Kereta Aryan mula bergerak laju. Sekarang baru menginjak tengah hari, waktu yang sibuk untuk para pekerja mencari makan. Tapi, bukan mereka. Aryan kata dia mahu pergi ke satu tempat. Dan yang pasti, Alia tak tahu ke mana Aryan nak bawanya pergi.
"Kita nak pergi ambil Miraa." Akhirnya, bersuara juga jejaka yang sibuk memandu itu. Dia tahu, Alia mesti berteka-teki sekarang ini. Untuk menenangkan Alia, dia beritahu juga ke mana mereka nak pergi.
"Seriuslah?" Mata Alia mula bersinar-sinar. Tak sangka dia dapat tengok sekolah di mana tempat Amiraa dapatkan ilmu. Sambil-sambil itu, bolehlah dia usya mat-mat sekolah.
Manalah tahu kan, dia boleh gunakan salah seorang daripada mereka untuk move on dengan Aryan. Lagipun, dia masih muda kalau dapat menyulam cinta dengan budak sekolah.
Akhirnya, sampai juga mereka di sekolah. Macam biasa, Aryan hanya tunggu di hadapan saja. Ketika mereka sampai, ada pelajar yang sudah tunggu di luar kawasan sekolah. Tapi Amiraa tiada bersama mereka.
"Hai, lama tunggu?"
Aryan terkejut. Alia kaget. Mereka yang tadinya sibuk dengan hal masing-masing pusing ke belakang. Mereka bertiga berbalas pandang sesama sendiri.
"Dah kenapa tengok Miraa nacam tu? I'm still Amiraa, not a ghost."
Walaupun Amiraa meyakinkan mereka bahawa dia masih Amiraa, namun Aryan dan Alia masih merenungnya seperti badannya bertukar menjadi hantu.
"Bila masa kau masuk?"
"Haah. Tak dengar pun pintu terbuka."
Amiraa buat rolling eyes. Sudahlah dia tengah penat, dengan stres sebab Farhan cari dia di sekolah tadi. Boleh pula mereka berdua ajukan soalan padanya.
"Macam mana nak dengar kalau dua-dua dah sibuk dengan phone?" Jari Amiraa menunding ke arah telefon Aryan dan Alia. Masing-masing lihat telefon mereka sendiri. Oh, patutlah mereka tak dengar.
"Okey, kitaorang yang pekak."
"Oi, aku tak pekak lagilah." Aryan bantah. Telinganya berfungsi dengan baik, tahu? Suka hati Alia je kata dia pekak.
"Awak pun tak sedar Miraa masuk. Apa lagi yang saya boleh kata selain pekak? Buta?"
Kini giliran Aryan pula buat rolling eyes. Dia tak pekak dan dia tak buta. Kalau dia buta, macam mana dia boleh nampak ketika memandu?
"Fine, awak tak buta dan awak tak pekak." Alia bersuara apabila ternampak wajah Aryan yang berubah riaknya. Mesti tengah tahan geram.
Aryan tersenyum dalam hati. Yeah, dia menang.
~~
"Lepas ni, aku hantar kau balik." Nasi disuap ke dalam mulut. Sekarang mereka berada di restoran. Apa lagi nak dibuat kalau berada di sana? Mestilah nak makan.
"Ala... nak pergi company Abang Ar boleh?" Dagu ditahan dengan tangan kiri sementara tangan kanannya masih dengan nasi. Berharap agar Aryan teperdaya dengan kecomelannya.
Aryan hanya geleng kepala. Mulutnya penuh dengan nasi. Mana boleh bercakap dengan mulut yang penuh. Tak sopan.
"Abang Ar. Tak kesian ke dekat Miraa? Kalau Miraa balik, sah-sah Miraa seorang je dekat rumah. Mama dengan Abang Am kan kerja."
"Tak," jawab Aryan selamba. Apa? Jahatnya!
"Tak? Tapi, kalau Miraa kena culik macam mana?" Dia pun tak doakan dirinya diculuk sebenarnya. Tapi, saja nak guna alasan supaya dapat pergi ke tempat abangnya buat duit.
"Amiraa, taman perumahan rumah kita tu terjaga. Tak ada maknanya ada orang pecah masuk rumah semata-mata nak culik kau. Lagipun, dapat manfaat ke kalau diorang culik kau?"
"Abang Ar!" jerit Amiraa. Habis semua perhatian diberikan kepada mereka. Aryan tunduk kepalanya. Kalau bukan sebab Amiraa, tak adanya dia tahan malu macam ini.
"What? I'm telling the truth. Betullah taman perumahan tu terjaga." Macam yang dia kata, dia beritahu perkara yang betul. Memang taman perumahan yang mereka tinggal itu dijaga rapi. Jadi, apa yang salahnya?
"Bukan sebab tulah! Sebab Abang Ar tak kisah kalau Miraa kena culik. Nampak sangat tak sayang adik sendiri."
"Tak sayang?" Amiraa angguk sambil menahan tangis. Alah, saja nak berdrama dengan Aryan.
"Kalau tak sayang, aku biar je kau duduk dekat sekolah sampai esok. Aku tak bawa kau datang sini untuk makan. Biar kau kebulur cari makan sendiri. Itu yang kau kata tak sayang? Kau nak apa lagi, Amiraa?" Aryan sudah berang. Nasib baik saja dia masih boleh kawal perasaannya.
Apa lagi yang tak cukup? Dia dah belanjakan duitnya untuk keperluan dan kemahuan Amiraa. Dan Amiraa masih tak sedar tentang itu? Bukan nak mengungkit. Dia tak kisah pun duitnya dihabiskan oleh adiknya sendiri.
"Tak sayang eh? Fine. Kau bayar makanan kau, aku bayar makanan aku." Aryan bangun dari duduknya. Dia mahu bayar harga makanannya sebelum pelang ke pejabat.
"Saya?"
Aryan pandang Alia. Lupa pula ada lagi seorang manusia yang menyertai mereka. Aryan pandang ke arah kaunter semula.
"Bayar sendiri," balasnya sebelum pergi bayar makanan. Oh, Aryan. Tahulah marah dengan Amiraa, tapi janganlah lepaskan marah pada Alia. Kesian dia.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...