part 49

6.4K 208 8
                                    

Lima bulan kemudian...

Keadaan Aryan makin teruk. Jambang makin tumbuh dengan liar. Rambut pula, lepas dia ikut kata Puan Melissa untuk gunting, dia hanya biarkan rambutnya panjang selepas itu. Malas nak gunting pendek lagi.

Sudah lama dia usaha untuk cari Alia, tapi dia tak dapat hatta satu klu untuk cari kedudukan Alia. Sampai dia sudah hampir putus asa untuk cari Alia. Tapi bila ingat cara layanan keluarganya pada dia, dia cuba untuk gagahkan diri untuk cari Alia. 

Kerja dia? Semua diabaikan begitu saja.

"Ma, Amirul nak keluar tau. Nak jumpa girlfriend." Amirul terus cium pipi Puan Melissa tanpa duduk dulu. Air teh dihirup sedikit sebelum salam tangan Puan Melissa. 

"Tak nak breakfast dulu?" Amirul geleng laju. Dia terlewat dan semuanya sebab perutnya meragam pagi tadi. Kalau tak, mungkin dia hampir sampai ataupun sudah berjumpa dengannya.

"Kau dah lama bercinta. Tapi tak pernah bawa tunjuk dekat kitaorang." Aryan mencelah lepas turun ke bawah. Wajah Amirul dipandang tanpa riak. 

"Nak bawalah ni. Aku bawa dia hari ni. Wish me luck." Bahu Aryan ditepuk sebelum dia keluar. Aryan kesat kain bajunya yang Amirul pegang tadi. Eleh, ada girlfriend je pun. Bukannya dah dapat isteri.

Dia hanya pandang kelibat kereta milik Amirul keluar dari beranda rumah. 

~~

"Hai Alia!" Suara dilontarkan ketika dia nampak Alia yang baru keluar dari rumah. Hari ini, dia mahu bawa Alia ke rumahnya setelah sekian lama Alia tinggalkan rumah mereka. Dan, ya. Dia dah dapat izin daripada ibu bapa Alia.

Alia lambai tangan pada Amirul. Kasut dipakai sebelum dia menyertai Amirul yang sudah berada di dalam kereta. Katanya nak cepat, jadi tak sempat nak ajak masuk.

"Awak, saya nervous." Gila tak nervous. Nak jumpa bakal mertua kut.

"Don't worry. Diorang baik kalau dengan awak." Dia tak tipu. Memang keluarganya baik dengan Alia. Tapi Alia saja yang tak ingat.

Alia tak percaya. Kalaulah apa yang Amirul kata tadi boleh buat rasa gementarnya hilang.

Tak lama kemudian, kereta Amirul berhenti di salah satu rumah yang ada. Tahulah dia bahawa dia telah sampai  di rumah keluarga kepada Amirul. Sekarang, dia perlu tunjukkan yang dia tak ada rasa takut dan seangkatan dengannya. Just relax, and let's go!

"Assalamualaikum!" laung Amirul dari luar. Seketika, pintu terbuka luas. Rahang Alia hamppir jatuh, tapi nasib baik dapat halang daripada berlaku. Ini rumah ke istana?

"Hah, siapa bakal- ya Allah! Kak Alia!" Tubuh Alia terus dibawa ke dalam pelukan Amiraa. Alia yang tak tahu apa-apa hanya biarkan adik kepada Amirul itu peluk dia. Dia macam, speechless.

"Akak pergi mana? Kenapa bila Abang Ar suruh keluar, akak ikut cakap dia?" Bertubi-tubi soalan diberikan. Alia hanya diam. Dia tak tahu nak jawab apa. Soalan Amiraa seolah-olah peluru yang keluar tanpa tanda noktah.

"Aaa..." Dia tak ada jawapan. Ya, memang tak ada.

"Miraa, Abang Am nak cakap sikit boleh? Awak masuk dulu, ya? Mama dah tunggu dekat dalam." Dua-dua angguk faham. Amiraa masih berdiri di situ manakala Alia sudah masuk ke dalam.

Mata Alia memandang ruang tamu rumah itu. Semuanya bagai baru baginya. Namun, kepalanya mula terasa sakit. Dirinya mula rasa seperti pernah tengok keadaan ruang tamu itu.

"Alia, kau ke tu?"

Kepala Alia berpaling ke arah tangga. Pemilik suara garau dan beku itu mendekati dirinya. Dia genggam tali beg tangannya untuk menenangkan diri.

"Alia Wafia, I'm taking with you. Why you have to act like that?" Aryan letak Eiyad ke bawah. Tujuan dia turun ke bawah untuk buatkan susu untuk Eiyad. Tak sangka pula dia terjumpa orang yang pernah ada perasaan padanya.

"Encik ni siapa?" tanya Alia takut-takut. Lebih-lebih lagi dengan penampilan Aryan sekarang ini dan Eiyad di sampingnya. Nampak macam bapa orang pun ada.

"Encik? Are you kidding me?" Suara Aryan mula naik seoktaf. Bahu Alia terhinjut. Serentak dia bertindak untuk menunduk ke bawah.

Aryan mula sedar akan silapnya. Dia berdehem untuk menenangkan diri. Dia telah buat Alia takut dengannya. Habislah kalau lepas ini Alia makin jauh dengannya.

"Sorry. Aku terlupa yang kau hilang ingatan. Aryan Wong, but you can call me Aryan." Dia dukung Eiyad semula. Tangan kanan Eiyad dihulurkan pada Alia. Kiranya tangan Eiyad telah menggantikan tangannya untuk bersalam dengan Alia.

Macam mana dia tahu yang Alia amnesia? Hari itu, dia terdengar perbualan Amirul dan Puan Melissa. Amirul ada cerita yang dia terjumpa Alia di kampung. Dan dari situlah dia tahu yang Alia hilang ingatan. Tapi, tak tahulah pula pasal teman wanita Amirul.

"Saya... hilang ingatan?"

"Oh, kau tak tahu ke? It's okay. I consider you don't know me. Alia Wafia, right?" Alia angguk tidak yakin. Aryan senyum senget.

Suasana mula berubah canggung. Dua-dua pandang tempat lain. Aryan berdehem lagi untuk cuba ubah keadaan.

"Nak minum tak? Alang-alang aku nak pergi dapur buat susu untuk budak ni."

"Oh, ni anak awak?" Alia tiba-tiba tanya dengan nada tinggi. Aryan pandang Eiyad, kemudian pandang Alia semula.

"Bukanlah. Ni anak ex aku."

"Ex? You mean, ex girlfriend? Jadi, dia anak awaklah?" tanya Alia sangsi. Tak adalah. Kalau dah Aryan kata ex, mestilah bekas teman wanitanya. You know that perkara macam ini seolah-olah sudah normal di dalam kalangan hidup kita, kan? Andaian Alia, mungkin bekas teman wanita Aryan tak mahu jaga Eiyad. Jadi, Aryanlah yang kena jaga Eiyad seorang diri.

"Memanglah budak ni anak ex aku, tapi aku bukan ayah kandung dia. Kiranya, betina tu buat anak dengan lelaki lain. Faham?" jelas Aryan. Intonasi suaranya amat beku ketika bercerita. Jelas menunjukkan bahawa Aryan masih marahkan Elisya.

Siapa saja tak marah kalau orang yang kita sayang curang dengan kita? Lebih-lebih lagi dalam situasi Aryan dan Elisya. Dua kali mereka bercinta, dua kali jugalah Aryan diperbodohkan.

Marah? Mestilah. Lagi satu sebab Aryan marahkan Elisya adalah kerana Elisya menipu Aryan, mengatakan bahawa Eiyad anak kepada kakaknya. Sedangkan Eiyad datang daripada rahim Elisya.

"Faham. Jadi, encik-"

"Encik, encik. Aku dah cakap nama aku tadi, kan?"

"Err, Ayan?" Alia pandang ke bawah. Takut dengan renungan Aryan.

"Bukan Ayan, Aryan."

"Aran?" Kali ini, Alia cuba lagi. Namun, masih dapat renungan daripada Aryan.

"Ya Allah, bukanlah. Aryan. A.R.Y.A.N. Aryan." Tengoklah, siap eja nama sendiri lagi.

"Aryan?" ulang Alia.

"God, finally." Aryan menarik nafas lega. Selesai sudah dengan perihal nama.

"Oh ya, kau buat apa dekat sini?" Pelik juga. Alia masih hilang ingatan, macam mana boleh ada di sini?

"Inilah girlfriend aku." Amirul tiba-tiba mencelah. Lengan Alia yang terlindung dengan baju dipegang. Walaupun Alia rasa tak selesa, namun dia cuba untuk tahan. Berbakul-bakul sumpahan dan carutan diberikan khas untuk Amirul.

Kahwin pun belum, ada hati nak pegang-pegang bukan mahram.

"Apa?!"

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now