part 8

5.7K 264 4
                                    

"Fine. Ikut aku." Mata Alia kelihatan bersinar dengan ayat Aryan. Nampaknya, tak perlulah dia berteduh di kaki lima malam ini. Sekurang-kurangnya, dia terasa selamat di sisi Aryan.

Pelik, kan? Dia baru kenal Aryan. Malah, tak sampai 10 minit dia kenal Aryan. Tapi dia mula rasa selamat bersama dengan Aryan. Baginya, Aryan bukanlah lelaki yang akan buat perkara yang tidak senonoh dengan perempuan.

Aryan sudah menghilangkan diri di dalam kereta. Alia pula masih berdiri di sebelah kereta Aryan. Hatinya masih berbelah bagi.

"Cepatlah masuk." Suara Aryan masih sama. Dingin. Malah, Alia sendiri dapat rasa aura dingin yang muncul dari tubuh Aryan.

Alia masuk juga dengan tangan yang terketar-ketar. Tapi, dia tak duduk di depan. Dia duduk di tempat duduk belakang. Rasa segan pula nak duduk di hadapan bersama dengan Aryan.

"I'm not your driver. Duduk depan." Aryan mula sedar akan keterlanjuran kata-katanya. Tapi, dia hanya buat tak tahu. Selagi Alia tidak mempersoalkan tentang kata-katanya, selagi itulah dia tak akan bangkitkan tentang perkara itu.

Handbrake diturunkan lalu gear ditukar. Dia pandu keretanya dengan berhati-hati. Yalah, dia ada makanan yang perlu diserahkan kepada adiknya dan juga nyawa orang yang perlu dia jaga. Membuat keputusan untuk menolong Alia membuatkan hal nyawa Alia telah berada di dalam genggamannya.

"Kita nak pergi mana?"

"Balik rumah." Selamba saja Aryan jawab. Matanya masih memandang depan.

Sebenarnya, dia pun tak tahu nak tinggalkan Alia di mana. Sekarang sudah lewat malam. Memanglah ada sesetengah hotel yang masih beroperasi, tapi dia tak sampai hati untuk tinggalkan Alia.

Alia sudah panik. Aryan kata mahu balik rumah. Bermakna, dia pun akan ikut Aryan jugalah, kan?

"Don't worry. Aku duduk dengan family aku." Bagai tahu kerisauan di dalam hati Alia, Aryan jelaskan tentang orang di dalam rumahnya. Alia mengucap syukur.

"By the way, kau memang free hair, ke?" tanya Aryan tiba-tiba. Bukan apa, dia main tanya saja. Manalah tahu kalau Alia betul-betul bertudung, kan?

Alia meraba kepalanya. Kulit tangannya betul-betul menyentuh rambutnya. Baru dia perasan. Dia tak bertudung! Ya Allah, entah berapa dosa yang dia dapat kerana menayangkan auratnya pada orang luar. Dan dia pun tak tahu berapa ramai lelaki ajnabi yang dapat melihat rambutnya dengan jelas.

"Encik..." panggil Alia. Namun, Aryan masih dengan pemanduannya. Tak peduli langsung akan panggilan dari Alia.

"Encik ada tudung lebih tak?"

"Kau nampak aku ni macam orang pakai tudung ke?" Alia geleng. Lupa pula dia bersama dengan lelaki, bukan perempuan.

Tiba-tiba, kereta Aryan berhenti di tepi jalan. Aryan keluar apabila handbrake sudah ditarik. Alia mula panik. Adakah dia akan dihalau kerana minta tudung pada Aryan?

Aryan masuk balik setelah dapat apa yang dia mahukan. Tangan Aryan hulurkan sehelai hoodie putih miliknya. Alia yang masih lagi bingung hanya ambil tanpa banyak tanya.

"Aku tak ada tudung, tapi aku ada hoodie. Cukuplah kut kalau nak cover rambut kau," jelas Aryan. Dapat dia dengar suara Alia mengucapkan terima kasih padanya. Dia pun hanya angguk saja.

Alia belek-belek hoodie putih itu. Dia tak pernah lagi memakai pakaian jenis begitu. Jenis yang ada kepala seperti hoodie. Jadi, dia tak tahu nak pakai macam mana.

Kejap. Dia nak cover rambut saja kan? Jadi...

"Oi, bukan macam tulah!" tegah Aryan tiba-tiba. Terkejut Alia dibuatnya. Dia punya terkejut itu sampai kepala hoodie yang diletakkan di atas kepalanya terjatuh semula.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now