"Alia!"
Wad yang menempatkan Alia diterjah masuk. Alia yang sedang termenung pandang ke arah pintu. Disebabkan ada Thaqif, jadi dia kalut mencari tudung. Walaupun dia hilang ingatan, tapi dia masih tak lupa yang dia masih wajib untuk bertudung.
"Anak ibu tak apa-apa? Alia ada cedera dekat mana-mana tak?" Tubuh Alia dibelek-belek kalau ada luka yang dia tak nampak. Yang jelas kelihatan hanyalah luka yang ada pada siku Alia saja. Luka yang lain, dia tak tahu.
"Mak cik ni siapa? Siapa anak mak cik?"
Puan Yuna menjauh dari Alia dan mengundur setapak dari tempat dia berdiri. Alia, dah lupakan dia? Adakah disebabkan kesan daripada langgaran atau sebab Alia tekad untuk lupakan ibu kandungnya sendiri?
"Kak, takkanlah akak tak kenal ibu? Aimi? Akak kenal Aimi tak?" Kali ini Aimi pula mendekati Alia. Thaqif yang mula rasa dirinya tidak diperlukan keluar dari wad. Dia mahu berikan ruang untuk sekeluarga itu bercakap secara privasi.
Alia geleng. Dia yakin yang dia tak kenal dengan mereka berdua. Sakit kepalanya masih tidak kebah daripada tadi. Bila Puan Yuna dan Aimi sibuk mendesak dia supaya ingat mereka, sakit kepalanya makin bertambah.
"Keluar." Alia halau mereka berdua keluar. Suaranya perlahan saja ketika mengungkapkan perkataan itu. Puan Yuna kelihatan tercengang. Namun Aimi mula faham dengan reaksi Alia.
Mungkin Alia masih tak bersedia untuk berjumpa dengan mereka lagi. Dan sebab itulah Alia halau mereka keluar.
"Mak cik, Aimi. Saya rasa saya tahu kenapa Alia suruh korang berdua keluar." Thaqif bersuara apabila ternampak Puan Yuna serta Aimi keluar dengan wajah yang tampak terkilan.
"Alia hilang ingatan. Tak tahulah banyak mana yang dia tak ingat, tapi kalau tengok dari reaksi dia tadi, dia memang tak ingat sesiapa. Termasuklah keluarga dia sendiri. Doktor pun tengah siasat sebanyak mana ingatan yang hilang dari otak Alia," jelas Thaqif panjang lebar. Tadi pun dia sempat tanya doktor yang kebetulan menguruskan hal Alia. Jadi, dapatlah dia tahu serba sedikit tentang kondisi Alia.
"Jadi, dia langsung tak ingat kami?" Aimi mula bertanya. Sebenarnya, dia seperti tak boleh terima dengan apa yang Thaqif cakapkan tadi. Macam tak percaya saja yang kakaknya mengalami amnesia. Dia masih sangka yang Alia hanya berlakon saja sebab tak nak jumpa dengan mereka berdua.
Thaqif angguk perlahan. Dia pun masih dalam fasa ingin terima hakikat yang Alia telah hilang ingatan. Kalau Alia tak ingat keluarga sendiri, sah-sahlah dia sebagai orang luar pun Alia lupa.
"Kalaulah ibu tak halau Alia, mesti Alia takkan jadi macam ni. Mesti dia masih ingat kita." Puan Yuna mula menyesal kerana tindakan dia menghalau Alia beberapa bulan yang lalu. Aimi pun sama, menyesal sebab sudah membenci kakaknya sendiri.
"Mak cik tak boleh salahkan masa lalu. Yang penting, mak cik kena jaga Alia sepanjang dia sakit. Insya Allah mak cik dengan Aimi boleh baiki hubungan korang semula." Thaqif cuba untuk tidak salahkan mereka berdua walaupun merekalah punca Alia keluar dari rumah. Tapi, mereka pun sudah peka akan kesalahan sendiri. Jadi, tak perlulah dia judge mereka sekarang.
~~
"Ma, Kak Alia mana?" Amiraa turun semula ke bawah selepas siap bersihkan diri. Bila dia balik sekolah, ingat nak luangkan masa rehatnya bersama Alia. Tapi bila dia cari Alia di dalam bilik, kelibatnya tiada di situ. Nak kata waktu kerja masih berlangsung, abangnya sudah selamat berada di rumah.
"Dia..." Puan Melissa tak sanggup untuk beritahu perkara sebenar. Bukan dia tak tahu macam mana rapatnya Amiraa dengan Alia. Lebih rapat daripada abang-abangnya.
"Dia dah keluar dari sini. Puas hati?" Aryan menjawab bagi pihak Puan Melissa. Terkejut Amiraa kerana Aryan tiba-tiba berdiri di belakangnya diabaikan. Yang penting sekarang, dia mahukan penjelasan kenapa Alia keluar dari rumah.
"Kenapa? Kenapa Kak Alia keluar dari rumah ni? Siapa yang halau dia?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut kecil Amiraa. Kali ini, kedua-dua mulut memilih untuk diam tanpa kata-kata.
"Kita bincang benda ni nanti. Aku penat." Aryan cuba untuk elakkan diri daripada Amiraa. Namun, nasibnya tidak baik apabila Amiraa sempat kejar dirinya. Kini dia tak boleh naik disebabkan Amiraa halang dia daripada naik ke atas.
"Kak Alia takkan keluar tanpa sebab. Abang Ar pula nak lari daripada Miraa. Tell me, Abang Ar ada kena mengena ke dengan hal Kak Alia?"
Aryan mendecit lemah. Haih, Amiraa. Macam manalah kau boleh terfikir yang Aryan adalah punca Alia keluar dari rumah.
"Tak."
"Tipu!"
"Please, jangan tinggikan suara semata-mata sebab Alia. Aku nak rehat dan tolong tepi sikit." Amiraa ditolak ke tepi. Aryan naik ke atas tanpa mengendahkan panggilan Amiraa.
Amiraa mula merengek kerana tindakan abangnya yang tidak mengendahkan dirinya. Dia mula berjalan ke arah Puan Melissa.
"Mama, bagitahulah. Kenapa Kak Alia keluar?" Lengan Puan Melissa digoncang untuk meraih perhatian Puan Melissa. Puan Melissa hanya memandang Amiraa tanpa sebarang riak yang positif.
"Alia kata tak nak susahkan kita lagi. Sebab tu dia keluar."
Mulut Amiraa ternganga apabila mendengar jawapan Puan Melissa. Selama ini, memang Alia ada menyusahkan mereka semua ke?
"Nonsense. Mana ada Kak Alia susahkan kita semua. Takkanlah mama tak halang kut?"
"Mama dah halang. Tapi dia masih nak keluar. Mama boleh buat apa lagi?"
"Miraa nak cari Kak Alia." Amiraa lari naik ke atas. Dia betul-betul mahu cari Alia dan bawa Alia balik. Kalau tak ada yang boleh teman dia, tak apa. Dia cari sendiri.
Nasibnya memang baik, sebab dia memang tahu cara untuk pandu kereta. Nanti dia rembatlah kereta sesiapa. Kalau semua tak bagi dia pinjam kereta mereka, dia tempah teksi. Senang.
"Hm? Ma, kenapa dengan Miraa?" tanya Amirul. Baru saja dia terserempak dengan Amiraa yang sedang berlari naik ke atas. Disebabkan Amiraa laju sangat, jadi dia tak sempat tanya.
"Nak cari Alia katanya."
"Mana Alia?" Nak cari Alia? Tapi, sekarang dah habis waktu kerja. Dan kalau Aryan dah ada dekat rumah, Alia pun mesti dah ada dekat rumah.
"Dia dah keluar dari sini. Katanya tak nak menyusahkan kita dah," jawab Puan Melissa sekaligus memberitahu mengapa Alia membuat keputusan untuk keluar dari rumah. Reaksi Amirul sama seperti reaksi Amiraa tadi.
"Abang Am, pinjam kereta."
"Nak cari Alia, kan? Jom kita cari sama-sama." Amirul ambil kunci kereta yang diletakkan di dalam biliknya. Setelah menukar baju dan ambil apa yang patut, mereka berdua masuk ke dalam kereta.
"Jangan balik lambat sangat!" jerit Puan Melissa, memesan mereka berdua supaya peka dengan masa. Namun, dia tak dengar balasan daripada mereka berdua. Harapnya, mereka berdua dengarlah.
![](https://img.wattpad.com/cover/310402499-288-k337919.jpg)
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...