part 30

5.5K 220 0
                                    

Tangan digenggam untuk menghilangkan rasa gerun. Kini dia sedang duduk berhadapan dengan Aryan. Dengan riak muka beku Aryan, itu sudah cukup untuk buatkan orang yang berada di sekitarnya rasa nak terkencing. Sudahlah dia seorang saja yang berada di dalam bilik mesyuarat. Oh, tak lupa juga, si mamat muka beku Aryan.

Mereka baru saja habis mesyuarat dengan staf-staf pejabat. Dan Aryan ada minta Alia untuk tinggal di dalam itu bersama dengannya. Katanya ada benda yang dia nak bincangkan bersama Alia. 

"Sebenarnya kau tahukan siapa yang selalu hantar bunga dekat aku?" Iris mata coklat muda Aryan galak merenung anak mata Alia. Dia suka apabila Alia menunjukkan reaksi takut apabila berada di dalam situasi yang begini. Rasa puas apabila ada orang takut padanya.

Alia geleng. Namun, Aryan masi tak puas hati dengan jawapan Alia.

"Betul?" tanya Aryan. Sekali lagi Alia geleng. 

Tiba-tiba, Aryan mengeluarkan iPhonenya dan buka sesuatu. Dia tunjuk paparan screenshot yang dia dapat semalam. Sekarang barulah dia nampak muka alia nampak sangat terkejut.

"Aku dapat dari Miraa. Dalam ni, kau ada tanya pasal bunga yang kau boleh bagi pada lelaki yang dah jadi first love kau. Dan kau buat keputusan untuk bagi bunga ros warna lavender dekat lelaki pilihan kau. Kau juga ada tanya pasal kedai bunga yang ada jual bunga jenis macam ni." Bunga ros lavender yang dia dapat pagi tadi diletakkan di hadapan Alia. Lagi sekali, dia dapat lihat riak muka Alia terkejut. 

"Sekali lagi aku tanya, kau tahu tak siapa yang bagi bunga-bunga ni dekat aku?" tanya Aryan. Kali ini dia selitkan nada tegas di dalam ayatnya. 

"Tahu." 

Aryan senyum kemenangan. Huh, dah terkantoi nampaknya.

"Jadi selama ni, kau tipu akulah? Huh, deceivers will remain deceivers. Tolonglah, aku tak suka penipu ada dalam company aku. Kau nak aku pecat kau ke?" Aryan telah gunakan 'senjatanya'. Sebab dia tahu, Alia memang tak nak kena pecat dengannya.

"Jadi, kau pun tahu apa yang kau perlu buat." Aryan sandar pada kerusi. Dia setia menunggu jawapan daripada Alia. 

"Saya yang bagi bunga tu dekat awak- I mean, bos." Dia takkan lupa skop kerja yang Aryan pernah berikan padanya dulu. Kadang-kadang, dia tersasul memanggil Aryan dengan panggilan 'awak'. Tapi, nasib baik dia cepat sedar dan tukar panggilan seperti tadi.

"But, why?" Dia mahukan jawapan. Jawapan yang boleh menyelesaikan kesemua misteri yang dia kena lalui selama dua minggu lebih. 

"Because I love you, Aryan Wong!" Alia beri jawapan sambil menjerit. Aryan kelihatan tergamam dengan apa yang dia dengar. Harapnya, tak ada sesiapalah yang dengar jeritan Alia.

"What? You love me? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?"

"Sedar, and I really mean it. I love you so much." Kini Alia berani merenung anak mata Aryan. Dalam hal ini, dia perlulah yakin dengan kata-katanya. Barulah Aryan akan terima perasaannya. 

"Wait, Alia. Kau tahukan yang aku tak pernah terfikir pasal cinta ni semua? Kau rasa, aku akan terima kau ke?" 

Alia bungkam. Malah, Aryan pun hanya diam. Dia tak tahu apa yang dia perlu cakap sekarang. Mungkin, dia perlu lari dari situ?

"Tapi, kita boleh cuba. Kalau awak tak ada perasaan dekat saya, tolonglah bagi saya cuba untuk buat awak jatuh cinta." Alia meyakinkan Aryan. Tiba-tiba, Aryan ketawa. Kuat sehingga ketawanya bergema di dalam bilik mesyuarat itu.

"Fokuskan diri kau dulu. Baru cari cinta. Diri tu pun terkontang-kanting, dah sibuk nak cari soulmate. Tolonglah, jangan nampak desperate sangat," kata Aryan setelah berhenti ketawa. Dari hujung matanya, dia nampak muka Alia yang mula berubah warna.

"Dah, sambung kerja. Jangan buat macam ni lagi. Kalau bukan dengan aku, dengan orang lain."

Oh, Aryan. Kau memang tak suka kalau Alia mencari kebahagiaan diri dia ke? Walaupun bukan dengan kau, tapi kau suka ke kalau Alia memilih untuk single sampai bila-bila?

~~

Segala mood untuk buat kerja telah hilang. Hilang dibawa dengan kata-kata Aryan yang jelas-jelas telah menolak cintanya. Memang... sakit ya bila kena reject.

Malang betul hidup dia, kan? Sudahlah kena buang keluarga. Lepas itu, cintanya ditolak mentah-mentah. Memang patut pun, dia kan tak layak untuk menikmati apa itu bahagia.

"Hoi, jom balik." Aryan tiba-tiba mengejutkan Alia dari belakang. Alia tengok jam tangannya. Oh, dah habis waktu kerja rupanya. Patutlah penampilan Aryan nampak bersahaja.

Cepat-cepat Alia kemas apa yang patut. Sebelum dia pergi, komputer dimatikan terlebih dulu. Kalau terbuka sampai pagi esok, mahunya Aryan marah dia sebab dah bazirkan elektrik.

Marah tak marah, akhirnya dia berada betul-betul di dalam kereta Aryan. Semarah-marah dia pun, dia tetap akan bergantung kepada Aryan. Senang cerita, dia tak boleh kalau tak ada Aryan.

Suasana di dalam kereta teramatlah senyap. Kalau dah dua-dua diam, mana nak datang suaranya. Yang ada pun hanyalah bunyi enjin kereta.

"Nak pergi makan, tak?" tanya Aryan. Dia tak makan apa-apa pun tengah hari tadi. Bila dah menginjak petang, mestilah perutnya meragam minta diisi.

"Up to you." Barulah Alia bersuara. Nadanya amat jelas namun kedengaran seperti malas untuk menjawab.

"Hey, what's wrong?" Sebelah tangan Aryan genggam tangan Alia. Itu membuatkan Alia terkejut dan tarik tangannya balik. Aryan tergamam, namun dia sorokkan perasaannya.

Dalam hati, Alia mula menyumpah Aryan. Sebab Aryanlah dia bad mood macam sekarang. Dan sesenang makan kek saja kau boleh tanya macam tu?

"Nothing." Matanya memandang sebelah kirinya. Daripada terus pandang Aryan, baik dia pandang tepi. Adalah juga pokok-pokok yang dia boleh kira daunnya.

"Kita balik jelah." Akhirnya Aryan buat keputusan. Dah member tak ada mood, jangan dibuat main. Silap-silap, nyawa dia hilang sebelum sampai rumah.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now