Genap seminggu sejak Aryan dipersalahkan kerana kononnya mengintai Alia. Sampai sekarang, Alia langsung tak dapat apa-apa cerita tentang keberadaan Aryan. Risau, tapi dia sedar dialah yang buat Aryan jadi macam itu.
Dan hari ini, dia telah buat keputusan untuk datang ke rumah keluarga Aryan. Kata Amiraa, Aryan sudah pulang ke rumah petang semalam. Walaupun Amiraa tak benarkan dia datang kerana Aryan tak nak jumpa dengannya, tapi dia tak kisah. Selagi Aryan tak tahu cerita sebenar, dia tak boleh duduk diam.
Pintu pagar rumah itu tertutup rapat. Alia tak nak beri salam, takut Aryan dengar. Jadi, dia hanya menghendap ke dalam kalau-kalau dia nampak Amiraa. Namun, dia langsung tak nampak bayang Amiraa.
"Kau buat apa tu?" tanya Aryan beku. Bahu Alia terhinjut akibat terkejut. Perlahan-lahan Alia pusing ke belakang. Matanya terhidang dengan penampilan Aryan yang baru saja pulang dari joging. Alia tersenyum tak bersalah.
"Jangan buang masa aku. Kau buat apa dekat sini? Aku kata jangan datang sini lagi, kan?" Tangan disilangkan ke dada sambil merenung Alia tajam. Alia juga buat perkara yang sama. Cuma, Alia hanya tenung Aryan dengan tenungan santai.
"Saya datang nak explain sesuatu."
"No need to explain anything. Dah, balik." Alia pandang Aryan yang sudah masuk ke dalam. Dia cuba untuk kumpul kekuatan sebelum...
"Amirul ugut saya minggu lepas!" jerit Alia. Kaki Aryan berhenti melangkah. Aryan pusingkan tubuhnya menghadap Alia semula.
"Kau cakap apa?" Dia dengar, tapi dia mahukan kepastian. Hatinya berdegup kencang ketika menunggu kata-kata Alia.
"Amirul ugut saya. Dia suruh saya mengaku awak yang intai saya hari tu. Dia kata, dia akan kacau family saya kalau saya cakap dia yang buat. Saya tak ada pilihan waktu tu. Jadi saya terpaksa tipu semua orang," jelas Alia. Akhirnya, dapat juga dia jelaskan perkara yang sebenar.
Aryan tak nampak terkejut. Dia dah agak Amirul saja buat begitu supaya dia nampak jahat di mata keluarganya. Tapi, dia tak sangka yang Amirul sanggup ugut Alia demi kesenangan sendiri. Kata sayang, tanggunglah salah sendiri.
"Dan ingatan saya dah pulih. Sebab tu saya perlu jelaskan perkara ni pada awak. Saya tak nak awak terus sangka saya menipu sebab nak selamatkan Amirul."
Mulut Aryan ternganga luas. Seketika, dia betulkan riak mukanya. Tak sangka dia akan dapat dua berita gembira dari Alia. Tapi...
"Kau tak marah aku?"
"Kenapa?"
"Yelah. Takkan kau tak simpan dendam sebab aku reject kau dulu? Aku hina kau macam-macam waktu tu. Takkan kau tak marah kut?" Mindanya terbayang macam mana dia hina Alia dulu. Dahlah hina anak orang, siap jadi punca keluarganya terputus hubungan dengan Alia beberapa bulan lamanya.
Alia pandang tempat lain. Bila Aryan sebut tentang peristiwa itu, dia rasa sedih. Tidak! Dia kena hapuskan rasa sedih itu. Sekarang dia dah tahu apa perasaan Aryan yang sebenar terhadapnya. Jadi, dia tak boleh putus asa dan pergi dari hidup Aryan lagi.
"Tak sempat nak simpan dendam sebab kena langgar kereta waktu nak cari rumah sewa. Jadi, anggaplah benda tu tak pernah terjadi dalam hidup kita." Alia menayangkan senyum manis. Aryan pejamkan mata sebelum dia tampar diri sendiri. Alia yang mula panik terus tanya Aryan.
"Tak, aku nak pastikan yang semua ni bukan mimpi. Tapi, alhamdulillah. Bukan mimpi." Alia tergelak dengan jawapan Aryan. Aduhai, Aryan. Saya yakin ini bukan mimpi awak. Ini memang realiti yang awak tengah hadapi.
"Jom kahwin."
"Apa dia?" tanya Alia dengan suara yang dinaikkan satu oktaf. Senyuman Aryan mula pudar. Alia dah tawar hati dengan dia ke?
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...