elisya nak gelak. Jadi, salah dia jugalah mereka berdua buat bising dulu.
"Cepatlah makan. Nanti I nak bawa you pergi satu tempat yang best." Elisya angguk dan sambung makan.
Fast forward; taman rekreasi.
"Jom." Lepas Elisya keluar dari kereta, barulah dia kunci keretanya. Lepas itu, dia pimpin tangan Elisya untuk ke satu tempat yang dia sudah rancang pada saat akhir.
"Wah, cantiknya!" Di hadapan mereka, terdapat padang yang lapang untuk semua pengunjung buat apa yang mereka suka. Dan di atas rumput padang, terdapat sehelai kain yang dijadikan tikar. Di atas tikar itu pula terdapat beberapa makanan dan minuman, mungkin untuk mereka.
"Duduklah," ajak Aryan. Dia telah buka kasutnya dan duduk bersila di atas tikar. Dia tarik tangan Elisya untuk duduk di sebelahnya. Elisya dengan senang hati menyambut huluran tangan Aryan dah duduk di sebelah Aryan.
"So, kita nak buat apa?"
"Tengok bintang sambil curhat, macam yang kita biasa buat dulu-dulu," jelas Aryan sambil tersenyum. Dengan Alia pun dia tak senyum macam tu.
"Okey." Daripada duduk, kini Elisya baring menghadap langit. Nasib baik Aryan sudah sediakan bantal untuk dijadikan sebagai alas kepalanya. Tangan kiri Aryan masih berada di dalam pegangannya.
"Dulu, kita selalu buat macam ni. Jujur, I rindu sangat nak buat benda ni dengan you. Tapi, you dah pergi tinggalkan I. So, I dah tak buat sejak you tak ada. I sorang-sorang, Elisya. I tak ada sesiapa untuk meluah." Aryan mulakan sesi luahan hatinya. Dia makin eratkan pegangan tangan mereka. Macam yang dia cakap, dia rindu untuk bersama dengan Elisya.
"Maafkan I sebab dah tinggalkan you. I tahu I tak patut buat macam tu. Kita get back, ya?" ujar Elisya. Automatik Aryan pandang Elisya tidak percaya. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Elisya nak bersama dengannya semula? Dia tertidur ke, sebab ianya sama seperti mimpi yang indah untuknya.
"Betul ke? Oh my, thank you Elisya!" Aryan baring di sebelah Elisya dan peluk Elisya. Kalau orang lain nampak, memang mereka akan ingat yang mereka berdua ini sudahpun berkahwin. Elisya balas pelukan daripada Aryan.
"Thanks sebab masih boleh terima I. I janji yang I takkan tinggalkan you lagi. Kalau I mungkir janji, you ungkit je. I tak kisah." Elisya gelak pada ayat terakhirnya. Dia eratkan lagi pelukan mereka.
Haih, tahulah dua-dua gembira sebab dah bersama semula, tapi tolong ingat yang korang berdua masih berada di luar. Dan both of you belum halal lagi. jadi jangan nak berpeluk sakan macam korang berdua dah nikah. Kalau nak peluk sangat, haa pergi nikah sekarang. Lepas nikah, nak peluk 24 jam pun tak ada sesiapa yang nak halang.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...