"Kita berpisah dulu. Sorry sebab tak dapat temankan kau."
Sekarang mereka bertiga berada di lobi hospital. Seperti yang dikatakan, Alia akan berjumpa dengan doktor untuk temujanji memandangkan Alia masih tak dapat lagi ingatannya. Aryan pula akan uruskan Eiyad untuk temujanji dengan doktor.
"It's okay. Bye, cutie." Alia cium pipi Eiyad. Aryan hanya pandang Alia dengan pandangan cemburu. Dengan Eiyad boleh pula main cium-cium pipi. Dia ni, nak dapat kasih sayang Alia pun tak dapat.
Tak apa, tak apa. Aku tuntut bila kita kahwin nanti.
Kini mereka berdua berpisah buat sementara waktu. Sejam kemudian, mereka berkumpul semula di lobi. Itupun permintaan Aryan. Senang, tak payah pening nak fikir tunggu dekat mana.
"Macam mana?" tanya Aryan. Alia geleng perlahan. Mukanya juga monyok, tak sama seperti mula-mula datang tadi.
"What's wrong? Doktor tu buat apa dekat kau?" Perangai protective Aryan mula datang. Alia masih lagi monyok.
"Dia suruh saya cuba untuk ingat beberapa benda. Tapi bila saya nak ingat, kepala saya jadi sakit. Macam mana saya nak ingat sambil tahan sakit?" adu Alia lemah. Lima bulan dia tahan semua ini. Tipulah kalau dia kata dia menikmati saat-saat ini.
Nikmat ke kalau kepala asyik sakit semasa ingat sesuatu benda? Tak!
"Slow-slow, jangan cuba nak ingat banyak benda dalam satu masa. Sebab tulah kepala kau sakit bila nak ingat. Contohnya, fikir macam mana kau boleh jatuh cinta dengan aku dulu." Alia pandang Aryan. Betul ke apa yang dia dengar? Dia pernah jatuh cinta dengan Aryan? Habis, kenapa dia boleh bercinta dengan Amirul sekarang ini?
Eh, eh. Ini ambil kesempatan dalam kesempitan namanya!
"Kita pernah bercinta ke?" Aryan tersedak air liur. Err, nak jawab apa eh?
"T- tak. Tapi, kau pernah cakap yang kau crush dekat aku." Lebih baik dia jujur daripada menipu. Bukan macam seorang tu. Nak dapatkan orang yang dicinta dengan cara yang salah.
"Tapi, kenapa Amirul kata kitaorang pernah bercinta sebelum saya hilang ingatan? Ah, peninglah." Kepalanya mula sakit. Dia bagitahu Aryan yang dia mahu ke tandas.
Aryan pandang Alia dari belakang. Hatinya mula jatuh kasihan dengan keadaan Alia. Dari segi mental, dia menderita dengan cabaran untuk mengingati tentang masa lalunya. Dengan Amirul yang jelas-jelas memanipulasi fikiran Alia lagi.
Tolonglah, seseorang itu layak untuk dipanggil lelaki sejati kalau pikat gadis dengan kebolehan sendiri. Ini tidak, gunakan kekurangan si gadis untuk kepentingan sendiri. Lelaki sejati ke macam itu? Lebih kepada lelaki pengecut adalah.
"Tolong, ada orang jatuh tangga!" jerit satu suara. Ramai orang berkumpul di laluan tangga kecemasan. Dan jeritan itu menarik perhatian Aryan. Tak tahu kenapa, tapi hatinya kuat mengatakan orang yang terjatuh itu adalah Alia.
Dengan keadaannya yang sedang dukung Eiyad, Aryan gagahkan diri untuk ke sana. Apabila dia sampai, dia minta untuk masuk ke dalam. Namun, pihak paramedik tidak benarkan dia masuk atas alasan untuk tidak mengganggu kerja mereka. Aryan terpaksa akur dengan arahan.
Dia disuruh duduk di tempat menunggu. Dan apabila paramedik mengusung tubuh yang tidak sedarkan diri, barulah dia boleh katakan sesuatu.
Itu Alia! Jadi, betullah apa yang dia rasa tadi?
"Doktor, tu kawan saya. Kenapa dengan dia?" Aryan menahan seorang doktor yang ada di tempat kejadian. Doktor tadi betulkan cermin matanya sebelum menjawab soalan Aryan.
"Saksi mengatakan yang kawan encik tadi terjatuh dari atas. Mungkin tersalah langkah, dan dia terjatuh. Kami periksa kawan encik dulu. Apa-apa kami inform kemudian." Doktor tadi berlalu pergi. Aryan duduk semula di kerusi. Ya Allah, kalaulah dia teman Alia tadi. Mesti benda ini takkan terjadi.
Yang paling buat dia runsing, apa dia nak cakap pada keluarga Alia nanti?
~~
Kelopak mata cuba untuk dibuka. Perlahan-lahan, cahaya yang ada menerobos masuk ke sistem penglihatannya. Alia pegang kepalanya. Kepalanya mula terasa sakit. Sakit kali ini lebih teruk daripada sebelum ini.
Dia pandang sekeliling. Putih. Maksudnya, mesti dia berada di wad hospital. Kemudian, dia pandang dua orang yang duduk di sofa yang disediakan di dalam wad. Seorang sudah terjaga manakala seorang lagi tertidur.
"Ma..." Tepi peha Alia ditepuk. Alia pandang bawah, dan dia nampak kelibat Eiyad di sebelahnya. Dengan tenaga yang ada, dia bawa Eiyad naik ke atas katil.
"Eee, mana kasut Eiyad? Berkaki ayam je ni." Tapak kaki Eiyad menjadi sasaran untuk Alia geletek budak kecil itu. Eiyad ketawa kuat. Namun, Alia masih lagi teruskan kerja geleteknya.
Dan ya, ketawa Eiyad mengejutkan Aryan.
"Kenapa turun tak tengok tangga? Kenapa kau cuai sangat? Aku risau tahu tak?" bebel Aryan tanpa beri Alia bercakap. Kini dia beralih tempat. Dia duduk di sebelah Alia.
"Sorry." Kepala ditundukkan supaya tak dapat pandang muka Aryan. Bukan apa, aura yang Aryan ada sekarang sungguh menakutkan.
"Tolong jangan buat aku risau lagi, okey?" Aryan usap kepala Alia dengan lembut. Tubuh Alia terkaku kerana tindakan Aryan. Aryan sedar akan reaksi Alia dan tarik tangannya dari kepala Alia.
"Boleh hantar saya balik?" pinta Alia. Dia tak nak bermalam di hospital lagi. Tak bebas! Nak tidur pun kena pakai tudung sebab takut doktor atau jururawat masuk untuk pemeriksaan.
"Anything for you. Let's go!" Eiyad diambil dari riba Alia. Dia tolong Alia bawa beg tangan milik Alia. Semua urusan hospital sudah diselesaikan sebelum Alia sedar dari pengsan. Jadi, mereka hanya perlu jumpa doktor sekejap sebelum pulang.
"Aryan!" Mata Aryan, Alia dan Eiyad pandang ke pintu masuk lobi hospital. Amirul mara ke arah mereka dan tumbuk Aryan tanpa peduli akan pandangan orang lain. Kepala Aryan terteleng ke tepi. Dan disebabkan Aryan tak dapat kawal imbangan badannya, dia terjatuh.
Nasib baiklah Eiyad berada dengan Alia. Kalau tidak, dengan Eiyad sekali jatuh ke lantai.
"Apa kau buat dengan Alia? Apa kau buat sampai dia jatuh tangga, hah?" jerit Amirul dekat dengan muka Aryan. Aryan tidak buat apa-apa, malah dia hanya dengar jeritan Amirul dengan reaksi biasa.
"Tak cukup dengan Elisya, kau nak ambil Alia pula?" sambung Amirul lagi. Eh, bila masa Alia hak mutlak kau?
"Lah, aku dah break dengan dialah. Tak tahu ke?" Dah berzaman kut dia berpisah dengan Elisya. Kesian, baru tahu rupanya.
Dapat dia lihat riak muka Amirul berubah kelat. Itulah, lain kali selidik dulu kalau nak serang orang. Kan dah malu. Dia pandang sekeliling pula. Semua orang tengah berbisik. Mesti pasal tindakan melulu Amirul.
"Aku bawa Alia datang sini atas sebab aku bos dia. Aku nak dia sihat balik untuk bekerja dengan aku. That's it. Yang kau nak marah dah kenapa?" Aryan bangun dan rapikan pakaiannya. Kali ini, dia pula mara ke arah abangnya.
"Lagi satu kan, rasanya aku call family Alia tadi. Tapi kenapa kau pula yang datang?" Mata Aryan pandang ke arah Alia.
"Kau tahu tempat aku parking kereta aku, kan? Nah, kau bawa Eiyad masuk dalam kereta." Dia campak kunci Audi A7 miliknya pada Alia. Sebelum pergi, Alia minta beg tangannya yang masih ada dengan Aryan. Tanpa pandang Amirul, Alia pergi dari situ.
"You know what? Tak matanglah gaduh depan orang ramai. Apa kata kita bincang dekat rumah? Tapi sebelum tu, aku nak hantar Alia dulu." Aryan smirk pada Amirul. Dia tahu, Amirul mula rasa tercabar dengannya.
"Aku hantar Alia balik."
"It's too late. She already got into my car. I gotta go. Bye, big bro."
Aryan keluar dari hospital tanpa menoleh ke belakang. Tanpa membuang masa, dia terus lari ke arah tempat dia letakkan keretanya. Risau juga kalau Alia tak pandai start kereta.
Amirul juga keluar dari hospital. Ketika berjalan, dia kepal tangannya untuk melepaskan geram. Kalau Aryan tak halang dia, dah lama dia panjangkan sesi bertumbuk dengan si adik.
"Kau tunggulah. Alia akan jadi milik aku seorang."
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...