part 14

5.5K 250 0
                                    

Telefon pintarnya berbunyi dari tadi. Bukan dia tak nak angkat, bila dia tengok nama pemanggil, terus dia tak ingin nak angkat.

Kayla. Apa lagi yang perempuan itu mahu? Dengan hati sebal, dia angkat juga.

"Kau nak apa lagi?" Angkat-angkat saja dia sudah terjah begitu. Tak ada maknanya nak mulakan panggilan dengan beri salam dulu.

"I nak explain pasal semalam. You dah salah faham."

"Salah faham apa? Terang-terang jantan tu mengaku dia boyfriend kau. Apa lagi yang kau tak dengar semalam?" Dia tak jadi nak baring. Dia buka sliding door yang memisahkan biliknya dengan balkoni bilik. Dia perlukan angin segar sekarang.

"He's not my boyfriend! You dah salah faham." Kayla menjerit di dalam panggilan. Aryan jauhkan telefon daripada telinganya. Telinganya nak pakai lama, kalau pekak disebabkan jeritan Kayla macam mana?

"You don't have to say that his not your boyfriend. Aku dah tak nak contact dengan kau lagi." Jarinya mahu menekan punat merah, namun suara Kayla sekali lagi menjerit membuatkan dia tahan jarinya sekejap.

"I love you Aryan!"

"What? Did you know what is love actually? Kalau setakat bagi badan, tu bukan cinta semata-mata. Lagipun, aku dekat dengan kau bukan sebab cinta. So, buanglah perasaan kau and fokus dengan boyfriend kau."

"You jahat! I bagi body I semata-mata untuk you." Sinis bibir Aryan mendengar kata-kata Kayla.

"So? Kaulah yang bodoh. Kau pun tahu yang aku ni jahat? Apa kau expect kalau aku gunakan body kau sebagai mainan aku? Cinta? Nonsense."

Dia letakkan panggilan. Malas nak bertekak dengan Kayla disebabkan perkara yang tak ada faedah. Ya, memang dia terasa dengan penipuan Kayla. Tapi itu cerita semalam. Sekarang dia sudah okey. Dia tak perlukan Kayla lagi.

Aryan pejamkan matanya. Kini, kepalanya mula serabut semula. Ingatkan kes Kayla sudah selesai. Rupanya, minah itu masih lagi mahu berhubung dengannya.

Sebagai penutup, dia pukul palang balkoni sekali. Cukuplah sekadar melepaskan geram. Bila dia rasa puas, dia masuk ke bilik semula.

~~

"So, Alia. Awak kata awak tak pernah tengok wayang, kan? Sekarang, awak dah sampai sini. Enjoy this moment!"

Amiraa tepuk dahi. Rasanya, memang Amirul jenis tak tahu malu. Boleh dia menjerit depan orang ramai macam tadi. Haih, kang tak pasal-pasal dia tak mengaku abang nanti.

"Aaa... thanks." Malu-malu Alia menjawab. Bukan malu sebab pandangan mata Amirul yang masih merenung dia, tapi disebabkan jeritan Amirul tadi telah menarik perhatian orang.

"Jom, kita duduk," ajak Amirul. Dia tarik hujung lengan baju Alia untuk ke kerusi mereka. Manakala Amiraa hanya berdiri di situ.

Tak, bukannya dia tak ada tiket atau tempat duduk. Dia tengah tahan marah sekarang. Okey, bayangkan eh. Amirul dan Alia, tempat duduk mereka betul-betul berada di tengah hall. Dia? Tercampak nun jauh di belakang.

Jadi, sebab itulah dia masih berdiri di situ. Dia mahu cari siapa yang duduk di sebelah Alia nanti. Amirul telah memilih tempat di hujung sekali.

Tunggu punya tunggu, akhirnya ada juga orang yang duduk di sebelah Alia. Cepat-cepat dia berlalu ke arah perempuan yang sudah duduk di tempatnya.

"Assalamualaikum, boleh tak kita tukar tempat? Saya tak biasa duduk belakang. Lagipun, saya nak duduk dengan kakak saya." Fuh, penat betul bercakap. Tak tambah lagi penat karang ayat.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now