Telinganya menangkap bunyi langsir dikuak. Dan cahaya matahari terus serbu masuk ke dalam bilik yang tadinya gelap gelita. Aryan meraba untuk mencari comforter atau bantal yang boleh digunakan untuk melindung matanya.
"Astaghfirullah. Tak nak bangun ke, Aryan?" Puan Melissa mula nak bebel pada anak lelaki keduanya. Aryan hanya gumam tanda jawab soalan Puan Melissa.
Puan Melissa ambil sebiji bantal dan libas Aryan menggunakan bantal. Pantas Aryan tangkap bantal itu dan dibawa ke pelukan.
"Bangunlah, Aryan. Eiyad yang budak ni pun dah bangun." Puan Melissa dukung Eiyad yang masih mamai. Dia pun terkejut apabila ternampak Eiyad tengah tidur di sebelah Aryan. Ingatkan Eiyad tidur dengan Amiraa.
"Don't compare me with that kid, ma." Geram betul kena banding dengan budak kecil. Sekarang kan tengah cuti, biarlah dia tidur dengan aman. Lagipun, dia masih penat sebab menangis semalam.
"Why you and Eiyad slept at Alia's room?" tanya Puan Melissa tiba-tiba. Soalan itu membuatkan Aryan automatik buka matanya. Dia terlupa yang dia terlelap di dalam bilik Alia semalam. Tak sangka pula sampai pagi dia tidur di situ.
"Saja. Tukar selera." Banyaklah kau tukar selera. Macamlah bilik kau tak ada kelengkapan yang lengkap dan selesa.
"I don't care. Pergi mandi sekarang. Mama tunggu dekat luar." Terus Puan Melissa bawa Eiyad keluar. Aryan tu, biarlah dia uruskan halnya sendiri.
Aryan regangkan badannya setelah bangun dari baringan. Dia lihat sekeliling bilik Alia. Tak banyak yang berubah selepas Alia keluar dari rumah. Malah, masih ada beberapa barang yang masih kekal berada di situ sedangkan barang itu ada lepas Alia menetap di rumah mereka.
Contohnya, iPhone yang pernah dia berikan pada Alia. Iphone itu selamat berada di atas meja kecil di sebelah katil. Selama ini dia tak perasan, tapi sekarang, dia tergerak hati nak tengok.
Senang saja dia unlock phone itu. Alia tak letak password, jadi senanglah dia nak buka. Kadang-kadang kan, Alia ni naif juga. Tengoklah, password untuk phone pun tak ada.
Wallpaper yang Alia tetapkan menjadi perhatian Aryan. Gambar yang dia dan Alia tangkap ketika mereka pergi ke funfair beberapa bulan yang lepas. Dengan rambut dan bajunya yang basah akibat terkena hujan dan Alia pula masih lagi takut walaupun sudah berada di darat. Walaupun begitu, gambar itu tidak nampak cacat walau sedikit.
Dia berpindah ke gallery. Gambar-gambar yang ada di dalam itu, semuanya ada dirinya di dalam. Tak ada langsung gambar lelaki lain ataupun gambarnya sendiri. Lepas itu, dia tertarik dengan satu folder ini.
My Bad Boy <3
Aryan buka folder itu. Dia terkejut. Di dalam folder itu, terdapat banyak gambar dia yang dia sendiri pun tak tahu macam Alia dapat. Mungkin Alia cari sendiri melalui Instagram ataupun Amiraa yang jadi penghantar gambar tidak bertauliah.
Ada gambar selfie, gambar ootd. Banyak lagi gambar yang lain.
"Kenapa kau simpan semua gambar aku?" Aryan slide sehinggalah jumpa jalan penghujung. Semuanya gambar dia, tak ada pun gambar orang lain.
"Abang Ar, mama panggil," panggil Amiraa dari luar. Cepat-cepat Aryan simpan iPhone itu di dalam poket seluarnya. Perlahan-lahan Aryan kelaur dari bilik. Dia beruntung kerana Amiraa panggil dia dari luar biliknya, bukan dari bilik Alia. Kalau tidak, mesti dia akan disoal macam-macam dengan Amiraa.
"Ya, nanti aku turun," jawab Aryan dari belakang. Amiraa pusing belakang dengan menayangkan riak terkejut. Yalah, terkejutlah sebab dia sangka Aryan sedang bersiap di dalam bilik.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...