part 57

5.8K 183 0
                                    

"Good job, sayang. Sebab tulah saya sayangkan awak." Amirul senyum puas. Akhirnya, Aryan pergi jua dari hidup Alia. Sekarang, hanya dia sajalah yang akan dapatkan Alia dan seterusnya, halalkan Alia.

Alia jeling ke arah manusia di sebelahnya. Sejak Aryan keluar, dia rasa tak sedap hati. Harapnya, ianya tak ada kena mengena dengan Aryan. Dia takkan maafkan dirinya kalau ada perkara buruk yang berlaku pada Aryan. 

"Menyesal saya ikut cakap awak. Kalau saya bagitahu perkara yang sebenar, Aryan takkan pergi." 

Sekarang mereka berada di dalam kereta milik Amirul. Amirul sendiri yang tawarkan dirinya untuk hantar Alia pulang. Alia terpaksa setuju atas sebab dia tak ada kenderaan sendiri. Dan hanya Amirul sajalah yang beria nak hantarnya pulang.

"Kalau awak rasa yang awak dah hebat, awak salah. Awak takkan nampak hebat bila orang lain nampak awak baik padahal awak sendiri salahkan orang lain atas kesalahan sendiri." Alia mula melepaskan kegeraman pada Amirul.

Tiba-tiba, kereta berhenti di tepi jalan. Alia pandang Amirul untuk dapatkan jawapan.

"Aryan, Aryan, Aryan. Apa yang ada pada dia sampai awak nak back up dia?" Wajah bersih Alia dipandang marah. Yalah, dia nak hantar Alia sebab tak nak dengar nama Aryan di rumah. Tapi, dia kena dengar juga walaupun di dalam kereta sendiri.

"Back up? Yes, but I realized that I made a huge mistake today. Saya tak sepatutnya takut dengan ugutan awak. Kenapa saya bodoh sangat, eh?"

"Sekurang-kurangnya, Aryan hormat saya sebagai seorang perempuan. Tapi awak? Awak siap ugut saya sebab nak tutup salah sendiri. Hormat ke tu?" Alia sambung lagi. Betullah. Kalau Aryan tak hormat dia, mestilah Aryan main masuk saja semalam tanpa menyuruh dia pakai tudung atau menyorok di tempat yang Aryan takkan nampak dirinya.

"Kau keluar sekarang."

"Memang nak keluar pun. Ingat eh, awak takkan nampak seperti perlu dihormat kalau perangai awak macam ni." Pintu dibuka sebelum Alia keluar dari kereta. Daripada dia hadap Amirul, lebih baik dia jalan kaki pulang ke rumah. Lagipun, memang mereka sudah sampai ke kampungnya. Hanya tinggal beberapa meter saja lagi untuk sampai ke rumahnya.

Amirul pandang kelibat Alia yang makin kecil dalam pandangannya. Seketika, dia hentak stereng kereta sambil mencarut sepuas hatinya.

Fine. Kalau kau nak Aryan, aku akan pastikan kau takkan dapat dia.

~~

"Kak, Abang Ar tak balik lagi. Miraa risaulah."

Alia pandang jam dinding yang tergantung di dinding rumahnya. Sekarang sudah pukul 11:58 malam. Sekejap lagi akan menginjak pukul 12 tengah malam. Dia sudah maklum yang Aryan sudah biasa pulang lewat ke rumah. Tapi itu waktu Aryan versi suka pergi kelab malam dan berfoya.

Sekarang, nak tengok Aryan keluar malam pun susah.

"Dia... tak balik lagi?"

"Tak. Eiyad pun tercari-cari Abang Ar. Nak tidur pun kena tenung gambar Abang Ar." Haa, tabiat Eiyad bukan saja tertakluk pada Alia. Tapi pada Aryan sekali. Namun, dia tak adalah tenung gambar Aryan sebab Aryan memang ada dengannya.

"Miraa, akak minta maaf. Kalau akak tak-"

"I think he's fall in love with you," ujar Amiraa. Kata-kata Amiraa betul-betul membuatkan Alia rasa nak nangis. Satu, sebab perasaan dia pada Aryan mungkin bercambah semula. Dan yang kedua, dia masih rasa bersalah bila Aryan pergi disebabkan dia.

"Akak ingat tak apa yang Abang Ar sebut lepas perkataan 'good bye' tu? Kalau akak tak ingat, tak apalah. Tapi, Miraa ada cari maksud perkataan tu. Akak tahu tak? Maksud dia, sayangku. Apa lagi yang Miraa dapat simpulkan selain daripada Abang Ar ada perasaan dekat akak?"

Ya Allah... Apa yang dia dah buat ni?

"Dia tak pernah panggil ex dia dengan panggilan macam tu. Kalau akak rasa Abang Ar jenis rapat dengan perempuan, akak salah. Abang Ar susah nak jatuh cinta. Susah sangat. Memanglah akak orang yang kedua dia jatuh cinta, tapi akaklah perempuan yang paling dia sayang."

Kalau tak, kenapa Aryan boleh berubah bila Alia menghilang, kan?

"Akak letak dulu."

Telefon diletakkan ke tepi. Fikirannya melayang pada situasi pagi tadi. Kalau dia ingat semula reaksi Aryan, memang nampak Aryan betul-betul terasa dengannya. Tapi dia buat-buat tak sedar sebab Amirul.

Dia ambil semula telefonnya. Dia pasti yang Aryan masih terjaga lagi. Dia tak pilih untuk buat panggilan, tapi dia hanya hantar mesej pada Aryan.

Reaksi yang dia dapat bukanlah seperti yang dia bayangkan. Aryan langsung tak baca walaupun dia tengah online. Apalah yang dia tengah buat sampai tak baca mesejnya?

Sementara itu...

Mesej daripada Alia dibaca tanpa balas. Dia selamat sebab dia tutup bluetick, jadi Alia takkan tahu yang dia dah baca mesej yang Alia hantar.

Pasir pantai digenggam lalu dibuang sejauh yang mungkin. Sekarang dia berada di Port Dickson, tak tahu kenapa hatinya tergerak untuk ke sana. Ingatkan nak release tension dekat Kuala Lumpur saja.

Alang-alang dah sampai, dia pandu pula ke pantai. Malam-malam macam ini, memang dia seorang sajalah yang ada di kawasan pantai. Dia tak kisah, yang penting dia boleh buat apa saja yang dia nak tanpa perhatian orang lain.

"Broken ke?" Aryan pandang sebelah kanannya. Lelaki yang menegurnya ambil tempat di sebelahnya.

"Kenapa kau boleh ada dekat sini? Blahlah kau, dahlah dekat KL pun kena jumpa kau."

Danny ajuk kata-kata Aryan dengan buat gaya bibir. Orang datang nak comfort member. Boleh pula Aryan kata macam dah muak dengan mukanya.

"Aku ada hal. Bila nak balik hotel, aku nampak kereta kau. Itu yang aku singgah. Kau kenapa? Tak pernah lagi aku nampak kau datang pantai malam-malam macam ni."

Aryan mengeluh. Lama dia biar Danny dengan banyak persoalan dalam kepalanya. Akhirnya, dia cerita juga apa yang dah jadi pagi tadi- eh, pagi semalam.

"Tengok mesej tu." Dia bukan nak menyibuk. Tapi, dia rasa tak puas hati dengan apa yang Aryan cerita tadi. Aryan buka chat dia dengan Alia dan berikan iPhonenya pada Danny.

Awak dekat mana? Family awak semua risaukan awak.

Baliklah. Ada benda yang saya kena explain pada awak. Ada sebab kenapa saya kata awak yang buat. Please, balik...

"Dah tu? Balik jelah. You deserve to hear all the explanations from her." Daripada duduk sini tanpa tahu perkara sebenar, lebih baik Aryan pulang.

"Kau tak faham. Tengok diorang duduk sebelah-menyebelah pun aku dah sakit. Apatah lagi nak dengar apa yang dia nak jelaskan nanti. Aku takut... dia kata dia setuju nak kahwin dengan abang aku je." Muka disembam pada lututnya. Nak nangis, tapi segan bila ada Danny di sebelah.

"Abang kau ada kata yang dia nak kahwin dengan Alia ke?" Pelik. Takkanlah Alia dah berubah hati sejak Aryan tolak perasaan Alia pula?

"Aku tak tahu. Diorang dah bercinta sejak Alia hilang ingatan. Aku tengok, Alia okey je dengan Amirul."

Danny mengeluh perlahan. Susah betul berurusan dengan orang yang tengah heartbroken macam Aryan ni. Bila dengan Elisya dulu, memanglah dia pernah uruskan emosi Aryan macam sekarang. Tapi...

Kali ini Aryan sedih sebab dia rasa orang yang dia cinta sudah berputus asa untuk mengejarnya. Bukan sebab dirinya yang ditinggalkan.

"Look. Kalau betul Alia bercinta dengan Amirul, dia takkan chat kau macam ni. Kalau dia tak cintakan kau lagi, dia takkan susahkan diri dia untuk cuba jelaskan perkara yang sebenar pada kau. Alia akan sedar yang kau terasa dengan dia kalau dia masih ada perasaan pada kau." Dia rasa, Alia takkan mesej Aryan sebegitu rupa kalau Alia betul-betul cintakan Amirul. Tengok sekarang, Alia masih cuba untuk mesej Aryan walaupun sekarang sudah hampir pukul satu pagi.

"Terpulang pada kau nak buat apa. Tapi, janganlah biarkan Alia tu lama sangat. Kesian dia. Mana tahu kalau dia masih ada perasaan dekat kau?"

Aryan pandang Danny dengan perasaan yang bercampur baur. Kalau betul apa yang Danny katakan, adakah Alia masih mahu padanya?

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now