Alia hembus nafas dengan kasar. Kali ini, dia mahu luahkan perasaan pada Aryan buat kali yang kedua. Dia tekad. Kalau Aryan nak marah dia sekalipun, dia dah tak kisah. Walaupun dia tahu yang Aryan sudah mempunyai suri hati, tapi selagi mereka berdua tidak berkahwin, selagi itulah dia takkan mengalah.
Lagipun, dia sudah penat memendam perasaan apabila melihat Elisya yang saban hari sibuk datang ke AR Company. Kalau nak tengok Eiyad, tengoklah dekat rumah. Kenapa kena datang ke sini juga? Eiyad mana ada dekat dalam jagaan mereka berdua ketika waktu bekerja.
Pintu bilik diketuk tiga kali. Apabila sudah dapat kebenaran, dia tolak pintu sehingga terbuka luas. Alia kumpul kekuatan sebelum dia berdiri menghadap Aryan.
"Yes, nak apa?"
"Saya nak cakap something. Saya suka awak." Alia sebut dalam satu nafas. Straight to the point, itu yang penting. Dan Aryan mula pandang Alia dengan penadangan terkejut. Tidak percaya pun ada.
Ya, dia tahu yang Alia memang menyimpan perasaan terhadapnya. Tapi, itu dulu. Dia tak tahu pula yang Alia masih lagi sukakan dia.
"Aku dah taken. Kau pun tahu, kan?" jelas Aryan malas. Alia senyum perit. Dah agak dah, dia memang akan ditolak. Nampaknya, percubaan kali kedua, gagal.
"Saya tahu tu. Tapi saya memang suka awak. Saya mengaku yang saya tak boleh nak move on. Hari-hari awak ada dengan saya, dan awak layan saya dengan baik. Tipulah kalau saya tak jatuh hati dengan awak." Alia sambung luahannya. Dia berharap sangat yang Aryan akan terima dia.
Aryan pun berdiri. Dia pandang Alia dengan penuh beku dan, benci?
"Jujur aku cakap, aku tak suka kau. Kau boleh tak terima yang aku sekarang dah ada Elisya. Aku tahu apa yang terbaik dalam hidup aku, sebab tulah aku pilih dia. Dan kau..." Aryan berjalan sehingga berada di hadapan Alia. Muka Alia dipandang dengan penuh rasa kebencian. Ya, benci.
"Kau memang tak layak untuk bersama dengan aku. Look, kau tu miskin, tak berpelajaran tinggi. Kau cuma berharap yang aku akan ada dengan kau sampai bila-bila. Aku tak suka dengan perempuan yang terlalu bergantung pada aku. Tolonglah, no means no. Aku tak suka kau dan takkan suka kau. Kalau kau rasa aku layan kau dengan baik, aku cuma layan kau sebagai kawan. Tak lebih dari tu. Faham?" Aryan tekankan perkataan 'faham' dengan suaranya yang beku. Alia terpaksa angguk. Tipulah kalau dia kata yang dia tak faham apa yang Aryan kata.
Ya, dia sedar dengan dirinya. Dahlah miskin, lepas tu belajar hanya takat SPM. Dan sejujurnya, kenyataan yang mana Aryan hanya layannya tak ubah seperti kawan amatlah menyakitkan hatinya. Tapi, apa yang Aryan kata ada betulnya. Aryan dah ada Elisya, mana mungkin Aryan akan menduakan Elisya semata-mata untuknya.
"Kau dipecat," lafaz Aryan senafas. Alia kaget. Takkanlah sebab dia luahkan perasaannya pada Aryan, dia kena pecat begitu saja.
"Elisya kata dia nak jadi PA aku, jadi aku perlu pecat kau." Aryan jelaskan sebabnya tanpa disuruh. Dia sendiri pun tak tahu kenapa Elisya mahu menjadi pembantu peribadinya sedangkan Elisya sendiri pun ada kerjanya sendiri.
"Lagi satu, tolong keluar dari rumah keluarga aku. Aku tak kisah kalau kau nak pergi mana sekalipun, asalkan kau jangan tunjuk muka buruk kau depan keluarga aku. Aku tak suka bila diorang bagi kasih sayang diorang pada kau. Aku bagi masa sampai petang ni. Kalau kau tak keluar sebelum aku balik, aku akan saman kau."
Ah, memang. Tadi dah kata Alia miskin dan tidak berpendidikan tinggi. Sekarang nak kata yang Alia mempunyai muka yang buruk pula. Aryan memang tak fikir perasaan orang lain dulu sebelum berkata.
Perlahan-lahan air mata Alia jatuh ke lantai. Alia tundukkan mukanya sambil mengelap air mata yang masih tertinggal sisa dipipinya. Sekarang sudah terbukti yang perempuan malang seperti dia memang takkan dapat walaupun secebis bahagia. Dan dia memang tak layak untuk hidup seperti orang lain.
"Tolong jangan cakap dekat diorang yang kau keluar sebab aku. Kau kelentonglah apa pun, tapi jangan jujur dengan diorang. Aku tak nak kena marah sebab jadi punca kau keluar. Dah, keluar dari sini." Aryan usir Alia dengan kata-kata saja. Dia duduk semula di kerusinya dan sambung buat kerja.
Alia tersenyum walaupun matanya sedang galak mengeluarkan air mata. Aryan dah sambung buat kerja. Nampak sangat memang tak nak tengok mukanya lagi.
"Okey, kalau itu apa yang awak nak. Terima kasih sebab dah jadi orang yang pertama saya cinta. Walaupun saya tak dapat cinta awak, tapi saya tetap akan doakan yang awak akan bahagia dengan pilihan awak. Assalamualaikum."
Alia pun keluar dari bilik Aryan. Dia tak terus pulang ke meja, tapi dia terus berlari ke tanas. Dia mahu hamburkan tangisannya terlebih dulu sebelum berkemas. Tak naklah orang lain tahu yang dia sedang berduka lara walaupun sekarang sudah masuk waktu makan tengah hari.
~~
"Aik, Alia? Nak pergi mana?"
Alia berpaling apabila mendengar suara Puan Melissa. Di dalam dukungannya, Eiyad sedang leka dengan biskut bayinya. Jadi, Eiyad tidaklah mengganggu Puan Melissa bercakap dengan Alia.
"Alia... nak pergi."
"Hah? Kenapa? Kami ada buat salah ke dengan Alia?" Terus Puan Melissa duduk di birai katil. Dia hanya pandang kelibat Alia yang sibuk mengemas bajunya.
"Eh, tak adalah. Mama dengan keluarga ni semua baik dengan Alia. Cuma, Alia tak naklah susahkan keluarga ni lagi. Itu je." Dia larikan pandangan apabila mata Puan Melissa sedang galak memandangnya. Dia tak nak terkantoi dengan Puan Melissa. Itukan permintaan daripada Aryan juga.
"Allah... mana ada Alia susahkan kami. Siapa yang cakap Alia susahkan kami? Aryan ke?" Apabila nama lelaki itu disebut, jantung Alia berdegup dengan pantas. Dia tak nak Puan Melissa tahu yang Aryanlah menjadi punca dia keluar dari rumah.
"Taklah. Tak baik tau mama salah sangka dengan dia."
"Kalau macam tu, Alia nak duduk mana lepas ni? Nak mama tolong carikan rumah?"
"Tak apalah, Alia boleh uruskan sendiri. Lagipun, Alia ada jumpa rumah sewa. Dekat je dengan rumah ni." Dia tipu saja. Dahlah dia dihalau tak sampai sejam. Manalah sempat nak cari rumah sewa untuk dia berteduh nanti.
"Betul ni? Mama tak sedap hatilah." Hatinya seperti dapat merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi pada Alia.
"Betul, mama jangan risau." Alia yakinkan Puan Melissa dengan senyumannya yang tampak ikhlas. Dia tak nak Puan Melissa terus risaukan dia. Dan dia tak nak semua orang terus layan dia seperti tuan puteri.
"Mama hantar Alia. Tolonglah, bagi mama hantar Alia. Dengan cara tu je yang mama boleh buat untuk pastikan yang Alia selamat." Puan Melissa masih lagi tegas dengan keputusannya. Harapnya Alia akan setuju dengannya.
"It's okay. I can handle it by myself. Okey, Alia dah siap packing. Alia pergi dulu." Tangan dihulurkan untuk bersalam. Puan Melissa sambut dengan berat hati. Alia cubit pipi Eiyad perlahan. Dengan cara itu saja dia boleh buat bekalan rindu untuk di kecil itu.
"Oh ya, tolong bagi ni dekat Aryan." Iphone yang Aryan pernah berikan padanya dulu diberikan kepada Puan Melissa. Pada mulanya, Puan Melissa berkeras untuk tidak ambilnya. Namun, dengan desakan Alia, akhirnya Puan Melissa akur. Alia pun telah berjanji yang dia akan hubungi Puan Melissa dengan nombor barunya nanti.
Akhirnya, Alia sudah sah keluar dari rumah itu. Jujur, dia tak nak tinggalkan rumah dan keluarga yang sudah menerimanya dengan seikhlas hati mereka. Namun, apa lagi yang dia boleh buat kalau Aryan sendiri tak nak tengok mukanya lagi.
Akhir kata, selamat tinggal semua.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...