Salam yang terakhir diberi sebelum dia berdoa kepada yang maha Esa. Sejak lima bulan ini, itulah rutin baru yang Aryan lakukan sebagai seorang yang beragama Islam.
Solat fardu. Ya, solat. Alhamdulillah, insaf dah hero seorang ni.
"Aamiin ya rabbal alamin." Tangannya meraup muka sebagai penutup untuk doanya. Aryan bangkit dan gantung sejadahnya di tempat yang sepatutnya.
Kain pelikat yang dia guna ditukar dengan seluar pendek paras bawah lutut. Seperti biasa, dia akan sambung kerja pejabat memandangkan dia sudah ambil cuti pada hari ini.
Laptop yang berada di atas meja diambil sebelum buat kerja di atas katil. Eiyad yang bermain di bawah diabaikan sekejap. Walaupun Aryan abaikan Eiyad, namun fokus Aryan masih pada Eiyad.
"Aaa..." Tangan kecik Eiyad bergerak memukul peha Aryan. Aryan pandang Eiyad sebelum terkejut. Macam mana Eiyad boleh berada di atas katil? Bukan Eiyad berada di bawah ke?
"Macam mana kau boleh naik?" tanya Aryan. Eiyad tak jawab, sebaliknya sibuk nak tekan papan kekunci laptop Aryan. Yalah, macam mana budak yang baru berumur setahun lebih mahu jawab soalan Aryan?
Tiba-tiba, Aryan mula terfikir. Kalau Eiyad pandai panjat katil, maksudnya, pagi tadi pun Eiyad panjat katil secara sendiri?
"Kau panjat katil ke pagi tadi?" gumam Aryan sendiri.
Tiba-tiba, Amiraa mencelah. "Abang Ar tak tahu ke? Eiyad memang pandai memanjat, tapi tak pandai turun sendiri. Sebab tulah Abang Ar kena pantau Eiyad kalau dia ada dekat atas katil."
"Kau- macam mana kau boleh ada dekat dalam bilik aku?"
"Pintu terbuka. By the way, Miraa nak cakap yang Kak Alia memang tak salah pun. Eiyad memang suka memanjat." Usai berkata, Amiraa keluar dari bilik Aryan. Aryan termenung sekejap. Adakah dirinya telah membuat keputusan yang terburu-buru?
Tak tunggu lama, Aryan matikan laptopnya. Dia mahu mesej Alia untuk minta maaf.
Hi, Alia. It's me, Aryan. Hmm, aku nak minta maaf pasal tadi.
Seminit, tak ada balasan. Dua minit, sunyi. Tiga minit, lagilah ke laut. Langsung tak ada balasan.
"Tak boleh jadi ni. Eiyad, ikut aku."
~~
Rumah yang serba tertutup dipandang tanpa jemu. Eiyad sedang tidur di dalam kereta. Salahnya juga bawa Eiyad datang bersama. Dah tahu budak itu masih kecil, bawa juga malam-malam buta macam ini.
"Assalamualaikum," ucap Aryan. Tiada sahutan daripada tuan rumah. Aryan bersedia untuk beri salam sekali lagi. Namun, nasibnya baik apabila telinganya menangkap bunyi pintu dibuka dari dalam.
"Waalaikumsalam. Abang ni siapa?" tanya Aimi. Terkejut dia apabila ada lelaki yang datang ke rumah pada waktu malam. Kalau ya pun, datanglah esok pagi.
"Aryan. Alia ada?" Aryan teruskan dengan niat dia datang ke situ. Aimi angguk sebelum meminta diri untuk masuk ke dalam. Aryan tunggu dengan sabar.
"Kenapa?" Akhirnya, Alia keluar juga. Aryan perhatikan pakaian Alia pada malam itu. Agak biasa dengan t-shirt lengan panjang dan seluar trek. Yalah, dah malam, kan?
"Aku nak minta maaf pasal pagi tadi. Sumpah, aku tak tahu yang Eiyad dah pandai memanjat sekarang. Sorry ya, sebab tuduh kau." Tapak tangan dirapatkan tanda minta maaf.
Alia peluk tubuh. Betul ke Aryan nak minta maaf? Tapi, kalau tidak, kenapa Aryan sanggup datang ke rumahnya?
"Please..." rayu Aryan. Risau hatinya apabila tiada balasan daripada tuan badan. Macam mana kalau usahanya untuk meminta maaf pada Alia menjadi satu usaha yang sia-sia?
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...