Aryan baru saja selesai mandi dan siapkan diri. Dia hanya mengenakan t-shirt hitam dan seluar jeans. Dia tak ada rancangan untuk keluar ke mana-mana pun hari ini. Hanya mahu rehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
Oh, dengan Alia sekali.
Bercakap tentang Alia, sejak mereka bertembung tadi, dia tak nampak langsung kelibat Alia di mana-mana. Ke, sebab dia hanya berkurung di dalam bilik?
Rambutnya yang diwarnakan ash blonde dirapikan di hadapan cermin. Tak adalah rapi sangat. Dia hanya biarkan rambutnya berada dalam keadaan serabai. Namun masih lagi nampak kacak dengan beberapa helai rambut yang terjuntai ke bawah.
"Handsome juga aku ni, kan?" Aryan memuji diri sendiri. Smirk ditonjolkan sebelum dia keluar dari bilik.
Di luar, muka beku ditayangkan. Seperti biasa, dia hanya menyapa keluarganya saja. Namun tidak pada Alia. Aryan yang mahu makan ditegur Puan Melissa.
"Mana yang lebam semalam?" Rahang Aryan ditolak ke kiri. Terkeluar juga decitan sakit dari bibir Aryan. Sudahlah tangan Puan Melissa betul-betul menekan tempat lebam itu.
Mata Aryan dapat menangkap kelibat Amiraa di bahagian dapur. Ini mesti mulut Amiraa telah mengalami satu proses pembocoran rahsia. Kalau tak, takkanlah Puan Melissa tahu, kan?
"Ma, don't worry. I'm okay, okay?" Tangan Aryan cuba untuk jauhkan tangan Puan Melissa daripada mukanya. Bukan rimas, tapi Puan Melissa terlalu risau sangat. Kesan bengkak pun sudah berkurang.
"No, you're not. Tell me, macam mana lebam tu boleh ada?"
Diam. Takkanlah dia nak mengaku yang dia bertumbuk dengan orang disebabkan perempuan. Jatuhlah air muka dia sebagai seorang bad boy terhandal.
Ceh, terhandal konon.
"Aryan Wong, I'm asking you. Jangan nak palau mama eh." Tangan Puan Melissa sudah bercekak dipinggang. Bila Puan Melissa sudah berubah nada, tahulah dia bahawa Puan Melissa betul-betul serius. Sampai guna perkataan 'palau' lagi.
"Ma, I don't want to be rude, but it's good for you to prepare lunch. Kalau mama nak Aryan tolong, panggil Aryan eh?" Tubuh kecil Puan Melissa ditolak lembut sehinggalah sampai di dapur. Dia hanya mampu tahan apabila tangan Puan Melissa asyik menolak tangannya daripada melekat pada bahunya.
"Eh, eh. Mama tak habis cakaplah."
"Bye mama, Aryan masuk bilik dulu." Lebih baik dia pergi sekarang daripada perlu menjalani sesi soal siasat dengan Puan Melissa. Tak pasal-pasal dia kena tahan perut sekejap.
~~
"So, awak dari mana sebenarnya?" tanya Amirul. Kini dia bersama dengan Alia mahu pergi beli barang dapur. Bayangkanlah, dia yang tak pandai beli barang dapur, tiba-tiba disuruh beli. Nasib baik Alia menawarkan dirinya untuk tolong dia.
Jangan dilupakan juga Amiraa yang berada di belakang. Yang itu, tak tahulah kenapa dia nak menyibuk. Bukannya pandai beli barang pun. Alasan dia, dia tak nak kakak dan abangnya berdua-duaan.
Daripada syaitan yang jadi orang ketiga, lebih baik dia yang jadi orang ketiga. Sekurang-kurangnya, tak adalah timbul fitnah.
"Saya dari KL, tapi saya duduk kampung."
Amirul angguk. Dalam kepalanya tengah galak memikirkan tentang beberapa soalan yang dia boleh tanya pada Alia. Alah, bagilah can sikit. Dia nak rapat dengan Alia ni.
"Awak umur berapa? Kenapa awak keluar dari rumah? Macam mana awak boleh jumpa dengan Aryan? Macam mana-"
Amirul tak dapat teruskan soalannya apabila mukutnya ditekup dari belakang. Ya, Amiraa yang tekup mulut Amirul. Bukan Amiraa tak nampak riak muka Alia berubah disebabkan soalan-soalan tak cerdik daripada Amirul.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...