part 46

6K 218 9
                                    

Aryan turun ke bawah untuk bersarapan sebelum ke pejabat. Tangannya sibuk membetulkan tali leher hitamnya sementara matanya menlihat juadah yang ada di atas meja makan. Dia pelik kerana hanya ada roti putih dan juga jem pelbagai perisa. Biasanya, pagi-pagi macam ini akan ada walaupun satu menu makanan berat.

"Miraa, ini je ke breakfast kita?" Aryan pergi ke arah dapur pula. Mana tahu kalau ada makanan yang baru dimasak tapi tidak diletakkan di atas meja makan.

"Yelah. Abang Ar nak makan apa pula?" jawab Amiraa sambil tangannya galak menyapu jem pada roti. Dah siap satu, dia tutup bekas jem dan menyuap masuk roti ke dalam mulut.

"Tak adalah. Biasa kan mama masak untuk breakfast."

"Oh, dah lupa ke? Kak Alia kan tak ada, jadi tak adalah orang yang nak masakkan breakfast untuk kita. By the way, bukan mama yang masak breakfast selama ni. Takkan dah lupa kut?" Amiraa bersuara sinis pada Aryan. Sejak dua menjak, dia mula rasa ada benda yang tak kena pada Aryan. Orang lain di dalam rumah itu punyalah risau pada Alia, tapi Aryan tak nak ambil tahu langsung tentang Alia.

Bila ditanya pasal Alia, Aryan terus tukar topik atau minta diri untuk masuk ke dalam bilik. Itu membuatkan dia pelik. Bukan setakat dia yang pelik, tapi satu keluarganya pelik dengan tingkah laku Aryan.

"Aku pergi dulu." Aryan terus melangkah keluar. Nak mengelak lagilah tu.

~~

"Kita dah sampai." Puan Yuna dan Alia keluar dari kereta milik Thaqif. Mata Alia memandang kawasan rumah papan yang bercampur dengan batu itu. Lama dia pandang rumahnya sendiri, sehingga Puan Yuna sendiri yang ajaknya masuk ke dalam.

"Mak cik, saya balik dululah. Ada kerja sikit dekat masjid." Disebabkan dia anak ketua kampung dan ramai orang kampung percaya padanya, jadi dia telah dilantik untuk menggalas salah satu daripada jawatan di dalam ahli jawatankuasa masjid kampung mereka. Jadi, banyaklah kerja yang dia perlu selesaikan di masjid.

"Baik. Terima kasihlah sebab dah tolong mak cik uruskan hal Alia. Siap tolong bayarkan bil hospital Alia lagi. Nanti mak cik bayar balik, ya." Segan pula dia kalau dia tak ganti duit yang Thaqif gunakan untuk Alia. Lainlah kalau Alia ada pertalian darah dengan Thaqif. Itu tak apalah kalau dia buat tak tahu dengan duit itu.

"Tak payahlah, mak cik. Saya ikhlas tolong mak cik. Saya dah lambat, saya pergi dulu." Thaqif melulu masuk ke dalam keretanya. Sebenarnya, dia tak lambat untuk ke mana-mana pun. Dia minta diri dengan cepat supaya dia tidak diasak untuk menerima duit daripada Puan Yuna. 

Mereka berdua berdiri di kawasan hadapan rumah sehingga kereta Thaqif hilang dari pandangan. Lama mereka berada di situ sehingga motor buruk milik Pak Mahmud masuk ke kawasan rumah. Tak jadi mereka mahu masuk ke rumah.

"Hah, dah balik pun. Alia apa khabar?" tanya Pak Mahmud penuh ramah. Kalaulah ingatan Alia masih ada, mesti dia tak percaya dengan perangai Pak Mahmud yang berubah. Lebih-lebih lagi kalau Pak Mahmud melayan dirinya dengan baik seperti ayah orang lain yang melayani anaknya dengan baik.

Alia angguk perlahan. Disebabkan dia masih tak biasa dengan keadaan sekeliling, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Pak Mahmud, dia mula diselubungi rasa takut. Alia menyorok di belakang Puan yuna. 

"Tak apalah, bang. Kami naik dulu," pamit Puan Yuna sebelum dia tarik tangan Alia dan masuk ke dalam. Bukan niatnya untuk kurang ajar dengan suami sendiri, tapi dia dapat rasa yang Alia mula rasa tak selesa dengan ayahnya sendiri.

~~

"Elisya, I nak you buat kapucino suam boleh?" pinta Aryan setelah Elisya membacakan jadual untuknya. Dah seminggu Elisya bekerja di bawahnya, tapi dia tidak berkesempatan untuk minta Elisya bancuh air kegemarannya.

"Eh, mana boleh! Habislah kuku I nanti." Elisya tunjukkan kukunya yang baru saja dihiaskan semalam. Kalau dia bancuh air untuk Aryan, sia-sia sajalah dia laburkan beberapa ratus untuk buat kuku.

"You pun tahukan yang I ada letakkan syarat dalam kontrak kita. Pergilah buat sekarang."

"Eh, kerja I bukan nak buat air untuk you je. I ada banyak kerja lagilah!" Elisya jerit pada Aryan. Ataupun lebih kepada tengking.

Aryan pun mula bangun. Dia cuba untuk sabar, tapi sabar dia pun ada hadnya. Dia minta buat air saja, bukannya suruh korek tanah cari air. Apa? Susah sangat ke nak bancuh segelas air untuknya?

"Kalau you nak sangat, you buat sendiri. I ada banyak kerja nak buat." Elisya keluar tanpa buat apa yang Aryan suruh.

Aryan duduk semula di tempatnya. Tak sangka Elisya sanggup tengking dia sebab dia suruh buatkan air untuknya. Ini kalau dah kahwin nanti, macam mana Elisya nak sediakan makan minumnya kalau sekarang pun tak nak buatkan air untuknya.

Akhirnya, dia keluar untuk bancuh kapucino suamnya sendiri. Sepanjang dia mendirikan syarikat sendiri, inilah kali pertama dia buat air sendiri. Biasanya dia akan suruh orang yang buatkan ataupun dia rela tak minum semata-mata tak nak pergi ke pantri.

"Aik? Bos besar buat air sendiri?" tegur seorang pekerja, Isa. Dia adalah salah seorang pekerja yang dah lama berkhidmat dengan Aryan. Sebab itulah dia berani untuk tegur Aryan.

"Haah. Dah tak ada orang yang nak buatkan," jawab Aryan.

Aryan ambil balang yang berisi beberapa jenis kopi dan dia ambil yang jenis kapucino. Dia letak serbuk itu sebelum dia campurkan dengan air panas dan air biasa. Campuran itu dikacau perlahan sebelum dia menikmati kesedapan dan wap yang muncul dari air kapucino itu.

"Oh ya, bos. Kenapa Alia tak datang kerja?"

Perbuatan Aryan yang mahu terus minum air terhenti. Tubuhnya sedikit mengeras kerana diajukan soalan itu. Dah seminggu lebih dia pecat Alia, dan baru sekarang orang nak tanya dia apa alasan bekas pembantu peribadinya tidak hadir ke pejabat.

"Saya masuk dulu." Seperti biasa, Aryan mengelak bila bercakap tentang Alia. Mug yang dia gunakan juga dibawa sekali ke dalam biliknya.

Masuk saja ke dalam bilik, Aryan duduk sambil merenung pemandangan di luar. Nama Alia seolah-olah pembunuh semangatkan untuk melakukan kerja. Sekarang diriya rasa... you know, tak ada hati nak buat sesuatu lagi.

Hatinya kosong. Kelam. Seperti ada sarang labah-labah yang menghiasi hatinya kerana terlalu kosong.

"Kenapa..." Aryan cicip sedikit airnya. Mata masih lagi memandang luar.

"Aku rasa, kurang sesuatu?"

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now