part 3

7.1K 286 0
                                    

"Kau keluar dengan siapa tadi?" tanya Puan Yuna. Tak ada langsung walaupun secalit senyuman dibibirnya.

Alia hanya senyum tanpa rasa. Dah agak dah. Tapi, mak cik bawang yang mana pergi cemarkan Puan Yuna dengan kata-kata nista mereka itu?

Sebab itu dia tolak pelawaan Thaqif tadi. Bila dia kata jalan sama-sama, bukan bermaksud dia betul-betul serius. Tapi Thaqif pergi terima dengan senang.

Akibat daripada perbuatan mereka bukan Thaqif yang kena. Tapi dia.

"Pergi hantar kuihlah. Kan ibu yang suruh."

"Memanglah. Tapi kau pergi dengan siapa? Jantan mana yang kau ajak kali ni?"

Dia yang ajak? Kalaulah Puan Yuna ada di situ, mesti dia boleh nampak betapa susahnya dia untuk menolak pelawaan Thaqif. Rasa nak saja suruh Thaqif datang rumah dan jelaskan semuanya pada Puan Yuna sendiri.

"Alia kena kacau. Lepas tu-"

"Aku tak suruh kau cerita kau kena kacau. Aku tanya, jantan mana yang keluar dengan kau tadi?"

"Thaqif." Akhirnya, Alia beri jawapan yang Puan Yuna mahukan sangat. Puan Yuna tersenyum sinis. Alia yang nampak senyuman itu sudah bersedia dengan kata-kata yang mampu menusuk ke dalam hatinya.

"Eh, sedar diri tu sikit. Dahlah bodoh, tak cantik pula tu. Tapi sibuk menempel dengan anak ketua kampung tu. Kalau Aimi tak apalah juga."

Dia bodoh? Kalau betullah dia bodoh, tak adanya dia dapat straight A's dalam SPM. Dia cuma tak bernasib baik kerana tak dapat sambung belajar. Itu saja. Bukan dia tak tahu yang dirinya selalu dikatakan bodoh oleh orang kampung.

Malah, dirinya selalu dibandingkan dengan budak-budak pandai yang sebaya dengannya. Sebab itu Puan Yuna tergamak kata dirinya bodoh. Mungkin, malu kerana ada anak yang tak belajar tinggi.

Aimi Wafia. Anak kesayangan ibu dan ayah. Maklumlah, selalu dapat nombor satu dalam kelas. Malah dalam tingkatan. Sudahlah adiknya mempunyai rupa paras yang cantik. Lagilah dapat perhatian daripada semua orang.

Alia pun cantik je sebenarnya. Tapi tak tahulah kenapa dengan mata semua orang. Semua nak kata dia tu tak cantik.

"Bukan Alia yang beria nak ajak dia. Dia yang-"

"Dah. Tak payah nak bagi alasan. Muak aku dengar." Puan Yuna terus masuk ke dalam bilik Aimi. Nak puji anak kesayanganlah tu sebab baru dapat keputusan percubaan SPM.

Maklumlah, Aimi kan pelajar harapan sekolah untuk SPM.

Alia pun sama. Masuk ke dalam bilik untuk merenung nasib. Nasib malang. Ya, nasibnya memang malang. Keluarga buat macam anak angkat, tak ada kawan. Apa lagi?

Dia pun manusia biasa yang mahukan kasih sayang daripada keluarga. Mana adil kalau Aimi saja yang dapat kasih sayang yang sepatutnya. Dia pun anak mereka juga.

~~

"Nak pergi mana?"

Langkah Aryan terhenti. Wajah tua Tuan Ilyas dipandang dengan pandangan tak puas hati. Ya, dia tahu sekarang sudah malam. Bila malam, macam biasalah. Dia akan lepak di kelab malam yang biasa dia pergi.

"Club. Kenapa?" jawab Aryan selamba. Tak ada rasa takut langsung apabila dia mengaku. Dapat juga dia dengar Tuan Ilyas mengucap dengan jawapannya.

"Ya Allah, kenapa dengan kamu ni?" Dada diusap bagi hilangkan rasa tak selesa di situ. Makin lama makin takut dia dengan perangai Aryan.

"Apa? You changed me until I was like this. Jangan mempersoalkan kenapa Aryan berubah kalau papa pun macam ni." Dia cuba kawal suaranya daripada kedengaran jelah oleh orang di dalam rumah ini.

"What have I done?"

Aryan ketawa halus. Aduh, orang tua ini. Dah buat salah, tapi masih tak nak mengaku.

"Pa, jangan ingat Aryan tak tahu apa yang papa buat dekat luar sana. Jadi, jangan nak berlagak baik depan Aryan. I hate hypocrites."

Aryan senyum bangga apabila Tuan Ilyas diam seribu bahasa. Ya, dia menang. Biasanya, memang dia menang dalam perbalahan mulut diantara Tuan Ilyas dengan dirinya sendiri.

Fast forward; kelab malam

Keadaan kelab malam yang bingit tidak mengacau apa yang Aryan sedang lakukan. Terdapat seorang perempuan yang bekerja sebagai pelayan nafsu lelaki yang sedang galak menempel dengan Aryan.

Tangan Aryan galak bergerak di setiap anggota badan perempuan yang diberi nama Kayla itu. Baginya, tubuh Kayla ibarat mainan untuk dia menghilangkan rasa bosan.

Kayla pula makin suka apabila tubuhnya dibelai sebegitu. Rasa seperti kasih sayang Aryan mula berpindah ke badannya. Walaupun tidaklah seperti yang dia fikirkan.

Alah, perempuan. Mereka akan jatuh ke dalam genggaman lelaki jika dah dapat belaian daripada seorang lelaki. Mereka akan leka dengan belaian tersebut dan seterusnya mulalah perkara yang buruk seperti terlanjur dan sebagainya.

Jadi, perempuan. Tolong jaga diri sendiri. Jaga daripada sebarang kesan buruk yang datangnya daripada lelaki. Lelaki pun sama. Jaga perempuan itu sebaiknya. Jangan jadikan perempuan sebagai alat mainan korang.

"Jom, macam biasa?" ajak Aryan. Kayla angguk tanda setuju. Aryan tempah sebuah bilik yang terletak di tingkat atas. Dan, faham-fahamlah sendiri.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now