part 9

5.6K 251 2
                                    

"Good morning, akak!" sergah Amiraa dari belakang. Alia yang sibuk menggaul nasi goreng terkejut lalu terkentut. Okey, gurau. Sudip yang dia gunakan hampir terkena kepala Amiraa.

"Aduh, Miraa. Terkejut tahu tak? Nasib baik tudung tu tak kotor dengan sudip ni." Amiraa terus gelakkan Alia. Alia tidak pedulikan Amiraa lagi dan teruskan dengan masakannya.

"Sorrylah akak. Miraa saja je. Akak masak apa tu?"

"Nasi goreng. Miraa makan tak?" Saja dia tanya Amiraa. Mana tahu Amiraa tak makan nasi pada waktu pagi, kan?

"Makan! Lagi-lagi kalau akak yang masak."

"Well, rasanya kita dapat makan makanan sedap pagi ni." Suara Puan Melissa tiba-tiba mencelah. Alia hanya tersenyum lebar. Yalah, kalau dekat kampung, tak ada sesiapa pun yang hargai masakannya. Tapi di sini, dia dihargai sama seperti yang sepatutnya.

"Morning, mama."

"Morning, m- mama."

"Morning. Ni, nak mama tolong apa-apa tak?" Alia geleng. Tak ada benda pun yang Puan Melissa boleh tolong. Sebab semuanya sudah siap. Tinggal nak makan saja.

Sniff, sniff.

"Amirul? Dah kenapa bau-bau macam tu?" tegur Puan Melissa. Amirul yang sudah lengkap dengan pakaian kerja menerpa ke arah kaum wanita.

"Tak adalah. Mama masak ke? Sedap bau." Tak pernah-pernah lagi Puan Melissa nak masak makanan berat waktu pagi. Takkanlah mamanya sudah tak ingat waktu pula?

"Taklah, Alia yang masak." Serentak senyumannya terukir manis.

"Oh! Jadi awaklah yang Aryan bawa balik semalam tu? Hai, saya Amirul. Boleh panggil Abang Am, kalau tak selesa boleh panggil Amirul." Amirul lambai kepada Alia seperti budak kecil. Sama juga macam Aryan, dia tak adalah ramah sangat dengan orang luar. Atau dia akan dingin dengan orang luar. Itu dirinya yang biasa. Tapi sekarang, kenapa dia boleh ramah dengan Alia seperti sudah lama kenal?

"Hai. Eh, makanlah dulu. Saya nak kemas dapur."

"Tak payahlah kak. Kita makan dulu." Seperti biasa, tangan Alia ditarik oleh Amiraa. Alia hanya redha apabila tangannya ditarik. Akhirnya, dia mengambil tempat di sebelah Amiraa dan berhadapan dengan Amirul.

"Mama, ada nampak tak kunci kereta Aryan?" tanya Aryan dari tingkat atas. Dengan suaranya yang kuat, dia telah dapat perhatian daripada semua orang.

"Kamu letak mana semalam? Cuba ingat balik." Puan Melissa pun ikut laung sama. Malas nak naik ke atas dan tolong Aryan mencari kunci keretanya. Biarlah anak terunanya cari sendiri.

Suara Aryan tidak lagi kedengaran. Bagus, aman sikit nak makan. Tapi, suaranya tidaklah kekal diam.

"Mama... tolonglah cari sekali. Aryan dah penat." Kepala dilentokkan pada kaca penghadang. Nampak sangat penat mencari kunci kereta yang mahu main sorok-sorok dengan tuannya.

Mungkin sudah mengalah, Aryan turun ke bawah. Nak mengisi perut sebelum menyambung misi pencarian kunci kereta yang hilang.

"Aik, mama? Tak pernah-pernah mama masak pagi-pagi macam ni. Siapa masak ni?"

"Ni hah, girlfriend kau masak," jawab Amirul. Mulutnya penuh dengan nasi goreng hasil air tangan Alia.

Iris coklat muda Aryan tajam merenung Amirul. Ini lagi seorang. Ingatkan dah tak ada ayat begitu apabila dia sudah jelaskan kepada Amiraa dan Puan Melissa. Rupanya, ada juga yang tak tahu.

Nasi goreng ditelan dengan payah. Memanglah dia abang kepada Aryan, tapi kadang-kadang gerun juga dengan pandangan tajam daripada Aryan.

"Eh, encik. Makanlah." Pinggan diambil lalu nasi goreng diletakkan ke dalam pinggan. Pinggan tadi dihulurkan pada Aryan yang sudah ambil tempat di sebelah Amirul.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now