Amiraa buka pintu biliknya apabila diketuk dari luar. Apabila dia buka, iris matanya dapat gambaran tubuh tegap Aryan berada di hadapan biliknya. Ditangan Aryan terdapat segelas air Starbucks.
"Hei, urm... aku nak minta maaf pasal tadi." Air yang dia beli bersama Alia tadi dihulurkan pada Amiraa apabila ayatnya berakhir. Amiraa tak sambut, sebaliknya dia terus terkam tubuh Aryan.
Badan Aryan kaku sebentar sebelum dia dapat dengar tangisan yang keluar dari mulut adiknya. Perlahan-lahan sebelah tangannya yang tidak pegang apa-apa memeluk Amiraa.
"Miraa salah. Miraa yang patut minta maaf. Miraa tak ada niat nak kata yang Abang Ar tak sayangkan Miraa. Bukan Miraa tak sedar, tapi Miraa terlepas cakap. Miraa tak maksudkan pun. I'm sorry, Abang Ar." Amiraa teruskan menangis apabila dia selesai bercakap. Sampai Aryan terpaksa suruh Amiraa berhenti menangis.
"Tak apalah. Dua-dua salah. Aku pun ada salahnya. Kosong-kosong, okey?"
Amiraa angguk. Pelukan dileraikan. Air mata yang masih melekat dipipi Amiraa dilap dengan tangan Aryan. Terasa jugalah kasar-kasar yang ada ditangan abangnya. Yalah, kan lelaki.
"Sebenarnya kan, Miraa tengah pacak 'bendera merah'." Amiraa jujur dengan perasaan malu. Dia tahu, Aryan perlu tahu kenapa moodnya tiba-tiba berubah sensitif tadi.
"Apa?!" Suara Aryan ternaik satu oktaf. Bukan dia tak faham apa yang Amiraa cuba sampaikan. Kurang asam punya adik. Kalau aku tahu kau tengah period, tak payah aku bazirkan duit aku untuk belikan kau Starbucks.
"Sorry. Bukan selalu Miraa marah Abang Ar, kan?" Amiraa kenyit mata pada Aryan.
"Banyaklah kau sorry. Dah, aku ambil air kau." Aryan berura-ura mahu masuk ke biliknya. Namun tangannya sempat dicapai Amiraa.
"Ala, mana boleh... mehlah sini. Tak baik tau buruk siku."
Aryan usya sikunya. Alang-alang lengan bajunya terlipat kemas, dapatlah dia lihat sikunya yang masih putih. Tak ada pun hitam. Amiraa ni, saja je nak siku shamming dia.
"Apa Abang Ar ni? Takkan tak tahu buruk siku tu apa?"
"Tahulah." Tapi, ada betulnya apa yang Amiraa katakan. Dia memang tak tahu. Tak, bukan tak tahu. Tapi dia lupa. Maklumlah, dah 9 tahun dia tinggalkan zaman sekolahnya.
"So... give me that drink. And, thank you!" Bum! Tertutup sudah pintu bilik Amiraa. Aryan tersenyum sebelum dia melangkah jauh dari bilik Amiraa. Tapi, tak sampai lima langkah, suara Amiraa mula berbunyi.
"Abang Ar! Mana straw?"
"Pergi ambil sendiri dekat Starbucks!"
~~
Pin tudung dicabut satu per satu. Rancangannya hanya mahu baring sekejap sebelum mandi. Solat? Tak, dia 'cuti'. Apabila belakang badannya merasai kelembutan tilam, mindanya mula terbayang situasi dia dan Aryan sebelum pulang ke rumah tadi.
~flashback~
"So, Starbucks dah beli. Dan sebagai tanda terima kasih, nah. Untuk kau." Aryan hulurkan segelas air Starbucks kepada Alia. Dia tahu Alia tak pernah minum air yang begitu sebelum ini. Jadi, dia hanya beli apa yang dia rasa sedap.
Alia ambil air tadi. Ucapan terima kasih hanya diucapkan di dalam hati.
Akhirnya, kereta milik Aryan berjalan juga. Mereka hanya membuat pesanan melalui pandu lalu. Jadi, mereka perlu pergi dengan segera. Takut keretanya mengganggu kereta lain yang menunggu di belakang.
"Mmm, sedaplah!" puji Alia apabila sedut air menggunakan straw beberapa kali. Pandai Aryan pilih perisa untuknya.
"Nasib baik. Kalau tak, aku ambil air kau." Aryan bersuara selamba. Terus Alia pandang Aryan sambil menyorokkan airnya di tepinya.
"Kenapa pula?"
"Yelah, kalau kau tak suka, akulah yang kena habiskan. Air tu mahal, tau?"
Alia angguk. Dia pun baru tahu yang segelas air itu saja sudah mampu untuk beli beberapa gelas teh ais cincau yang yang dijual di tepi jalan.
Bercakap tentang teh ais cincau, Alia mula nampak satu gerai yang menarik perhatiannya.
"Awak, nak teh ais!" jerit Alia kuat.
Sreet!
"Kau dah kenapa? Kawan kau melintas ke?" Aryan pun ikut jerit pada Alia. Keretanya yang berhenti di tengah jalan tadi perlahan-lahan bergera sehingga berhenti di tepi jalan.
"Kawan? Saya mana ada kawan."
"Habis, woof woof tu apa?"
Minda Alia bekerja untuk memikir apakah maksud Aryan tadi. Kawan. Woof woof. Apabila kedua-duanya dikaitkan, maksud Aryan adalah...
"Anjing? Oi, tu bukan kawan sayalah! Mentang-mentang ada anjing dekat sebelah kereta awak, boleh pula awak cop dia tu kawan saya, eh?" Nada Alia mula meninggi. Geram tahu tak? Dia bukannya spesies anjing yang berkawan dengan anjing. Tahulah dia tak ada kawan, tapi janganlah shipkan dia dengan anjing.
"Kenapa kau jerit tadi?"
"Nak tu!" Jari runcing Alia menghala ke arah gerai teh ais yang sedang menggodanya dengan kesedapan air yang dijual. Aryan turunkan tingkap keretanya. Itulah, siapa suruh tinted tingkap dengan filem yang gelap? Kan dah susah nak tengok.
"Jangan membazir boleh tak? Air yang aku beli tadi nak campak mana?" Tingkap keretanya ditutup semula.
"Ala, nanti saya habiskanlah. Bolehlah... nak tu." Dah lama dia tak minum. Kalau dulu, dia kena minum senyap-senyap sebab tak nak keluarganya tahu. Sekarang, dia dah berada di bandar seorang diri. Takkanlah dia tak boleh menikmatinya pula?
"No. Kita tak tahu tahap kebersihan dia macam mana. Dahlah jual dekat tepi jalan. Siapa tahu berapa banyak kuman yang ada dekat situ."
Aryan kan membesar dengan gaya orang senang. Jadi, sepanjang dia hidup, memang dia tak pernah rasa makanan atau minuman yang dijual di tepi jalan. Bila Alia kata dia nak beli air yang dijual di tepi jalan, mestilah dia tak bagi.
"Tapi, saya dah biasa minum. Dan saya masih hidup, tak mati lagi."
"Tak kira. Kau ada dalam kereta aku, bermakna kau kena dengar cakap aku." Keretanya bergerak semula membuatkan angan-angan Alia untuk merasa teh ais cincau terhapus begitu saja. Air Starbucks tadi diletakkan di tempat letak air. Dah tak rasa nak minum lagi.
Sesekali Aryan menjeling ke sebelah. Nampak riak muka Alia yang monyok sejak dia memandu. Perlahan-lahan keluhannya terkeluar. Akhirnya, dia cari laluan untuk buat U-turn untuk ke gerai tadi.
"Dah, pergilah beli," kata Aryan. Suaranya sedikit lembut daripada biasa. Tapi, kata-kata tidak bersambut. Apabila dia pandang sebelah, rupa-rupanya Alia tertidur.
Dan, nampaknya, dialah yang kena keluar beli. Kalau tidak, rasanya esok dia akan buat kerja dengan mood yang tak baik. Dan dia pasti, mood tak baik Alia boleh buatkan suasana kerjanya jadi tak seronok.
~end flashback~
Memanglah situasi tadi tak ada apa-apa yang sweet. Tapi, perbuatan Aryan mampu untuk mencairkan hatinya. Tengoklah. Dia merajuk sebab Aryan tak bagi dia beli teh ais, dan akhirnya Aryan sendiri yang pergi beli.
Dia apa lagi, memang sukalah. Bila Aryan kejut, terkejut jugalah apabila ada air di hadapan mukanya. Bila dia tanya, rupa-rupanya Aryan yang pergi beli untuknya. Malah, Aryan kata dia beli bukan sebab Alia merajuk dengannya. Tapi sebab tak nak dipersalahkan sebab buat Alia sedih.
Tak apa, dia tetap anggap yang Aryan masih ada perasaan yang baik terhadapnya.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...