"Apa?! Abang Ar tu dah hilang akal, ke?"
Itulah reaksi dan jawapan Amiraa bila Amirul cerita tentang Aryan yang telah keluar dengan Elisya. Tipulah kalau mereka berdua tak tahu kisah silam Aryan yang pernah bercinta dengan Elisya. Dan bila mereka dapat tahu tentang perkara itu, mestilah mereka terkejut.
Eh, Elisya tu yang mula-mula menggedik tinggalkan Aryan dulu. Sekarang, apa motif Elisya datang jumpa Aryan? Nak sakitkan hati Aryan lagi?
"Entahlah. Tapi tadi, Abang Am memang nampak yang dia excited gila nak jumpa perempuan tu."
Kalaulah Aryan ada di hadapan mereka, dah lama bucu iPhone milik mereka berdua kena dahi Aryan. Tak cukup dua, tambah lagi satu bucu iPhone milik Alia pula. Kalau tak cukup lagi, mereka boleh curi telefon pintar Puan Melissa sekali.
"Aryan tu, dia tak boleh move on dengan Elisya tu. Sebab tu dia tak kisah pasal hati dia yang pernah sakit dulu."
Amiraa dan Amirul terus menoleh ke arah pintu. Kelihatan Puan Melissa yang masih berpakaian biasa ketika dia keluar berdiri di hadapan pintu bilik Amirul.
"Mama," gumam mereka berdua.
"Tell me. Macam mana diorang boleh jumpa balik?" Mood spy Puan Melissa bermula. Amiraa dan Amirul mula selesakan kedudukan mereka.
"Ouh, hm... kitaorang tak tahu. Tapi, rasanya mama boleh tanya Kak Alia." Walaupun mereka tahu yang Aryan sudah bersama dengan Elisya semula, namun mereka berdua tidak tahu cerita yang penuh.
"Tanya apa?" tanya Alia dari luar bilik. Dari tadi dia dengar mereka berborak tentang Aryan. Lagipun, tadi berdua, sekarang bertiga. Jadi, tak salah kalau dia sertai sekali.
Sekarang, cukuplah empat orang yang tengah mengorek rahsia tentang Aryan. Memandangkan orang yang tahu cerita penuh sudah sampai, jadi Amiraa sebagai wakil keluarga menarik Alia masuk.
"Pasal Abang Ar. Akak tahukan apa yang dah jadi sekarang ni?"
Alia angguk. Takkanlah dia tak tahu. Dia adalah saksi yang ada di situ ketika mereka berdua berjumpa. Selain dia, Blackie juga adalah salah seorang saksi. Tapi kalau boleh faham bahasa kucing, bolehlah soal siasat Blackie sekarang.
Alia mula bercerita tentang macam mana mereka berdua boleh jumpa. Mereka bertiga terus berikan perhatian yang penuh. Cerita tentang Aryan tak boleh dibiarkan begitu saja.
"Macam tu rupanya. Jadi, dia tengah keluar dengan Elisyalah?" Orang-orang yang masih muda hanya angguk. Puan Melissa mula faham.
"Akak, sekarang akak kena tolong kitaorang. Kalau akak nak tahu, perempuan tu pernah buat Abang Ar bencikan diri dia sendiri. Dan kitaorang tak nak Abang Ar sakit macam dulu. So, Miraa harap sangat yang akak boleh tolong kitaorang."
"Tolong apa?" Jangan yang pelik-pelik sudahlah.
"Tolong buat Abang Ar jatuh cinta dengan akak."
~~
Permintaan Amiraa tadi membuatkan Alia tak dapat tidur. Buat Aryan jatuh cinta dengan dia? Susah. Memang susah. Kalau waktu dia confess pada Aryan pun kena reject, inikan pula nak buat mamat beku tu jatuh cinta dengan dia.
Mindanya asyik membayangkan macam mana suasana ketika Aryan dan Elisya meluangkan masa bersama setelah lama terputus hubungan. Like, apa yang mereka buat dekat luar sana? Adakah mereka akan timbulkan masalah di luar sana?
Buat Aryan jatuh cinta. Hm, apa yang dia boleh buat eh? Dalam hal ini, dia perlu jauhkan Aryan daripada Elisya. Elisya, kenapalah kau kena muncul sekarang? Kenapa kau tak kekal dengan Aryan dulu? Kenapa kau kena muncul balik lepas aku datang dalam hidup Aryan? Itulah apa yang bermain di dalam minda Alia sekarang.
Tak apa Alia. Esok, kau kena fikirkan macam mana kau nak buat Aryan jatuh cinta dengan kau. Sekarang, tidur.
~~
Ah, pagi Ahad. Pagi di mana dia pelu memulakan misinya untuk membuat Aryan jatuh cinta dengannya. Tapi, sampai sekarang dia masih belum memikirkan apa yang dia boleh buat untuk misinya itu.
Kebetulan pula, dia terserempak dengan Aryan yang mahu naik ke atas. Dia kelihatan sedikit selekeh dengan t-shirt hitam dan seluar trek yang kelihatan basah. Mungkin disebabkan peluh dan berkemungkinan besar Aryan baru saja selesai berjoging.
Tapi, selekeh-selekeh Aryan pun, tetap nampak handsome.
"Alia, lepas aku mandi, aku nak keluar. Aku nak kau ikut," pesan Aryan sebelum naik ke atas. Alia terkebil-kebil apabila dia dapat arahan daripada Aryan. Sudahlah lepas cakap terus blah. Bagilah dia tangkap dulu, barulah naik.
Alia angkat bahu sebelum turun ke bawah. Sebelum bersiap dan keluar, perut mestilah diisikan terlebih dulu. Kalau tak, nak buat apa-apa pun tak ada mood.
Setengah jam kemudian, Aryan turun ke bawah dengan gayanya yang lebih segar dan kacak. Dengan t-shirt putih dan dipadankan dengan jeans denim, ianya kelihatan sempurna walaupun hanya berpakaian begitu. Nasib baiklah Aryan tidak memadankan aksesori wanita pada hari itu.
"Kau tak siap lagi, Alia?" tanya Aryan. Suaranya mula kedengaran sedikit tinggi.
Suapan roti bakar yang terakhir tidak jadi masuk ke dalam mulutnya. Ala, ingatkan Aryan bersiap lama. Sebab itulah dia makan lambat-lambat. Lagipun, tak bagus untuk perutnya kalau dia makan cepat-cepat.
"Aku bagi masa-"
"Ya, ya. 10 minit, dan kalau saya tak siap dalam tempoh tu, awak tinggalkan saya. I know." Alia bersuara seolah-olah sudah malas dengan Aryan. Kerjanya tahu nak cepat saja. Kalau dia yang lambat, tak apa pula.
"Dah tu? Cepatlah naik." Aryan mara ke sofa untuk pakai stokin. Sementara dia tunggu Alia, bolehlah dia layan Barbie dulu. Nak layan Blackie, dia tengah tidur.
Sembilan minit kemudian, Alia turun ke bawah dengan cepat. Takut dia terlebih guna masa yang diberikan. Nasib baik dia sempat mandi dan tukar bajunya.
"Siap pun. Dah, jom." Aryan simpan telefon ke dalam kocek seluar. Dia bangun dan ambil kunci keretanya.
"Kita-"
"Nak pergi mana? Ikut jelah, jangan banyak tanya."
Alia tersenyum dalam diam. Nampak seperti Aryan sudah masak dengan perangainya yang suka sangat nak tahu ke mana Aryan nak bawa dia. Baguslah. Dia dah tahu perangai Aryan, dan Aryan pun dah kenal perangainya.
Amiraa, Insya Allah permintaan Miraa boleh ditunaikan dengan sebaiknya.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...