Pergi hantar kuih ni dekat kampung sebelah. Rumah Mak Cik Salmah tu."
"Yang anak dia pondan tu ke?" Kesian. Mak ayah ada pegangan agama yang kukuh. Sampai ke anak, anak pula menunjukkan minat terhadap transgender. Elok-elok jadi lelaki, tiba-tiba nak tukar jadi perempuan.
"Habis tu? Salmah mana lagi?"
Alia angguk perlahan. Dia baru saja nak rehat. Dari pagi tadi sampailah sekarang, dia langsung tak berhenti daripada buat kerja rumah. Nasib baik syif kerjanya pada sebelah malam.
Bakul rotan yang berisi bekas kuih seri muka dihulurkan pada Alia. Alia sambut setelah siap memakai tudung dan baju yang lebih sopan.
"Alia pergi dulu." Walaupun dia takkan dapat balasan untuk pamitan, namun dia tak bosan mengulang ayat yang sama ketika mahu keluar.
Memandangkan motor sudah dibawa oleh Pak Mahmud, jadi dia terpaksa jalan kaki. Dia ada basikal, tapi dah dibawa oleh Aimi. Nak pergi kelas tambahan katanya.
Sambil-sambil berjalan, Alia mengambil kesempatan untuk menikmati suasana kampung. Dengan pandangan sawah padi yang menghijau, itu dapat menenangkan hatinya yang lara.
Hati yang lara. Sebabnya hanya satu. Layanan keluarganya terhadap dirinya. Dia boleh kira dengan jari banyak mana keluarga dia melayan dia dengan baik. Itu pun baik ada sebab. Kalau tak, habis dirinya dilayan tak ubah seperti anak angkat. Bahasa kasar, anak pungut.
Dia ternampak sekumpulan anak-anak kampung yang sedang leka melepak dengan motosikal masing-masing. Semuanya remaja. Ada yang tua dan ada yang muda daripadanya. Tapi, perangai mereka sama. Suka mengacau anak dara kampung yang lalu berdekatan kawasan lepak mereka.
"Fuh, awek cunlah!"
"Awek. Chup, chup. Nak kiss boleh?"
Alia buat reaksi jelek namun tidak ditayangkan kepada mereka. Cukuplah dengan kata-kata mereka. Dia tak mahu riak mukanya menjadi gurauan mereka. Jijik!
Dia terus jalan tanpa mempedulikan mereka. Dahlah hambar, lepas itu macam lelaki terdesak nak ada teman wanita pun ada.
"Oi! Berani kau tak pedulikan kitaorang?" jerit salah seorang lelaki. Alia masih tak pedulikan mereka dan terus berjalan. Mereka semua mula rasa tercabar dan kejar Alia menggunakan motosikal mereka.
Alia mula lari apabila bunyi bingit motosikal kedengaran. Kalau sudah sampai tahap kejar-mengejar, dia tak boleh tahan. Dia perlu lari sekurang-kurangnya sampai di hadapan warung hujung kampung.
Makin kakinya menapak laju, makin kuat deruman motosikal yang masih mengejar dia. Dia tak peduli lagi akan kuih seri muka yang mungkin bergerak-gerak apabila dia berlari. Lantak kaulah kuih, diri aku lagi penting.
Tiba-tiba, ada satu kereta yang berhenti di hadapan mereka. Alia sumpah pemilik kereta berwarna kelabu itu. Baginya, kereta itu telah menghalang dia daripada selamatkan dirinya.
"Korang buat apa hah?! Kacau anak dara orang lagi?"
Alia terkebil-kebil memandang seseorang yang boleh dikatakan telah menyelamatkan dirinya. Thaqif Sufi, anak kepada ketua kampung. Seorang lelaki yang boleh dikatakan kegilaan semua makhluk yang bernama perempuan.
Cuma, Thaqif ini boleh dikatakan jual mahal. Sebab dalam hatinya hanya ada seseorang. Iaitu wanita yang dia tengah lindungi sekarang ini.
"Alah, kacaulah! Geng, jom blah."
Mereka pergi juga dari situ. Thaqif smirk bangga kerana dapat menjadi hero kepada Alia.
"Awak okey?" tanya Thaqif. Alia angguk dengan rasa janggal.
"Nak pergi mana? Saya tumpangkan awak boleh?"
Kali ini dia geleng. Dia tak nak susahkan Thaqif dengan hantarkan dia. Lagi pun, dia tak nak terpalit dengan fitnah orang kampung. Bukan dia tak tahu mulut orang kampung macam mana.
Laser. Dasar mak cik bawang tak cukup attention.
"Kalau diorang kacau awak lagi macam mana?" Hatinya penuh dengan rasa berharap. Mungkin dengan tawarannya kali ini dapat membuatkan Alia menerima cintanya.
"Tak apa. Saya boleh jalan laju-laju." Alia masih lagi mahu menolak. Dia betul-betul tak selesa kalau Thaqif melayannya dengan baik. Lagi pun, dia tahu bagaimana perasaan Thaqif terhadap dirinya.
"Tapi..."
"Kalau nak sangat, kita jalan sama-sama. Awak drve dan saya jalan kaki." Muka Thaqif mula berubah. Alia gelak dalam hati. Kau nak sangat kan?
"Okey."
Alia tergamam. What? Dia setuju? Sah, Thaqif dah hilang akal.
Dia pun sudah terlanjur kata. Nak tak nak, dia juga perlu redha apabila Thaqif setuju. Nasib kaulah Alia. Dia perlu tahan selama lima minit saja. Lepas itu, dia bebas keseorangan.
~~
Suasana di dalam bilik mesyuarat ibarat perpustakaan. Senyap sepi dan terasa sejuk. Bukan kerana pendingin hawa, tapi disebabkan aura si Aryan Wong. Seorang CEO yang memiliki keseluruhan pemilikan AR Company.
Syarikat yang menjadi pembekal kereta import boleh dikatakan berjaya di persada dunia. Semuanya atas jasa Aryan sendiri.
"Kenapa sales makin menurun?" Suara Aryan penuh beku. Semua pekerja mula tak senang duduk. Kalau Aryan mula bersuara, nasib mereka memang tak akan terjamin selamat.
"Maaf, bos. Tapi, sejak dua menjak ni, hasil jualan memang tak banyak," jawab seorang pekerja.
Ada yang jeling ke arah Aryan untuk lihat sendiri reaksi Aryan. Seperti jangkaan mereka, memang muka Aryan sudah memerah akibat marah.
"Can you explain?" Dia masih lagi cuba untuk bersabar. Selagi dia tak dapat penjelasan yang sewajarnya, selagi itu dia perlu sabar. Itu pun kalau dia boleh sabar.
"Err..." Pekerja tadi diam. Tak tahu untuk jelaskan.
"Yang lain?" Mata coklat Aryan mula merenung satu per satu pekerjanya. Ada yang merenung lantai. Ada juga yang pandang tempat lain. Tak ada seorang pun yang berani untuk balas pandangannya.
"Mungkin cara promosi kita berjalan dengan lambat?"
"Mungkin? Awak boleh cakap, mungkin? Tak ada jawapan yang spesifik ke?"
Diam lagi. Aryan mengeluh kuat.
"Dah, bersurai. Make sure sales menaik lepas ni."
Cepat-cepat mereka keluar dari bilik mesyuarat. Aryan longgarkan ikatan tali lehernya. Sesak!
Phone yang berada di sebelahnya diambil. Nombor Amirul didail. Dia perlukan khidmat Amirul untuk uruskan bahagian pemasaran. Dia pun banyak lagi kerja yang perlu dibuat.
"Apa?" Suara Amirul bertanya kasar. Terlalu nyaring dan kuat sehingga Aryan terpaksa jauhkan telefon daripada telinganya.
"Datang office. Now." Dengan garang Aryan beri arahan. Dia boleh dengar suara Amirul yang merungut dengan arahannya.
"Tak boleh. Aku ada kerja."
"Kerja apa pagi-pagi buta macam ni?"
Amirul diam, namun ada bunyi-bunyi seperti sedang berbincang dari dalam telefon. Seketika, Aryan mula faham.
"Fine. Dah habis, datang sini."
Panggilan dimatikan. Dia hela nafas sebelum berjalan masuk ke dalam pejabatnya.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...