Kaki memacak di hadapan rumah agam yang pernah dia datang dua hari lepas. Tapi hari ini, dia datang dengan sebab yang lain.
"Assalamualaikum!" laung Alia dari luar pagar. Lepas saja dia beri salam, pintu pagar itu terbuka dengan sendirinya. Alia masuk ke dalam dengan wajah yang dimasniskan. Yalah, dia nak jaga budak. Kenalah senyum sikit.
"Waalaikumsalam." Aryan keluar dari rumah. Di sisinya, Eiyad berdiri dengan botol susu di tangan. Alia lihat pakaian Eiyad. Baju tidur, mesti Aryan tak sempat nak siapkan.
"Sorry, aku tak sempat nak mandikan dia. Kau mandikan dia, eh? Nanti mama tunjukkan bilik dengan barang dia," jelas Aryan. Alia angguk faham. Jadi, kerja pertamanya ialah mandikan dan siapkan Eiyad.
"Aku pergi dulu. Be a good boy, okay?" Rambut Eiyad diusap dengan penuh kasih sayang. Walaupun Eiyad bukanlah anaknya, tapi dia sudah anggap Eiyad macam anak sendiri.
Ya, walaupun dia masih ber'kau-aku' dengan Eiyad.
Alia pandang Aryan yang sudah masuk ke dalam kereta. Tangan kecil Eiyad dipegang dan tangan itu dilambai pada Aryan.
"So, jom mandi!" Dia dukung Eiyad dan berjalan masuk ke dalam rumah. Apabila sampai, dia terserempak dengan Puan Melissa. Secara tidak langsung, Puan Melissa telah menolongnya.
"Alia nak mandikan Eiyad, kan? Jom, mama tunjukkan bilik Aryan." Alia angguk sebelum dia menyedari sesuatu.
Bilik Aryan? Dia ingatkan Eiyad ada bilik sendiri.
Ah, abaikan. Dia ikut Puan Melissa dari belakang. Apabila sudah sampai di hadapan bilik Aryan, Eiyad merengek minta diturunkan. Alia turunkan juga kerana dia tahu, destinasi Eiyad sudah pasti ke arah bilik Aryan.
"Baju dengan barang Eiyad ada dekat wardrobe tu. Nanti Alia pilihlah baju untuk Eiyad. Hari ni panas, make sure Alia pilih baju yang nipis sikit. Kalau tak nanti kulit Eiyad naik ruam," jelas Puan Melissa penuh dengan maklumat yang Alia perlukan. Alia angguk perlahan. Rasanya, jaga Eiyad akan jadi kerja yang senang baginya.
Setelah semua penerangan sudah diberikan, Puan Melissa minta diri untuk turun ke bawah. Katanya, ada kerja yang perlu dia selesaikan di dapur. Sekarang, kerja Alia sudah bermula.
Pertama sekali, dia perlu ambil pakaian Eiyad. Bila dia selesai mandikan Eiyad nanti, tak adalah dia biarkan Eiyad seorang diri dalam keadaan yang hanya berbalut tuala semata-mata nak ambil pakaiannya.
Wardrobe yang dimaksudkan Puan Melissa tadi dituju. Dan apabila dia sudah jumpa bahagian pakaian budak, rahangnya terjatuh.
"Tingginya! Macam mana nak ambil?" Ya, itulah masalahnya. Tahulah pemilik bilik ini tinggi, tapi Aryan perlu sedar yang dia telah mengupah seorang perempuan yang hanya berukuran 160 cm tingginya.
Tak ada cara lain. Dia perlu cari kerusi untuk memanjat. Dia mula mencari kerusi di sekitar bilik tidur Aryan. Nasibnya baik apabila dia terjumpa kerusi yang biasa digunakan untuk lakukan kerja pejabat. Alah, kerusi yang ada roda tu. Itulah kerusi yang Alia jumpa.
Lantaklah ada roda pun. Asalkan dapat ambil baju Eiyad. Sudahlah lampin pakai buang pun ada pada bahagian yang sama.
Kaki kanan diletakkan dulu. Apabila hatinya mula rasa yakin sepenuhnya, barulah kaki kiri sertai kaki kanannya. Sebagai langkah keselamatan, kedua belah tangan Alia sudah berpaut pada palang penyangkut baju Aryan.
Namun, semakin banyak pergerakan badannya, semakin galak kerusi itu bergerak. Dan nasibnya lebih malang apabila dia tak dapat kawal dirinya daripada terjatuh. Matanya sudah terpejam rapat. Waktu itu, dia hanya mampu berserah jika tubuhnya menemui kekerasan lantai bilik.
Tubuhnya yang terasa melayang seakan-akan berhenti di udara. Pelik juga, kenapa tak jumpa titik pengakhiran lagi? Dengan sifat yang ingin tahu, Alia buka matanya perlahan-lahan.
Terkejut dia apabila matanya dapat tangkap gambaran muka seorang lelaki. Apabila dia tenung, barulah dia tahu yang Aryan telah menyambutnya daripada terus terhempas ke bawah.
"Memang cita-cita kau nak jadi monyet, eh? Aku suruh kau jaga Eiyad, bukannya panjat wardrobe aku." Pemilik bilik sudah membebel. Alia dekatkan mukanya dengan dada Aryan. Malu weh kena bebel dengan bos.
"Lepas tu nak menempel dekat dada aku. Nak kerja ke nak menggatal?" Aduh, sekali lagi. Terus Alia jauhkan mukanya dari dada bidang Aryan. Eee, malunya!
"Turunkan saya."
"Nak turunkanlah ni. Dahlah berat," omel Aryan. Dia turunkan Alia dengan cermat. Alia jeling apabila kakinya sudah selamat menapak lantai. Ya, tahu Aryan dah selamatkan dia. Tapi janganlah kutuk dia pula!
"Terima kasih tak ada, duk jeling-jeling pula." Kali ini dia tak tahu nak sembunyi dekat mana lagi. Dah tiga kali kena bebel dan sekali kena berat shamming dengan Aryan. Kau rasa?
"Terima kasih sebab-"
"Kenapa kena panjat wardrobe aku? Kalau jatuh macam mana? Nasib baik aku ada. Kalau tak? Tak pasal-pasal kau jadi nangka busuk dalam bilik aku. Kalau jatuh tapi tak cedera, tak apalah juga. Kalau cedera? Tak pasal-pasal kau sambung kerja dekat hospital." Aryan bebel lagi. Kali ini, suaranya kedengaran lembut daripada tadi.
Alia tak keluarkan suaranya. Tangannya terus menghala ke arah tempat di mana pakaian Eiyad diletakkan. Aryan tepuk dahinya. Macam manalah dia boleh lupa yang dia telah upah orang yang lagi pendek daripadanya.
"Sorry, my fault. Nanti aku kemas balik." Aryan tolong Alia dengan ambil barang-barang Eiyad yang dia rasa Alia perlukan. Saja dia ambil lebih untuk kegunaan ketika dia tiada di rumah.
Alia tunjukkan sifat kagumnya. Tak sangka yang Aryan boleh capai barang-barang itu semua tanpa jengketkan kakinya. Serius, macam mana dia boleh ambil begitu saja?
"Kenapa awak datang balik?"
"Inikan rumah aku. Takkanlah aku tak boleh balik?" Aryan kerut dahi. Pelik betul Alia ni.
"Tak, bukan. Maksud saya, kenapa awak datang balik sebab tadi kan awak dah keluar," jelas Alia lebih terperinci. Aryan hanya balas, "ouh" saja.
"Phone aku tertinggal." Dia tunjuk telefonnya yang sedang cas di meja tepi katil.
Buk!
Bunyi itu mengejutkan mereka. Tak cukup dengan itu, ada bunyi budak menangis dengan kuat. Cepat-cepat mereka berdua keluar dari wardrobe.
"Ya Allah, Eiyad!" Aryan terus menerpa ke arah Eiyad. Tubuh kecil yang baru saja terjatuh dari katil didukung. Aryan cuba untuk tenangkan Eiyad, namun Eiyad makin kuat menangis apabila tangan Aryan mengusap dahinya.
"Kenapa kau letak Eiyad atas katil? Kan dah jatuh." Aura kebapaan sudah keluar. Alia pandang Aryan dengan perasaan takut. Yalah, dahlah dia diupah untuk jaga anak orang. Dan dia telah gagal.
"Tapi, saya tak letak Eiyad atas katil pun. Elok je dia dekat bawah tadi."
"Habis, kau nak cakap yang Eiyad jatuh sendiri? Tanpa ada orang yang letak dia atas katil, macam tu?" balas Aryan. Dia dapat nampak yang Alia geleng perlahan.
"Masalahnya, saya tak letak Eiyad dekat atas katil pun. Dia sendiri yang panjat." Dia cuba untuk pertahankan diri sendiri. Yalah, dah bukan dia yang letak Eiyad atas katil. Takkanlah nak biarkan Aryan terus salahkan dia tanpa bukti.
"Bukti? Budak ni baru setahun lebih. Apalah sangat yang dia boleh buat?" Alia diam.
"Tapi-"
"Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau dipecat, dan tolong jangan datang lagi. Dah, blah." Mata Alia membulat besar. Aryan... halau dia?
"Tunggu apa lagi? Pergilah!" jerkah Aryan di hujung ayat. Bahu Alia terhinjut, sekaligus membuatkan Alia melatah sedikit. Entah bila dia ada penyakit melatah pun dia tak tahu. Nasib baik bukan melatah benda yang tak baik.
"Sorry." Itu ayat terakhir sebelum Alia keluar dari bilik Aryan.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...