part 21

5K 214 0
                                    

Dua bulan kemudian...

Sapaan daripada staf hanya dibalas dengan angguk. Dia tak ada mood untuk menegur pekerja yang bersusah payah berhenti buat kerja semata-mata untuk menyapanya. Tak tahulah kenapa dengan dia hari ini.

Pintu ditolak supaya dia boleh masuk. Oh, ya. Masa dia lalu di hadapan meja Alia, Alia tak ada pun di situ. Itupun dia tak nak tahu kenapa Alia tak ada dimejanya. Mungkin tengah sibuk bancuh air kapucino suam untuknya di pantri.

"Oh, please. Another flower?" gumam Aryan. Tangannya mencapai sekuntum bunga ros berwarna lavender yang terletak elok di atas mejanya. Macam biasa, dia bau wangian yang terbit daripada bunga itu sebelum dia buang ke dalam tong sampah.

Memang dia suka bau wangi bunga, tapi dia tak suka bunga. Jadi, tong sampahlah yang menjadi tempat seterusnya untuk bunga itu.

Sudah dua minggu sejak hari pertama dia dapat bunga ros. Sudahlah hari-hari warna yang sama dia dapat. Si pemberi pun, banyak betul duit nak beli bunga untuknya hari-hari.

"Alia, masuk bilik aku. Now."

Aryan duduk sementara menunggu Alia. Macam biasa, dia mahu tahu jadualnya untuk hari ini dan juga bunga itu. Dari hari itu lagi dia tanya sama ada Alia tahu atau tak siapa yang tinggalkan bunga di atas mejanya. Namun jawapan Alia sama dengannya. Tidak tahu.

"Masuk." Pintu dibuka. Alia masuk dengan secawan kapucino suam dan iPad. Sebelum dia nyalakan skrin iPad, Aryan bersuara.

"Kau tahu tak siapa yang hantar bunga ni?"

Macam yang dia jangka, Alia geleng kepala. Kalau Alia pun tak tahu, apatah lagi staf-staf yang lain. Aduh, pening.

"Tak apalah. Proceed jadual untuk hari ni."

~~

"Abang Ar," panggil Amiraa dari depan pintu. Hanya kepalanya saja yang masuk ke dalam bilik Aryan. Nak menghendap apa yang abangnya buat malam-malam macam ini.

"Hm."

"Nak pergi mana? Nak ikut."

Aryan pusing menghadap Amiraa. Memang dia bersiap-siap nak keluar. Tapi, kenapa budak kecil itu boleh ada dekat depan pintu dia pula?

"Tak boleh. Kau kan exam esok." Sebagai seorang abang, memang dia pentingkan prestasi adiknya. Lagipun, Amiraa kan dak-dak SPM tahun ni.

"Ala..." Bibir Amiraa sudah muncung sedepa. Tak best lah macam ni. Memanglah esok dia ada peperiksaan, tapi dia pun nak bersuka-ria juga. Nak juga hirup udara malam yang segar lagikan tenang.

"Miraa janji, balik nanti Miraa study."

"Tak payah nak kelentonglah. Bukan aku tak tahu. Lepas balik kau terus tidur, kan? Alasannya, budak nak ambil exam kena tidur awal. Tak ada, tak ada." Sambil-sambil membebel, Aryan touch up pakaiannya. Tak nak nampak selekeh dimata orang nanti.

"Tapi..."

"Balik nanti aku belikan coklat. Dengan syarat, kau pergi study. Okey?"

Mata Amiraa membulat. Bukan sebab terkejut, tapi sebab teruja. Jaranglah Aryan bagi dia makan coklat. Bila dah ditawar, mestilah dia nak.

"Okey!" Terus Amiraa tutup pintu dan masuk biliknya. Seperti yang Aryan suruh tadi, dia buat ulang kaji kali terakhir pada hari ini. Demi sepapan coklat yang dia damba, dia sanggup menatap buku teks yang tebal itu.

Aryan keluar dari bilik apabila dia sudah siap. Kebetulan, dia terserempak dengan Puan Melissa apabila turun ke bawah. Terus dia menerpa ke arah mamanya.

"Ma, Aryan nak keluar tau."

Puan Melissa menganalisa pakaian Aryan. Daripada rambut yang digayakan messy sampailah kaki yang sudah disarung stokin. Kenapa dia rasa anaknya bersiap dengan...

Elok?

"Nak pergi mana?" Tuan Ilyas tiba-tiba bertanya dari belakang. Badan Aryan masih statik pada tempatnya. Namun, matanya saja yang bergerak.

"Keluar."

"Club lagi?" tebak Tuan Ilyas.

"No. Keluar dengan Alia."

"Tak payah bawa anak dara orang keluar malam-malam. Buat apa keluar malam-malam macam ni? Duduk rumah."

Apabila Tuan Ilyas pulang ke rumah, dia tak terkejut apabila nampak kelibat Alia. Sebab Puan Melissa sendiri telah menjelaskan tentang Alia. Yang buat dia rasa tak puan hati, Aryan makin rapat dengan Alia. Bukan dia tak tahu perangai Aryan macam mana.

"Abang pun. Hari ni kan hari Ahad. Apa salahnya diorang enjoy dulu sebelum masuk kerja esok?"

"Enjoy? Takkan Mel tak tahu maksud enjoy bagi Aryan? Kalau budak Alia tu nak keluar dengan lelaki lain, abang tak kisah. Kalau dengan Aryan? No, abang tak percayakan Aryan."

Kalau berlarutan, silap-silap mereka berdua hanya keluar di beranda rumah sajalah. Kaki Aryan kuis-kuis lantai rumah. Dia terasa dengan Tuan Ilyas. Serius. Tapi, nak buat macam mana?

Rasa nak tutup telinga dan blah dari sini.

"Cukup," arah Aryan. Suaranya cukup untuk ibu bapanya dengar. Akhirnya, pasangan suami isteri itu terdiam.

"Aryan tak ada niat nak kurang ajar. But I've changed. And I won't take her to a bad place, okay? Please, just give me a second chance to be a good son." Berakhir saja kata-katanya, terus dia pergi dari situ. Puan Melissa dan Tuan Ilyas hanya pandang kelibat Aryan yang semakin jauh daripada mereka.

"Aw..." Tangan Alia terus ditarik tanpa meminta diri daripada tuan rumah. Kerap juga mulutnya bising ketana tindakkan Aryan. Tapi Aryan hanya biarkan mulut becok Alia buat kerjanya.

"Masuk kereta."

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now