part 45

6.2K 203 2
                                    

"Alia, ingat ibu?" Puan Yuna tanya untuk kesekian kalinya. Namun, jawapan yang sama dia akan dapat nanti. Alia tak kenal dirinya.

"Tak." Alia jawab dengan jawapan yang sama. Sudah seminggu dia dapat soalan yang sama. Kadang-kadang dia jemu dengan pertanyaan yang sama daripada Puan Yuna. Cubalah tanya, "Alia dah mandi, dah solat?" atau, "Alia nak makan apa-apa tak?". Kalau dia kata dia tak ingat, mustahil dia boleh ingat semula dalam masa yang singkat.

"Ibu minta maaf, Alia." Alia angguk. Itu juga salah satu ayat yang biasa Puan Yuna ungkap padanya. Masalahnya, dia tak ingat langsung apa kesalahan yang Puan Yuna buat. Tapi, apa-apa pun, dia tetap maafkan Puan Yuna walaupun dia sendiri tak dapat ingat apa yang Puan Yuna lakukan padanya dulu.

"Ibu, lapar," adu Alia.

"Lapar? Jap, ibu pergi beli makanan dekat bawah. Tunggu tau." Puan Yuna angkut sekali beg tangan kecilnya untuk ke bawah. Sejak Alia masuk hospital, dialah yang jaga Alia siang dan malam. Bukan Alia yang minta, tapi dia sendiri yang mahu.

Kadang-kadang, ada jugalah dia balik rumah untuk uruskan kerja-kerja rumah. Nak suruh Aimi buat? Sampai Alia keluar hospital nanti pun kerja rumah takkan beres.

Sementara menunggu, Alia merenung keliling wad. Bila Puan Yuna melayannya dengan baik, hatinya mula terdetik. Walaupun dia tak ingat satu pun tentang Puan Yuna, tapi dia dapat rasakan yang dia tidak dapat layanan Puan Yuna yang sekarang ketika dia masih belum terlibat dengan kemalangan.

Tapi, dia sendiri tak berani untuk ingat. Sebab kepalanya akan sakit kalau dia memaksa dirinya untuk mengingati memorinya yang dulu.

~~

Tok tok!

Kepala Amirul ternaik, serentak matanya merenung pintu pejabatnya. Laungan untuk menyuruh si pengetuk pintu masuk ke dalam biliknya bergema di dalam pejabat. Mata Amirul dapat menangkap figura Jake yang sedang berjalan ke arahnya.

"Ada apa kau datang?" tanya Amirul. Ini kali pertama dia nampak Jake di syarikatnya. Selalunya dia akan jumpa Jake di syarikat milik Aryan.

"Aku nak bincang sesuatu. Boleh aku duduk?" Amirul angguk. Jake duduk di hadapan Amirul.

"Macam ni. Hari tu kan ada accident dekat area Aryan punya company. Lepas tu, aku tak tahulah betul atau tak. Tapi aku macam kenallah orang yang kena langgar tu. Ikutkan aku tak nak bagitahu kau, tapi aku rasa tak sedap hati," luah Jake. Macam yang dia kata, dia tak nak pun beritahu Amirul. Sebab dia rasa, Amirul mesti dah tahu tentang kejadian itu. Tapi, dia tak boleh duduk diam bila dia dengar jeritan seseorang pada kejadian itu.

Dia macam kenal dengan perempuan yang kena langgar itu. Tapi, dia tak tahu siapa.

"Lagi satu kan, aku adalah cakap pasal benda ni dekat Aryan. Tapi dia macam tak minat nak bincang. Oh ya, Alia tak sihat ke? Kenapa dia tak ada dekat company Aryan?" Itupun salah satu sebab kenapa dia datang jumpa Amirul. Dia dah tanya Aryan tentang Alia, tapi Aryan seolah-olah mahu mengelak daripada ditanya begitu.

"Aku tak tahulah. Sebab Alia pun dah keluar dari rumah kitaorang. Ingatkan dia datang kerja macam biasa. Yang peliknya, kitaorang tak kata pun yang Alia dah menyusahkan kitaorang. Tapi tiba-tiba je dia kata dia nak keluar sebab dah menyusahkan kitaorang. Phone yang Aryan bagi dekat dia pun, dia bagi dekat mama."

Kalau nak keluar, okey. Dia tak pelik sangat walaupun dalam hati tertanya-tanya. Tapi kalau dah sampai bagi balik telefon yang Aryan pernah bagi, itu pelik. Ya, tak nak susahkan mereka lagi. Tapi kalau Alia bagi balik telefon itu, macam mana Alia nak berhubung dengan mereka lagi?

"Kejap, bila Alia keluar?"

"Minggu lepas."

Jake angguk perlahan. Dia mula dapat klu. Alia keluar minggu lepas, sama dengan hari di mana dia nampak kejadian itu berlaku. Lepas itu, tak nak susahkan keluarga Aryan sampai pulangkan telefon yang Aryan pernah bagi. Lepas itu, kalau dia mengutarakan soalan berkenaan dengan Alia, Aryan mula mengelak untuk bercakap tentangnya.

"Entah-entah, betul apa yang aku sangkakan selama ni." Daripada duduk, tiba-tiba Jake bangun. Mindanya tiba-tiba dapat satu konspirasi yang logik.

"Apa dia?"

"Entah-entah, yang kena langgar hari tu, Alia!" jerit Jake pada nama Alia. Amirul turut terkejut sebelum dia ronyokkan kertas A4 sebelum dia balingnya pada Jake.

"Hoi! Orang tu tengah sihat-sihat, kau doakan dia kena langgar " Dia tak nak terima kalau apa yang Jake katakan tadi itu betul. Sebab dia tak nak Alia mengalami sebarang kecelakaan di luar. Sebab itulah dia cuba untuk tidak terima apa yang Jake sampaikan walaupun separuh hatinya menyuruh untuk terima.

"Aku tak doakan. Aku cuma sangkakan. Kan dua benda yang beza." Rasanya mungkin Amirul mempunyai kesukaran untuk membezakan dua perkara yang berlainan. Tapi tak apa, dia masih boleh tahan diri daripada mencarut pada Amirul.

"Fine. Ada apa-apa lagi? Kalau tak ada, kau boleh balik. Aku ada meeting lepas ni."

"Yelah. Kalau nak cari Alia, ajak aku sekali tau." Jake keluar dari pejabat Amirul setelah bersalam dengannya. Dia pun ada kerja lain yang perlu dilaksanakan sebelum pulang ke rumah.

Amirul bersandar pada kerusi kerjanya. Sebenarnya, dia tak ada mesyuarat seperti yang dinyatakan tadi. Dia cuma mahu berseorangan untuk memikirkan di mana lagi dia boleh cari Alia. Dah seminggu dia dan Amiraa bertungkus-lumus mencari wanita yang telah mencuri hatinya sejak dia bertentangan mata dengan Alia semasa kali pertama Aryan bawa Alia pulang ke rumah. 

Ya, Alia tak tahu tentang perasaannya. Lagipun, dia sendiri yang memilih untuk berdiam diri semenjak dia tahu yang Alia ada hati pada Aryan. Apabila Amiraa minta tolong Alia untuk buat Aryan jatuh cinta dengannya, dia terpaksa setuju. Dia tak mahu Alia terus mencintai Aryan dan tak nak Aryan jatuh cinta pada Alia. Tapi, dia juga tak nak Aryan teruskan hubungannya dengan Elisya. Dia tahu yang Elisya masih tak berubah dan buat-buat seperti sudah berubah untuk bersama dengan Aryan. Dan dia pun tak tahu apa motif Elisya mahu bersama dengan Aryan untuk kali yang kedua.

Sudahnya, dia sendiri yang termasuk dalam emosi dilemanya sendiri. Dia cuma boleh berharap dan berdoa agar rancangan adiknya tidak berjaya dan Aryan sendiri yang akan berundur dari Elisya tanpa Alia. Sekarang, dia hanya boleh kata kalau ada jodoh dia dengan Alia, mereka tetap akan disatukan juga. Tak kira cepat ataupun lambat. 

Ya, dia hanya mempu berdoa.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now