part 28

4.6K 203 0
                                    

"Kita nak pergi mana?" 

Aryan hanya berdiam diri. Dia tahu dia akan dapat soalan yang begitu, tapi dia tetap memilih untuk diam. Manakala Alia masih tidak berputus asa untuk bertanya. Well, Alia takkan mengalah begitu saja. Mana tahu kalau Aryan mahu bawa dia ke tempat yang bukan-bukan ke. Bolehlah dia bersedia sebelum sampai ke tempat itu.

"Awak, please. Kita nak pergi mana?"

"Balik kampung kau."

Automatik air muka Alia berubah. Dia tak pernah bersedia untuk pulang ke tempat asalnya. Kalau betullah Aryan mahu bawa dia ke sana, memang dia takkan jumpa Aryan lagi. 

"Just kidding. Aku nak pergi ambil kucing aku." Aryan gelak ketika ayatnya berakhir. Suka betul usik Alia, ya?

Kucing? Aryan bela kucing? Wah!

"Comel tak kucing tu?"

"Mestilah comel, Macam kau." 

Sekali lagi muka Alia berubah. Tapi, Aryan betul-betul maksudkannya ataupun tidak? Tak adalah. Kalau Aryan jujur, sekurang-kurangnya tak adalah dia patah hati. Itupun kalau dia berharaplah. Kalau tidak, mungkin dia takkan rasa apa-apa.

Aryan yang mula menyedari keterlanjurannya berdehem kuat. Itu membuatkan Alia yang tengah mengelamun berpaling ke arahnya.

"Maksud aku, kucing tu chubby. Samalah macam kau." Aryan, apa? Kau body shamming Alia? Oh, kau. Tahulah body kau cantik, tapi janganlah nak downkan orang lain. Lagipun, Alia tak adalah gemuk sangat.

Alia mula rasa rendah apabila mendengar kata-kata Aryan. Dia mula teringat tentang cemuhan ibunya apabila dirinya dibandingkan dengan Aimi. Aryan yang mula perasan mula mencarut pada dirinya sendiri.

"You are beautiful in the eyes of the right people. Kalau kau betul-betul chubby sekalipun, kau tetap akan nampak cantik. Percayalah cakap aku." Betul. Dia cakap perkara yang betul. Dia lelaki, dan dia hanyalah manusia biasa. Jadi, dia tahu apa yang dia katakan.

"Tak payahlah nak sedapkan hati saya. Betullah apa yang awak cakap. Saya chubby, tak cantik."

"Sejak bila aku kata kau tak cantik? Look, aku minta maaf kalau kata-kata aku tadi buat kau terasa. Aku cuma nak cakap yang kucing aku tu sama macam kau. Sama yang macam mana, aku nak kau tahu sendiri. That's it." Aryan betulkan ayatnya. Itupun dia banyak kali fikir ayat yang boleh buatkan Alia bangkit semula. Dan, usahanya berjaya. Alia angkat mukanya dan pandang Aryan dengan pandangan yang bercampur baur.

"Dahlah, senyum sikit. Jangan salahkan aku kalau dia takut dengan kau nanti sebab kau tak senyum." 

Aryan tersenyum kecil apabila Alia ketawa disebabkan ayatnya. Mereka mula bersembang seperti biasa. Sedar-sedar saja, mereka sudah sampai di hadapan bangunan rumah kedai. Aryan matikan enjin sebelum keluar. Alia juga kemaskan bajudan tudungnya sebelum mengikut langkah Aryan.

"Danny!" laung Aryan. Keluarlah seorang jejaka dengan pakaian yang santai bersama dengan seekor kucing hitam. Lelaki yang dipanggil Danny tadi berjalan ke arah mereka. 

"Sampai pun papa Blackie. Nah, anak kau." Danny hulurkan kucing milik Aryan pada tuannya. Aryan sambutnya sebelum dia cium-cium kucing hitam itu dengan penuh kasih sayang. 

"Do you miss me?" tanya Aryan pada Blackie. Dia sambung cium Blackie sampailah ada beberapa helai bulu yang melekat pada mukanya. Alia terhibur apabila melihat kemesraan mereka berdua.

Satu benda yang dia baru tahu tentang Aryan. Aryan sukakan kucing. Dan dia pun sukakan kucing. Oh, jodoh!

"Meow..." Blackie mengiau seolah-olah menjawab soalan Aryan. 

"So, kau bawa kawan, huh?" Suara Danny yang kedengaran penuh sinis menerjah masuk ke dalam saluran pendengaran mereka. Barulah Aryan teringat akan kehadiran Alia di situ. Maklumlah, dulu dia datang seorang diri. Sekarang, berteman.

"Ouh, kenalkan PA baru aku, Alia. Alia, ni Danny, kawan aku. Dia pun papa Blackie. Tapi, papa angkat." Ya, Danny boleh dikatakan orang yang rapat dengan Blackie, selain daripada Aryan. Sebab Aryan kerap juga hantar Blackie pada Danny kalau dia tak boleh jaga Blackie atas sebab yang tertentu.

Alia hanya senyum pada Danny. Danny pula hanya angguk sekali. Danny pun sama saja dengan Aryan. Beku. Jadi, tak hairanlah kalau mereka berdua berkawan. 

"So, macam biasa. Aku bank in dekat kau nanti."

"Alright, no hal. So, bye." Barang-barang Blackie semuanya dihulurkan pada Aryan. Namun, Aryan tidak sambut semua barang itu. Apabila Danny mula faham, dia hulurkan barang-barang itu kepada Alia. 

"Thanks again. Apa-apa hal, aku roger kau." Itulah ayat terakhir Aryan sebelum dia dan Alia keluar dari bangunan itu. 

Enjin kereta dihidupkan sebelum Audi A7 milik Aryan membelah jalan. Blackie masih setia berada di atas riba tuannya. Aryan kata, Blackie memang macam itu. Walaupun dia tengah memandu, tapi kucing hitam itu masih mahu dekat dengannya. Paling jauh Backie pernah duduk adalah di tempat duduk pemandu.

"Saya nak usap dia boleh?"

"Tak sure. Sebab Blackie ni garang sikit. Dia tak suka kalau orang yang dia baru kenal pegang dia," jelas Aryan. Alia mengeluh. Baru nak rasa kelembutan bulu si comel itu.

Namun, penjelasan Aryan tadi seolah-olah tak pernah wujud. Alia dekatkan tangannya pada bulu Blackie secara perlahan-lahan. Matanya dipejam rapat untuk bersedia kalau dirinya diserang. Tadi bukan main berani sangat. Bila dah dekat, rasa takut mula menyerang dirinya.

Aryan yang perasan tolak tangan Alia sehingga tapak tangan mulus itu menyentuh bulu Blackie. Pada mulanya, Alia mahu tarik tangannya. Namun, apabila tiada reaksi daripada Blackie, dia hanya biarkan tangannya direhatkan di atas badan Blackie. 

"Huh, tak melawan, eh?" Aryan bersuara pelik. Alia pun buat muka pelik. Tadi Aryan kata yang Blackie tak suka apabila orang asing pegang badannya. Tapi sekarang, elok pula dia di situ.

"Mungkin, dia nak saya jadi mama dia kut." Suara Alia penuh dengan keterujaan. Tangannya makin meliar ke seluruh badan Blackie. 

"Mama? I don't think that she wants a mom," kata Aryan. Tangan Alia berhenti dari mengusap badan Blackie. Sampai Blackie pun pelik kerana tangan Alia berhenti dari mengusap bulunya. 

"Okey." Kedengaran suara Alia seakan-akan berjauh hati dengan Aryan. Tak tahulah Aryan faham dengan ayatnya atau buat-buat tak faham. Tapi kalau Aryan faham, dia betul-betul akan berjauh hati dengannya.

Blackie mula beralih arah. Daripada terus duduk di atas riba Aryan, dia melompat ke arah Alia. Dia masih mahukan belaian daripada Alia. Pada mulanya Alia terkejut. Namun, perasaan itu tidaklah lama apabila Blackie mula menggeselkan kepalanya pada Alia.

"Hei. Dah suka dekat Alia, eh?" Tangan kirinya mengusap leher Blackie manakala tangan kanannya masih dengan stereng keretanya. Blackie mula menikmati usapan daripada dua orang yang menunjukkan kasih sayang yang khas untuknya.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now