part 41

4.8K 172 0
                                    

"Awak, bangun! Tahu tak awak dah lambat?" Alia menjerit di sebalik pintu bilik Aryan. Automatik Aryan tersedar apabila suara Alia menerobos masuk ke dalam saluran telinganya. Cepat-cepat dia buka pintu.

"Nak apa?" tanya Aryan kasar. Masih jelas suaranya yang serak, menandakan dia baru sedar dari tidur.

"Awak tak pergi office? Sekarang dah pukul lapan." Alia tunjuk jam tangannya pada Aryan. Aryan tarik tangan Alia supaya dia dapat lihat digit yang ada pada jam tangan itu. 

"Kenapa kau ada dekat sini?" Soalan dibalas dengan soalan. 

"Saya terbangun lewat, jadi saya kena tumpang awak hari ni. Cepatlah siap. Mama pun tengah tunggu awak dekat bawah." Alia tutup semula pintu bilik Aryan untuk berikan Aryan privasi. Aryan cabut semua pakaian dari badannya sebelum mandi. 

~~

"Kenapa kau bangun lewat?" tanya Aryan. Bukan apa, setahu dia, tak pernah lagi Alia terlajak tidur. Hari ini, Alia mencatat sejarah apabila dia datang lewat ke tempat kerja. Tapi tak apa. Dia tak jadi nak marah Alia sebab dia pun telah lewat hari ini.

"Tak dengar bunyi alarm. Kenapa awak lambat?" 

"Aku penat. Balik lewat semalam." Dia tak nak Alia tahu yang dia menangis semalam. Jadi, dia jujur separuh-separuh. Tak nak jujur penuh, dia jujur sekerat.

Alia diam. Bukan dia tak tahu kenapa Aryan bangun lewat pagi tadi. Malam semalam, dia terdengar Aryan bercakap dengan Blackie tentang luahan perasaannya. Dia nak tegur, tapi apabila dia terdengar tangisan manusia, jadi dia batalkan saja niatnya. 

"Yelah. Awak..." Aryan pandang Alia sekilas sebelum dia teruskan fokusnya. 

"Kenapa awak boleh jatuh cinta dengan Elisya?" tanya Alia dengan berhati-hati. Dah lama dia simpan soalan itu. Tapi, baru sekarang dia dapat lontarkan soalan itu. 

Aryan diam. Dia tak ada jawapan untuk soalan Alia. Tapi, dia rasa dia ada jawapan yang sesuai.

"Dia cantik, dia baik, dia seolah-olah bidadari untuk aku. Bagi aku, tak ada lagi perempuan yang sesempurna dia. Dah jawab soalan kau?" Kereta diparkir di tempt parkir pejabat. Aryan matikan enjin sebelum keluar dari kereta. 

"Dia, sempurna. Aku?" Alia bicara dengan dirinya sendiri. Ketika dia dengar jawapan Aryan, dia mula bandingkan dirinya dengan diri Elisya. Well, semua akan rasa perasaan ini kalau orang yang kita suka bercerita yang baik-baik tentang perempuan lain.

Lagi satu, Elisya seorang yang berpelajaran. Yang sudah ada ijazah, dan mungkin lebih tinggi daripada itu. Sudah semestinya Aryan akan suka pada orang yang begitu. Kalau nak dibandingkan dengan dia, dia pun setakat SPM saja. Tak adalah pandai mana kalau nakbanding dengan Elisya yang bijak pandai itu.

"Alia? Tak nak keluar ke?" Aryan sudah memanggil di luar. Alia kembali ke alam realiti sebelum keluar dari kereta. Mereka berdua masuk bersama. Dan seperti apa yang Aryan sangka, ada beberapa pasang mata yang sedang memerhati mereka berdua. 

Sebelum ini, memang Alia akan pergi kerja sendiri. Kalau tidak dengan teksi, dengan Amirul. Dan hari ini, Alia telah pergi kerja dengan bos besar. Siapa saja yang tak berminat nak tahu kenapa pekerja biasa boleh datang ke tempat kerja dengan bos besar.

"Jangan pandang diorang, pandang depan." Aryan pesan sebelum dia sendiri masuk ke dalam bilik pejabatnya. Alia hanya angguk sebelum dia sambung kerja. Macam biasa, dia akan sediakan air kapucino suam untuk Aryan sebelum dia lakukan kerjanya. 

Apabila di pantri, bukan dia saja yang ada di situ. Ada lagi dua orang pekerja perempuan sedang bergosip sambil minum air masing-masing. Apabila Alia masuk, dia dapat lihat mereka berdua sedang jeling ke arahnya. Dia ikut apa yang Aryan katakan tadi. Jangan pandang orang, pandang depan.

"Hoi, perempuan kampung! Oh kau, mentang-mentanglah kau tu PA bos, suka hati kau je nak datang kerja dengan bos. Kau ingat apa? Bos tu driver kau ke?" terjah seorang perempuan bertudung. Ini adalah contoh di mana perempuan itu bertudung tapi perangainya tidaklah mencerminkan rupanya yang bertudung litup. 

Alia ambil keputusan untuk diam. Kalau dia balas, dia tahu yang perkara ini takkan sampai ke penghujung. Dia teruskan kerjanya dengan bancuh air untuk Aryan.

"Kawan aku tengah cakap dengan kau, pandanglah dia. Janganlah buat tak tahu je!" marah seorang lagi perempuan. Dia pula tidak bertudung. Nasib baik non-Muslim, kalau tidak, dah lama bagi ceramah agama khas untuk si free hair.

"Saya dengar apa yang korang cakap. Saya datang dengan bos sebab saya tak ada transport."

"Tak ada transport tak semestinya kau boleh datang dengan bos. Kadang-kadang, aku pelik tau. Bos tak pernah buat macam tu dekat orang lain. Tapi, kenapa dia baik sangat dengan kau?" soal si perempuan bertudung. Rasanya bukan dia saja yang tertanya-tanya. Pekerja lain pun sama. Yalah, mereka sudah sedia maklum dengan perangai Aryan yang beku dengan orang luar, termasuklah dengan pekerjanya. Jadi, bila Aryan rapat dengan Alia, mestilah mereka semua pelik. Lagipun, Alia diserap masuk bukanlah melalui temuramah yang biasa Aryan akan adakan untuk ambil pekerja baru.

Alia tiba-tiba bisu. Dia tak tahu nak jawab apa. Kalau dia kata yang dia hanya menumpang di rumah Aryan, lagilah mereka berdua bising. Kalau nak kata dia dengan Aryan hanyalah kawan, tipu sangat. Layanan Aryan padanya bukanlah sekadar kawan atau batas bos dan pekerja bawahan. Dia pasti yang hampir semua orang sudah sedar akan hal itu.

"Jawablah. Takkan dah bisu pula?" 

"Saya dengan bos, hm..."

"Hm apa? Tak ada jawapanlah tu. Entah-entah, kau tu perempuan simpanan bos. Sebab tulah dia layan kau baik walaupun dia sendiri dah ada Cik Elisya sebagai buah hati." 

Mana dia tahu yang Aryan dan Elisya ada hubungan? Sebab, hubungan mereka yang bermula semula itu telah menjadi bualan hangat di internet. Tengoklah dekat mana pun, tetap akan ada berita tentang mereka berdua. 

"You guys tak ada kerja ke? Nak kena pecat?" Aryan tiba-tiba muncul di sebalik pergaduhan mulut di antara mereka bertiga. Dua orang perempuan tadi sudah mencicit lari ke tempat masing-masing. Manakala Alia dan Aryan masih lagi di pantri, menghadap satu sama lain.

"Kenapa biar tergantung? Cakaplah, kau dengan aku apa?" Aryan bersuara. Serentak dengan itu, muka Alia berona merah. Cepat-cepat dia lari daripada Aryan. Cawan yang berisi kapucino suam hanya dibiarkan di atas meja. 

"Malulah tu. Haih, Alia, Alia." Air yang Alia bancuh tadi disisip sedikit. Dia pejam mata apabila rasa kapucino yang pekat itu mula memberikan rasa sedap untuknya. Air buatan Alia tak pernah buat dia kecewa. Ini yang buatkan dia rasa nak naikkan bonus untuk Alia bulan ini. 

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now