Aryan masuk ke dalam butik Puan Melissa dengan penuh maskulin. Baru saja dia masuk, dia telah dihidangkan dengan pandangan dengan pelbagai reaksi oleh semua orang di dalam butik. Nasib baik tak ada yang pergi ke arahnya seperti dia adalah seorang pelakon yang terkenal.
"Selamat tengah hari, Encik Aryan," ucap beberapa staf yang menyedari kedatangan Aryan. Aryan hanya tunduk sebelum melangkah ke bilik pejabat Puan Melissa. Yang menariknya, tak ada satu pun senyuman yang terlorek dibibirnya.
Tanpa mengetuk pintu, Aryan menerjah masuk ke dalam. Duh, kalau itu bukan bilik Puan Melissa, mesti dah kena herdik oleh tuan punya bilik.
"Mama?"
Puan Melissa yang sedang berbincang dengan Alia berpaling ke arah pintu. Bibirnya mengukir senyuman sebelum mengajak Aryan masuk.
"Dah lunch belum?"
"Belum. Nak ajak mamalah ni. Jom lunch sekali?"
"Bolehlah. Alia, jom join kitaorang?" Alia baru nak buka mulut, tiba-tiba Aryan jawab begini.
"Tak payahlah ma. Aryan nak lunch dengan mama je."
Walaupun Aryan tak cakap yang dia tak nak makan tengah hari bersama Alia, namun Alia mula terasa dengan kata-kata Aryan. Perlahan-lahan dia tundukkan kepala dan memandang meja.
"Kau." Jari telunjuk ditunding ke arah Alia.
"Buat kerja. Jangan ingat kau dapat tumpang dekat rumah kitaorang, kau tak perlu buat kerja." Muka Alia berubah keruh. Aryan... tak boleh terima dia ke?
"Apa cakap macam tu dekat Alia? Minta maaf balik," arah Puan Melissa garang. Pantang betul kalau anak-anaknya tidak beradab dengan orang. Dari ekor matanya, dapat dia lihat perubahan riak muka Alia.
Dia memang kenal dengan mulut Aryan yang jenis tak kisah jika ada hati yang terasa dengan kata-katanya. Alia pun tidaklah mengenali Aryan sepenuhnya. Macam pagi tadi, nama Aryan pun Alia tak tahu.
"What? Aryan minta maaf? No way, mama." Aryan terus pergi dari butik. Perihal makan tengah hari bersama Puan Melissa telah dilupakan. Bela sangat Alia tu, kan? Pergilah makan dengan anak baru tu.
Puan Melissa mengeluh kerana perangai tak matang Aryan. Sebenarnya kan, tak pernah-pernah Aryan bersikap sebegini. Tapi kenapa hari ini Aryan seolah-olah telah dirasuk dengan roh cemburu dan tak matang?
"Sorry, mama. Alia-"
"Tak apa. Bukan salah Alia pun. Jom, kita pergi lunch?"
~~
"Alia, Alia, Alia. Dah kenapa semua orang nak rapat dengan dia? Apa yang istimewa sangat perempuan tu sampai mama pun ajak dia lunch sekali?" omel Aryan setelah sampai di pejabat. Ada juga staf yang perasan dirinya masuk, namun dia hanya buat tak tahu. Well, Aryan always being himself, right?
"Argh, streslah!" Fail-fail yang berselerak di atas meja dihempas sesuka hatinya. Ada yang dia koyak-koyak dokumen di dalamnya. Ah, lantaklah. Asalkan dia dapat luahkan kekusutan yang dia hadapi.
"Hai Ar- hoi!" Si dia terus berlari ke arah Aryan untuk halang Aryan daripada terus merosakkan barang-barang syarikat. Tahulah bos, tapi janganlah sampai rosakkan hasil kerja staf.
Aryan mula meronta untuk dilepaskan. Dia tak puas lagi!
"Aryan, stop!" jerkah lelaki tadi. Apa? Mesti korang ingat dia tu perempuan, kan? Tak, dia adalah lelaki. Tak pernah lagi dia terfikir untuk menukar jantinanya.
Bila dijerkah macam itu, barulah Aryan berhenti. Dia lepaskan tangan si lelaki tadi daripada terus memeluk tubuhnya.
"Kau dah kenapa? Mengamuk tak tentu pasal."
"Aku tak tahulah, Jake. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku."
Jake, atau nama sebenar Zakaria, terus tarik Aryan untuk duduk di sofa. Mesti korang tertanya-tanya kan? Macam mana boleh datangnya nama Jake itu?
Cerita dia macam ni. Jake sendiri kata nama betulnya amat panjang untuk disebut. Jadi, pada mulanya dia hanya singkatkan namanya dan jadilah 'Zak'. Tapi, katanya nak nama-nama ala-ala orang Inggeris. Jadi, terciptalah nama Jake sebagai nama panggilan.
Jangan risau, nama saja seperti orang Inggeris. Tapi mukanya masih nampak ala-ala orang Melayu ya.
Aryan mula cerita tentang Alia. Jake hanya mendengar sambil membalas mesej daripada teman wanitanya. Aryan yang nampak Jake yang asyik dengan telefon menyumpah dalam hati. Orang tengah bercerita, fokuslah sikit. Kurang asam betul.
Kalau macam ni, baik tak payah dengarlah setan!
"Jadinya, kau anggap perempuan tu macam pengacau hidup kau?" tanya Jake untuk mematikan bahawa dia telah memahami cerita Aryan. Aryan angguk perlahan.
"Simple. Kau buat hal kau, dia buat hal dia. Asalkan dia tak kacau kau, aku rasa kau takkan rasa terganggu."
"Tapi dia dah rampas attention mama."
"Kalau macam tu, abang dengan adik kau pun dah rampas attention mama kaulah. Kau kata dia rampas attention mama kau, habis adik beradik kau yang lain?"
"Jap, kau merepek apa setan?" Dia tak faham. Dia tengah bercakap tentang Alia. Dah kenapa nama adik beradiknya pun terbabit sekali?
"Haih, kau ni. Kalau kau rasa dia dah rampas semua tu, mestilah kau anggap yang adik beradik kau pun buat benda yang sama, kan? Kau punya cerita ni seolah-olah kau seorang jelah anak mama kau. Lagipun, salah kau juga. Siapa suruh bawa perempuan tu balik?"
"Tapi, tapi..."
"Tak ada tapi-tapi. Tapi, aku teringin nak jumpa dengan dia. Nak tahu juga kenapa kau jealous dengan dia." Kening kanannya diangkat berkali-kali. Saja nak bagi Aryan rasa menyampah dengannya.
Aryan ambil salah satu fail yang telah selamat baring di atas lantai. Kepala Jake menjadi mangsa hempukkan fail keras itu. Jake mengaduh sakit.
Namun, dia ada idea. Dia pun ambil satu fail dan buat-buat hempuk Aryan dengan fail tadi. Walaupun Aryan berani untuk hempuk kepalanya, tapi dia tak berani balas. Baran Aryan bukan boleh bawa main.
Tapi barannya pun ada hadnya. Jangan risau kalau anda adalah salah seorang yang kena hadap baran Aryan, okey?
"Aryan, club jom? Aku dengar Kayla dah rindu kau."
Kayla? Bukan apa, dia tak ada rasa rindu terhadap Kayla. Kayla hanyalah tempat dia hilangkan bosan. Tapi, tak tahu pula Kayla merindui dia.
"Gila ke apa? Sekarang baru tengah hari."
"Alah, malam nantilah."
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...