part 5

6.5K 273 0
                                    

Jam tangan ditilik lagi. Dah 10 kali dia melihat jarum jam yang bergerak dari tadi. Namun bayangan Amiraa masih tidak muncul. Malah batang hidungnya juga tidak kelihatan.

Sudahlah mesyuarat dengan pembekal spare parts kereta hampir bermula. Kalaulah Tuan Ilyas atau Amirul boleh ambil Amiraa, mesti dia sudah bersedia di pejabat. Masalahnya, dua-dua tengah sibuk. Maka dialah yang menjadi mangsa pada hari ini.

Nak saja dia tanya Tuan Ilyas. Kenapa tak upah orang untuk jadi pemandu peribadi saja? Kan dah menyusahkan dia.

Lagipun, termasuk kali ini, sudah tiga kali dia keluar masuk ke dalam kereta sendiri. Bosan punya pasal. Dia pun satu, lupa nak tanya Amiraa pukul berapa dia keluar dari sekolah. Dia pun datanglah pada pukul 12.30 tengah hari.

Pujilah sikit. Abang yang berdedikasi ni!

"Abang Ar?" Amiraa cuit bahu Aryan. Aryan tersenyum segaris. Akhirnya, keluar juga budak bertuah ini.

"Dah, jom balik." Beg galas Amiraa diambil. Bukan nak buang, tapi untuk letakkan dibahagian belakang kereta. Tengok, dialah abang yang paling baik di dalam dunia. Sanggup bawakan beg adik semata-mata tak nak adiknya rasa penat.

Sebelum dia pergi ke pejabatnya, dia perlu menghantar Amiraa ke rumah dulu.

"Aku hantar kau balik rumah."

Sebelum dia pandu, lengan bajunya dilipat dulu. Kau tahu tak betapa panasnya dekat luar sana? Itu baru panas dekat dunia. Belum lagi panas dekat akhirat nanti.

Stereng kereta dipusing ke kanan. Dengan sebelah tangan, dia mengawal stereng keretanya. Sementara tangan yang sebelah lagi sibuk dengan telefon.

Itu kalau terbabas tu aku tahulah apa sebabnya.

"Tapi... Miraa laparlah. Jom lunch?" Amiraa kelip matanya berkali-kali. Walaupun Aryan tak nampak dia mengelip mata, tapi Amiraa harap sangat yang abangnya akan nampak.

"Aku ada meeting lah. Kau masaklah sendiri dekat rumah tu. Lagipun, kau perempuan kan? Belajarlah masak sendiri."

"Amboi, bang. Miraa ajak lunch je. Bukannya minta nasihat untuk jadi isteri yang-"

"Sama jelah," potong Aryan cepat. Malas nak dengar bebelan khas daripada Amiraa. Kau tahu kan yang perempuan ni, kalau membebel memang tak jumpa titik berhenti.

"Alaa, bang... bolehlah eh?" Gaya puppy eyes digunakan. Memandangkan sekarang kereta milik Aryan telah berhenti kerana lampu isyarat, jadi dia dapat lihat betapa gediknya seorang Amiraa melakukan perbuatan sebegitu.

Serius, memang gedik!

"Fine."

"Yay, sayang Abang Ar!"

~~

"Abang Ar..."

"Apa lagi?" Makanan dia dah bagi. Baju ganti juga sudah dibeli di butik seberang jalan. Apa lagi yang Amiraa mahukan?

Ya. Sekarang mereka berada di AR Company. Nak hantar Amiraa balik? Memang taklah! Dah tak sempat kut. Nak makanlah, apalah.

Dia suruh Amiraa tunggu dia di dalam pejabat sementara dia berurusan dengan pembekal. Sebab dia tahu, Amiraa mesti mahu mengulang kaji atau siapkan kerja sekolah sementara dia masih dengan kerja. Jadi, dia hanya benarkan Amiraa duduk di dalam pejabatnya saja.

"Lepas abang habis kerja, boleh tak hantar Miraa pergi kafe dekat sekolah Miraa tu?"

"Nak buat apa?" Okey, bila Amiraa sudah sebut kafe dekat sekolah, perangai protective Aryan sudah datang. Bukan dia tak tahu betapa ramainya pelajar dan remaja yang bermasalah suka melepak dekat situ.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now