"Awak? Are you okay?" tanya Alia. Dari tadi dia cuba untuk tahan daripada bercakap. Dengan riak muka Aryan yang nampak garang, mana mungkin dia dapat keberanian on the spot.
Walaupun keadaan kereta amat gelap, namun lampu jalan telah membantunya. Jadi, dapatlah dia lihat riak muka Aryan dari semasa ke semasa.
Tiba-tiba, Audi A7 milik Aryan berhenti di tepi jalan. Itu membuatkan Alia panik. Dia ada salah cakap ke?
"Aku okey." Selagi dia boleh tahan, dia tahan. Walaupun dengan adik beradiknya, dia akan pendam.
"Dah tu? Kenapa berhenti?"
"Kau pakai kain, kan? Ada seluar lebih?" Alia geleng. Aryan tergelak halus. Dah agak dah, dan sebab itulah dia sudah buat persedian rapi.
Aryan keluar dari kereta. Kepanikan Alia sudah membiak lebih besar. Apa yang Aryan akan buat? Halau dia? Ambil tali dan ikat dia supaya senang untuk humban dia di dalam sungai? Bukan apa, kereta Aryan betul-betul berhenti di atas jambatan. Di bawah jambatan itu ada sungai.
Bahu Alia terangkat akibat terdengar ketukan di sebelahnya. Ah, sudah. Ada Cik Han pula ke? Eee, janganlah kacau waktu Aryan tak ada!
"Alia!" jerit Aryan. Tak pasal-pasal dia kena menjerit malam-malam buta macam ni. Tak adalah buta sangat, samar-samar je.
"Apa?" Tingkap diturunkan. Alhamdulillah, Aryan yang tengah berdiri di hadapannya. Tapikan, muka Aryan nampak macam tengah tahan geram.
"Nah, seluar. Tukar. Don't worry, aku tak tengok."
"Eh, ni seluar saya, kan?" Alia belek-belek seluar yang Aryan beri tadi. Betul, itu seluarnya. Dan macam mana Aryan dapatkan seluarnya? Ambil dari almari biliknya?
"Jangan banyak tanya. Tukar atau balik rumah." Suara authority Aryan telah keluar. Nak tak nak, Alia terpaksa ikut. Atau mereka terpaksa pulang semula ke rumah dan habiskan masa dengan menonton TV.
Tingkap dinaikkan semula sebelum dia tukar seluar. Sementara itu, Aryan habiskan masa menunggunya dengan bermain game. Macam biasa, game budak perempuan.
"Hah, I knew it!" Iphone Aryan hampir terlepas apabila mendengar suara Alia. Perlahan-lahan dia pusingkan badannya dan matanya nampak Alia sedang tersenyum sinis padanya.
"Ooo, dulu bukan main kata Miraa yang download. Sekarang dah terbukti. Game tu awak yang download."
"Bisinglah kau," omel Aryan. Keretanya sudah meluncur laju di atas jalan.
~~
"Hoi." Bahu Alia dicuit. Bukan dengan telefon, tapi dengan jarinya sendiri. Alia tersedar dari lelap yang nyenyak. Best kut tidur dalam kereta Aryan. Sejuk pun sejuk.
Matanya dikelip berkali-kali untuk mematikan yang matanya tidak salah. Betul ke tempat yang Aryan bawa ni?
"Kau ni kan, kerja kau memang tidur je eh? Dah, jom keluar." Sempat lagi dia perli Alia sebelum keluar. Jaket yang dia pakai dibetulkan sebelum rambutnya dirapikan sedikit. Sekarang angin tengah galak merosakkan rambutnya. Sebab itulah rambut ash blondenya agak serabut daripada sebelum keluar rumah.
"Kita buat apa dekat sini?"
"Nak bunuh kau," jawab Aryan. Alia telan liur. Rasa nak masuk kereta dan kunci dari dalam. Biar Aryan tak dapat bunuh dia.
"Haih, kau dah nampak kan ni funfair. Kenapa tanya lagi?" Alia pandang depan. Barulah dia sedar yang Aryan bawanya pergi ke funfair. Wajah tanpa riak Aryan dipandang.
"Dah, jom masuk." Tangan Aryan laju manarik tali beg Alia.
"Eh, jap jap jap."
"Apa lagi?" Kaki Aryan berhenti. Namun tangannya masih lagi pegang tali beg Alia.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...