part 50

6.3K 186 2
                                    

"Apa?!" Botol susu dilepaskan begitu saja. Aryan berdiri sambil menghadap Amirul. 

"Apa, apa? Betullah. Kan, sayang?" Amirul pandang Alia dengan senyuman.

Sayang? Eww! Aryan palingkan kepala dan pandang tepat ke arah TV 65 inci yang diletakkan di ruang tamu. Dia tak sangka. Kehadiran Alia di rumah ini, rupa-rupanya ada sebab yang berjaya membuatkan hatinya terluka. Ya, dia faham kalau Alia tak ingat akan dirinya. Tapi kalau dah sampai menyulam kasih dengan Amirul, dia tak boleh nak terima.

Like, what? Dulu bukan main kata suka pada dia. Sampai sanggup keluar dari rumah macam yang dia suruh. Sekarang dah berubah hati pula?

"Aku nak cakap dengan kau." Aryan terus menapak keluar. Amirul mengeluh. Kena keluar lagilah nampaknya. Tapi kali ini, untuk berbincang dengan Aryan.

Mereka berdua ambil tempat di kolam renang belakang rumah. Memang ada kerusi yang telah disediakan di situ, tapi mereka memilih untuk berdiri.

"Nak-"

"Kenapa Alia boleh bercinta dengan kau?" Dia tak bagi langsung abangnya habiskan ayat yang ingin dicakap. Aryan pandang Amirul yang sudah berubah riak mukanya. Namun, sekejap saja dia dapat lihat kerana Amirul sempat mengubah riak mukanya.

"Lah, jealous ke? Berdosa ke kalau kitaorang bercinta?" Sempat lagi dia smirk pada Aryan. Saja nak buat hati Aryan panas dengan kelakuannya. 

"Jawablah soalan aku!" jerkah Aryan kuat. Kuat sehingga orang yang ada di dalam rumah boleh dengar jerkahannya. 

Tiba-tiba, Amirul ketawa kuat. Aryan bingung, namun dia tak tunjuk riak mukanya yang sedang bingung. Amirul redakan ketawanya sebelum dia mendekati Aryan yang nampak bengang.

"Nampak sangat kau tengah jealous, kan? Selama ni, kau tak henti cari Alia. Tapi, malang untuk kau sebab aku dah jumpa dia dulu. Dan aku sempat rapat dengan dia dan aku dah berjaya dapatkan dia. Penerangan aku dah cukup untuk kau faham?" Kening kanan diangkat berkali-kali. Aryan mengepal penumbuk kanannya. Rasa nak tumbuk Amirul, tapi kena sabar.

"K- kau tahukan yang aku tengah cari dia. Kenapa kau tak jujur dari awal?" Ini serius. Kalau orang lain dengar, mesti orang ingat yang dia tengah sedih. Sebab suaranya memang dengar seperti orang yang baru putus cinta.

"Simple. Sebab aku ada hati dekat Alia. Dan aku tak nak kehadiran kau dalam hidup dia membuatkan aku tak boleh dapatkan hati dia. Sebelum ni pun kau dah jadi halangan untuk aku. Takkanlah aku nak kau jadi halangan aku untuk kali kedua, kan?" Dia jujur pada Aryan. Aryan terkejut. Tak tahu pula selama ini abangnya ada hati pada Alia. Tapi, memang dia tak nampak langsung yang Amirul ada perasaan terhadap Alia. Alia pula sibuk kejar dia.

"Jadi, selama ni, kau memang dah ada hati dekat dialah?" Amirul angguk. Aryan meraup mukanya. 

"Kau tahukan yang selama ni Alia ada perasaan dekat aku. Kenapa kau sanggup ambil kesempatan?" 

"Aryan, Aryan..." Kaki melangkah makin dekat pada Aryan. Kini jarak mereka hanya kurang daripada empat inci.

"Dalam hidup ni, kita kena pentingkan diri sendiri. Yes, mungkin Alia ada hati pada kau. Tapi itu masa ingatan dia masih ada. Tapi sekarang, ingatan dia dah hilang. Dah jelas lagi bersuluh yang dia dah tak ingat kau. Jadi, aku ambil kesempatan atas apa yang dah jadi pada Alia. Plus, ini untuk masa depan aku juga." 

"Masa depan apa?"

"You know, dirikan rumah tangga. Dan mestilah aku nak dirikan rumah tangga dengan orang yang aku cinta." Dia jauhkan diri daripada Aryan. Kalau Aryan bertindak untuk tumbuk dia atau buat perkara yang hampir sama dengan bertumbuk, sekurang-kurangnya dia boleh selamatkan diri.

"Itu bukan cinta. Kalau cinta, kau takkan pentingkan diri semata-mata nak kejar apa yang kau mahukan. Kau cintakan Alia, tapi Alia cintakan kau tak?" Dia pasti dan yakin, Amirul takkan dapat jawab soalannya.

"Of course! Hari-hari aku tanya dia."

Aryan mengeluh. Ternyata dia salah. Amirul amat yakin dengan kata-katanya.

"Really? Kau tak rasa ke yang dia akan rimas dengan soalan yang sama hari-hari. Walaupun dia nampak naif, tapi aku kenallah dia tu macam mana." Sebelum ini, dialah yang lebih rapat dengan Alia daripada Amirul. Jadi, apa yang Alia suka dan tak suka semuanya ada di dalam kepalanya.

"Lagi satu, jangan nak sembang macam hubungan korang akan berkekalan sampai syurga. Orang yang dah kahwin pun boleh bercerai, inikan hubungan korang yang tak sampai setahun." Usai berkata, Aryan masuk semula ke dalam. Tapi sebelum itu, dia bisik sesuatu pada telinga Amirul.

"Ingat sampai mati. Mencintai tak semestinya memiliki. Aku dengan Elisya yang dah bercinta lama pun boleh putus, apatah lagi kau dengan Alia. Jadi, berdoalah banyak-banyak supaya kau dengan dia ada jodoh."

Dia jauhkan mukanya sebelum dia smirk pada Amirul. Kau ingat kau seorang je yang boleh smirk dekat aku? Aku pun bolehlah!

Mereka berdua masuk seperti tak ada perkara yang serius berlaku. Dari luar lagi mereka dapat lihat telatah Puan Melissa yang nampak amat gembira apabila Alia pulang semula. Tapi, ada juga rasa terkejutnya apabila tahu yang Alia kini sedang menjalinkan hubungan dengan Amirul.

"Eh, jomlah makan. Nanti boleh kita sembang lagi," ajak Puan Melissa. Kini mereka semua mula ambil tempat di meja makan. Sempat lagi Aryan jeling ke arah 'pasangan terbahagia di dunia' yang masih leka bersembang sesama sendiri.

"Dekat sini, kita makan. Bukan bersembang. Kalau nak sangat bersembang, tu. Duduk dekat ruang tamu." Suara authority Aryan telah mengejutkan Alia dan Amirul. Tanpa pedulikan mereka, Aryan cedok nasi dan lauk ke dalam pinggan. Dia dah lapar dan dia nak makan tanpa ada gangguan dari segi suara-suara sengau.

"Kau period ke? Garang semacam." Amirul juga cedok nasi ke dalam pinggan. Alah, bukan dia tak tahu kenapa Aryan marah sangat pada mereka.

"Lah, Abang Am tak tahu ke? Abang Ar kan memang perempuan. Kalau tak, takkanlah dia still main game perempuan." Amiraa turut mengusik Aryan. Ketawa mengejek terus meletus dari mereka semua, kecuali Alia dan Aryan sendiri.

"That's enough." Pinggan ditolak ke tengah. Aryan tolak kerusi ke belakang dan dia terus naik ke atas. Memandangkan dia tidak pegang makanan lagi, jadi dia terus naik.

"Tak nak sembang dengan bakal kakak ipar ke?" jerit Amirul untuk menarik perhatian Aryan. Namun, Aryan langsung tidak berpaling ke arah Amirul.

Alia hanya memandang kelibat Aryan yang makin menghilang dari pandangan. Entah kenapa, tapi dia rasa tak berkenan dengan cara dua beradik itu mengusik Aryan.

Tengoklah. Bergurau sampai ada hati yang terasa. Ya, bergurau dalam adik beradik biasanya memang begitu. Yang peliknya, kenapa Aryan terasa?

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now