part 17

5.4K 228 2
                                    

"Tapi aku kisah." Eh? Eh? Ehhh!

Aryan kisah? Selalunya, Aryan tak kisah kalau orang kata dia ada kekasih. Dan salah satu sebab kenapa dia tak kisah adalah sebab dia akan rasa aman. Aman sebab tak ada orang yang akan kejar dia.

Tapi, kenapa dengan Alia... dia tak nak Alia salah sangka dengannya?

"Maksud aku, aku kisah kalau kau salah sangka dengan aku. Aku tak nak kau salah sangka dengan aku. Tapi, aku nak kau tahu yang aku tak ada girlfriend. Aku- ah!"

Aryan terus lari tanpa pandang ke belakang. Meninggalkan Alia yang masih bingung. Mungkin tak faham dengan penjelasan Aryan. Mungkin.

"Is he okay?"

Alia pandang ke belakang. Amirul yang memakai t-shirt kelabu dengan seluar pendek paras bawah lutut sedang selesa duduk di kitchen island. Ditangan sudah memegang gelas, namun masih kosong.

"Tak tahulah. Awak nak air tak? Saya buatkan."

"It's okay. Saya buat sendiri." Barulah Amirul bergerak ke dapur. Alia yang mula rasa mengantuk minta diri. Amirul hanya tahan rasa cemburu dalam hati.

Sebab apa? Sebab waktu Aryan ada, Alia boleh saja duduk bersembang di dapur. Kalau dia? Cepat-cepat minta diri. Alasannya sebab dah mengantuk.

Tak apalah, mungkin dia perku bersangka baik. Mungkin Alia betul-betul mengantuk dan mahu dapatkan rehat.

~~

"Masuk," laung Aryan dari meja kerja. Apabila dapat kebenaran, Jake melulu masuk dan henyak punggungnya di atas kerusi. Dahi Aryan berkerut apabila nampak kelibat kawan sesetannya telah berada di hadapannya.

"Kenapa?"

"Dah lama tak nampak kau. Kau pergi mana?" Pen yang ada di atas meja dipusing-pusingkan. Tangan Aryan berhentikan pusingan pen tadi. Kesian pen dia pening sebab dipusing-pusing oleh Jake.

"Pergi mana? Dekat sini jelah." Yalah. Dia memang ada di Kuala Lumpur beberapa hari ini. Tak pernah pula dia keluar negeri.

"Aku tahulah. Maksud aku, dah lama tak nampak kau dekat club. Ramai kata kau clash dengan Kayla. Jap, korang couple ke sebelum ni?" Sepanjang dia berkawan dengan Aryan, tak pernah lagi dengar Aryan tengah kemaruk bercinta. Itu apa yang dia nampaklah. Tak tahulah kalau Aryan pernah bercinta sebelum ini.

Mata Aryan membulat. Haruslah. Bila masa pula dia bercinta dengan Kayla? Dah siapa pula yang buat cerita pula ni?

"Aku tak pernah bercinta dengan dia. Titik. Dan jangan tanya lagi. Kalau tak ada apa-apa, blah." Aryan halau Jake. Ya, halau. Dengan suara yang jelek, dia halau Jake keluar dari pejabatnya.

"Okey, okey. Aku tak tanya. Emo betullah." Bibir dimuncungkan. Namun, tangannya bergerak ke arah meja. Atau dengan lebih jelas, ke arah iPhone milik Aryan.

"Malik Zakaria, please behave. Aku tahu tangan kau gatal nak pegang phone aku." Aryan sorokkan telefonnya supaya Jake tak dapat capai telefonnya.

"Alah, kau. Kau main phone aku boleh pula. Dahlah buat phone aku macam hak milik kau."

"Apa? Bila masa?" Kerjanya terhenti. Fokusnya sekarang pada Jake yang sudah tersenyum sinis.

"Bila masa kau tanya? Ni, aku tunjuk." Iphone miliknya dikeluarkan sebelum dia cari sesuatu. Sesuatu atau bukti di mana Aryan telah gunakan telefonnya seperti haknya sendiri.

Mula-mula, dia buka YouTube. Dia buka history YouTubenya dan tunjukkan kepada Aryan. Biar Aryan sedar sikit dan ingat balik apa yang Aryan buat dengan telefonnya.

"Ni, video Barbie. Siapa yang buka kalau bukan kau?" Bukan satu, tapi segala mak bapak Barbie ada di dalam history YouTubenya. Itu semua hasil daripada carian Aryan. Memang taklah dia nak cari dan tonton video macam itu.

So girly, you know?

"Lagi satu." Dia keluar dari YouTube dan buka Google. Segala carian berkenaan tentang fesyen dan barang make up perempuan ada di situ. Dan, ya. Semuanya Aryan yang cari.

"Kalau kau nak beli untuk someone, aku tak kisah. Tapi aku risau kalau kau nak berubah jadi perempuan. Aku tahu kau jahat, tapi janganlah mengubah ciptaan Allah." Dah mula dah ceramah daripada Jake. Aryan hanya mampu dengar sambil meneruskan kerjanya. Jangan risau. Telinganya masih fokus dengan Jake.

"Wah, kau dah ingat Tuhan. Bagus, bagus." Aryan tepuk tangan untuk Jake. Baguslah, member dah pandai ingat Allah.

"Alhamdulillah. Tapi, aku betul-betul serius." Daripada bergurau, kini suaranya berubah serius. Ya, dia betul-betul tak nak Aryan berubah ke arah itu. Dia tak nak mengaku Aryan sebagai kawan kalau Aryan betul-betul berubah menjadi Aryana.

"Isy, kau ni. Sejahat-jahat aku, aku tak terfikir lagi nak ubah jantina."

Jake merenung wajah Aryan untuk lihat tahap keseriusan Aryan. Dan, dia puas hati dengan apa yang dia nampak. Aryan betul-betul serius dengan apa yang dia katakan. Jadi, dia tak perlu risau untuk dapat kawan transgender lepas ini.

"Ada apa-apa lagi? Kalau tak, keluar," halau Aryan untuk kali yang kedua.

"Fine." Jake bangun dan melangkah keluar. Akhirnya, dia boleh buat kerja dengan tenang.

"Oh ya. Sejak bila kau upah PA baru?" Daripada nak keluar, terus tak jadi. Bukan apa, waktu dia nak keluar, dia nampak Alia yang leka buat kerja. Jadi, dia tertanya-tanya tentang kewujudan Alia.

"Semalam. Kenapa?" jawab Aryan. Matanya masih berada di hadapan laptop.

Jake masuk dan duduk semula. Sekali lagi, dia nak soal siasat Aryan. Sebab, dengan adanya pembantu perempuan, dia mula rasa sesuatu dengan Aryan. Rasa pelik.

"Pelik bin ajaib bin hairan. Kau tak pernah upah perempuan untuk jadi PA kau. Kenapa sekarang?"

Tangan Aryan berhenti bergerak. Matanya masih statik pada skrin laptop. Baru sekarang dia terfikir. Kenapa sekarang? Kenapa baru sekarang dia upah PA baru?

Eh, tak. Itu tak kisahlah. Yang dia kisah, kenapa sekarang dia upah Alia?

"Saja. Teringin juga nak merasa bekerja dengan perempuan." Selamba saja Aryan jawab. Namun, hatinya tidaklah selamba seperti mulutnya.

"Tapi kau kata dulu, kau tak suka kerja dengan perempuan."

Aryan ketap rahang. Oh, boleh tak dia sepak Jake supaya keluar sekarang? Dia pandang muka Jake yang mahukan penjelasan.

"Suka hati akulah. Aku yang bayar gaji dia." Rasanya itu adalah jawapan yang paling selamat dia boleh bagi. Kalau dia bagi jawapan yang mengarut, silap-silap sampai ke malam Jake soal siasat dia.

Jake kecilkan matanya sambil merenung Aryan. Lagi sekali, dia rasa sesuatu dengan Aryan. Aryan pandang tempat lain apabila mata Jake masih melekat pada mukanya.

"Okey. Tapi, aku masih rasa sesuatu dengan kau. Aku balik dulu."

Akhirnya, barulah Aryan boleh bernafas dengan senang. Tak ada lagi ancaman yang boleh buatkan dirinya menanggung malu. Tak ada lagi penyibuk yang sibuk ambil tahu tentang Alia.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now