"What's wrong with both of you? Diam je dari tadi." Amiraa sebagai seorang yang peramah, dia agak janggal kalau keadaan sekelilingnya senyap. Lagi-lagi kalau Aryan dan Alia yang memilih untuk mendiamkan diri.
"Tak ada benda yang nak dicakapkan. Kitaorang diamlah," jawab Aryan. Nasi disuapkan ke dalam mulut.
Alia hanya mengiyakan kata-kata Amiraa. Betul, memang mereka berdua tidak bercakap sejak sampai ke rumah. Kalau Aryan, tak tahulah sebab apa. Tapi kalau dia, dia masih lagi terasa dengan Aryan.
Malam itupun hanya ada Aryan, Alia, Amiraa dan Amirul. Puan Melissa masih lagi berada di luar. Tuan Ilyas? Masih ada di Sabah.
"I'm full." Aryan bawa pinggannya ke sinki. Dia buat apa yang patut sebelum naik ke atas. Dia mahu meluangkan masa dengan 'anak' dia sepuas hatinya.
Kini, Alia menjadi perhatian beradik yang lain. Kalau tak dapat tahu melalui Aryan, mereka patut membuat sesi penyiasatan tentang Aryan melalui Alia.
"Kenapa dengan dia?" tanya dua beradik itu serentak. Selera Alia terbantut apabila membalas renungan Amiraa. Amirul pula, riak mukanya sama seperti biasa. Jadi, tak perlu risau tentang Amirul.
"Tak... tahu." Betullah. Dia pun tak tahu kenapa dengan Aryan. Disebabkan dia mahu lari dari renungan mereka, dia bangun dan pergi basuh pinggannya. Lantaklah nasi dia yang masih tinggal separuh. Ya, membazir. Tapi dia tak selesa nak habiskan makanan kalau dia kena tenung macam tadi.
~~
"Blackie..." Aryan pandang Blackie yang sedang bermain dengan bola benang kegemarannya. Harapnya dia tidaklah terbelit dengan benang itu. Kalau tak, satu hal pula yang meleraikan dia.
"Meow?"
"Kau rasa, Alia suka aku ke?" Aryan bermain dengan bulu-bulu yang ada pada badan Blackie. Bulu hitam itu mula gugur sedikit apabila tangan kasar Aryan lalu di situ.
Blackie tidak jawab, malah dia mula menikmati tangan Aryan yang bermain di perutnya. Wah, kalau dah berada di dalam jagaan Aryan, memang akan dapat layanan yang baik.
"Lupa pula kau tak boleh cakap. Kalau macam tu, aku luahkan dekat kau jelah. Kau, dengar je." Aryan beri arahan pada Blackie. Blackie sebagai kucing yang baik, mestilah dia akan dengar arahan daripada tuannya. Ops, papanya.
"Meow..." Blackie mengiau tanda setuju dengan Aryan. Dia menggeliat apabila tangan Aryan makin galak menggosok perutnya. Kadang-kadang dia menggigit jari Aryan dan Aryan hanya biarkan.
Ingat jari Aryan tu mainan kut.
Sementara itu, Alia hanya berdiri di sebalik pintu bilik Aryan. Sebenarnya, dia terdengar yang Aryan ada menyebut namanya. Jadi, sebab itulah dia mula tertarik dengan luahan hati Aryan.
Apalah, luah dekat kucing pun jadi. Tapi, kalaulah dia rakam detik Aryan mengadu dengan Blackie tadi, lepas itu kongsikan di media sosial. Mesti viral, kan?
~~
Sekuntum bunga ros lavender yang ada di atas mejanya ditenung hebat. Macam biasa, bila dia sampai, mesti bunga itu suah ada di atas mejanya. Dan, sudah semestinya dia tak tahu siapakah yang menjadi sukarela untuk hantar bunga itu padanya.
"Bunga, siapa yang hantar kau sebenarnya? Aku teringin sangat nak tahu." Tangan Aryan memusing bunga ros itu. Memnglah bunga itu cantik, tapi kecantikannya tak mampu untuk mengalahkan perasaan ingin tahu Aryan.
"Aku," sampuk seseorang. Automatik kepala Aryan bergerak dan matanya memandang gerangan yang tiba-tiba menjawab soalannya.
"Jake, kau buat apa dekat sini? Dah tak ada kerja lain?" tanya Aryan dengan penuh sarkastik. Jake menayangkan senyuman tak tahu malunya. Kerusi di hadapan Aryan ditarik lalu dia labuhkan punggungnya di situ.
"Wah, bungalah!" Bunga ros tadi diambil lalu dihidu banyak kali. Aryan lihat reaksi Jake dengan penuh khusyuk. macam tak pernah tengok bunga saja si Jake ini.
"Kejap, jadi bukan kaulah yang hantar bunga tu?"
Jake pandang muka Aryan dengan pandangan tidak percaya. Apa? mentang-mentanglah dia ada di situ, boleh pula Aryan tanya soalan begitu, ya? Lagi satu, muka dia memang nampak macam mat bunga, ke?
"Tak ada kerja aku nak hantarkan kau bunga. Nanti orang ingat aku ada perasaan dekat kau pula." Pergh, tak boleh bayang kalau benda itu betul-betul jadi. Tak pasal-pasal gelaran straight yang dia dapat bertukar menjadi mamat gay.
"Habis, kalau bukan kau, siapa?" Aduh, kalau bukan sebab dia nak cari identiti si pemberi bunga, dah lama kerjanya yang tergendala akan siap. Tak pasal-pasal Jake pun terlibat untuk membantunya.
"Entah. yang pasti, bukan aku. Tapi, kenapa kau tak tanya staf kau je? Settle kerja."
"Kalau boleh, tak naklah diorang tahu. Daripada diorang sibuk dengan kes bunga ni, baik diorang sibuk dengan kerja masing-masing. Kalau penghantar ni bukan daripada kalangan diorang, kan dah dapat malu."
Jake mengeluh. Susah betul kalau cadangkan sesuatu pada Aryan. Benda boleh jadi senang, tapi pilih untuk susahkan dia. Dia tak suruh Aryan malukan diri sendiri, tapi dia cadangkan untuk Aryan tanya staf dia saja. Itupun susah ke?
"It's up to you. Kalau kau nak dapatkan jawapan, buat apa yang aku cadangkan. Kalau tak, kau buat cara kau. Aku balik dulu." Jake bangun dan tolak kerusi sehingga manjadi seperti ketika dia masuk tadi.
"Aik? Sentap ke sebab aku tak nak ikut cakap kau?"
"Diamlah, setan."
Aryan tergamam. Memanglah dia selalu dipanggil 'setan' oleh Jake mahupun Danny. Tapi, dia bingung. Takkanlah sebab dia tak terima cadangan Jake tadi, dia nak balik? Aih, parah, parah.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...