part 25

5.6K 220 4
                                    

Alia pulang seorang diri ke rumah. Dengan bersusah payah uruskan kenderaan untuk dia pulang, akhirnya berjaya juga. Dan, ya. Dia hanya masuk kerja untuk separuh hari saja. Tak bolehlah buat kerja kalau tak ada Aryan. 

Rasa, entahlah. Rasa lain kalau Aryan tak ada.

Setelah salam diberi, pintu utrama rumah ditolak. Rasanya, dia ada dengar dua suara sedang bercakap. Tapi, memang ada dua orang ke di dalam rumah? Itu membuatkan rasa ingin tahunya makin membuak-buak. Sebab, awal-awal lagi Amiraa kata yang dia tak akan pulang ke rumah atas urusan kelas tambahan. Kalau lagi tiga orang itu, lagilah tak balik. Biasanya, lewat petang atau malam baru mereka pulang.

Tangga dipanjat dengan penuh rasa curiga. Makin lama, makin tebal rasa curiganya. Mana tahu, Aryan sedang berasrama dana bersama perempuan lain ke? Bukan nak buruk sangka, tapi overthinkingnya makin menyerang mindanya.

Sampai saja di hadapan bilik Aryan, ketawa dari dua suara mula memasuki rongga telingganya. Dengan cepat, tangan Alia menolak pintu bilik dengan kuat. Seperti yang dijangka, kedua-dua pemilik suara itu terkejut dengan kehadirannya.

"Hah, buat maksiat!" jerit Alia tanpa lihat siapakah manusia yang bergelak ketawa dengan Aryan tadi. Aryan dan perempuan yang berada di sebelahnya hanya pandang Alia untuk penjelasan.

"Apa benda kau ni? Takkan muka adik aku pun kau dah tak kenal?" tanya Aryan dengan suara serak. Oh, lupa nak cakap. Disebabkan tekak Aryan makin sakit, jadi suaranya makin serak. Jadi, bolehlah dengar suara Aryan versi garau kuasa dua.

Alia pandang muka perempuan yang sedari tadi merenungnya. Yalah, perempuan yang ada di sebelah Aryan adalah adik kepada lelaki itu sendiri. Amiraa. Kenapalah dia tak buat kaji selidik dulu sebelum menuduh? Kan dah dapat malu.

"Kak? Are you there?" tanya Amiraa setelah lama berdiam diri. Muka merah Alia dipandang pelik. Bukan apa, kenapa Alia boleh ada di sini? Bukan ke dia perlu ada di pejabat sekarang?

"Aaa? Ouh, sorry. Akak ingatkan Miraa dekat sekolah."

"Taklah. Memanglah Miraa kata Miraa ada kelas tambahan. Tapi, cikgu dah cancelled," jelas Amiraa. Dia terlupa nak maklumkan kepada ahli keluarganya yang dia akan pulang awal. Tadi pun dia minta kawannya hantar dia pulang. 

"Aku pun tak tahu yang dia balik awal. Dan aku pun tak tahu yang kau nak balik awal. Hah, kenapa kau balik awal?" Dah mula dah. Mood Aryan sebagai seorang bos sudah bermula. Alia telan liur. Kenapalah dia tak fikir dulu reaksi Aryan sebelum dia sampai.

"Saya... saya..." Dia sudah kehilangan kata. Lain kali, pastikan fikir dulu alasan sebelum menghadap bapak segala bad boy ni.

"Alah, akak risaukan Abang Ar, kan? Sebab tulah akak balik awal, kan?" Amiraa sengaja mahu usik Alia. Alia terdiam. Kadang-kadang kan, dia pun pelik dengan kelebihan yang Amiraa ada. Macam mana Amiraa boleh ada kebolehan untuk meneka apa yang ada di dalam hati seseorang, eh? 

"Kau risaukan aku?" Ah, parah. Aryan dah tanya. Kalau dia jujur, mana dia nak letak muka nanti? Macam mana kalau kerisauannya terhadap Aryan akan jadi satu bahan jenaka nanti. Oh tidak, dia tak boleh bayang jika semua perkara itu akan berlaku.

"Eh, taklah. Mana ada saya risaukan awak."

"Oh, really? Jadi, kenapa kau balik awal? Ponteng kerja?" Wahai Aryan Wong, kau memang banyak mulut walaupun tengah sakit. Boleh tak untuk sesaat, kau diamkan mulut kau tu.

"Emm... Kalau ya?"

Tiba-tiba, Aryan bangkit dari baring. Pantang betul kalau ada pekerjanya ponteng kerja atas sebab yang tak munasabah. Dan sekarang, Alia berani lakukan kesalahan itu. Dan ianya adalah satu kesalahan yang berat baginya.

"Kau ingat, AR Company tu kau punya ke sampai berani nak ponteng bagai? Lain kali, kalau nak ponteng, buat syarikat sendiri. Barulah orang tak kisah kalau kau ponteng. Sekarang, aku tak nak jumpa kau. Pergi balik pejabat sebelum aku pecat kau."

Pecat? Oh, tidak! 

"Tapi-"

"Pergi!" gertak Aryan kuat. Dengan suaranya yang sudah sedia serak, rasanya nanti dia betul-betul tak ada suara.

Serentak dengan gertakan Aryan, air mata Alia mengalir. Namun, Alia sempat mengelap air matanya. Selamat lagilah daripada pengetahuan dua beradik itu.

Dia balik pun sebab Aryan. Sekarang, dia kena paksa balik ke pejabat semula. Mungkin salahnya juga sebab tak berterus terang dengan Aryan.

Dengan hati yang sedikit retak, Alia ikut apa yang Aryan suruh. Dia yang nak Alia balik ke pejabat, dia balik. Alia keluarkan telefon untuk menempah teksi untuk kali yang kedua. Nasib kaulah Alia.

~~

10 malam. Dan Alia masih belum pulang ke rumah. Itu membuatkan semua orang di dalam rumah risau padanya. Kadang-kadang, ada yang lihat pintu utama kalau-kalau Alia dah sampai rumah.

Namun, pintu itu masih tertutup rapat. Bermakna, tak ada sesiapa pun yang keluar dan masuk melalui pintu.

"Korang tahu tak mana Alia pergi?" tanya Puan Melissa. Memang dari tadi, dialah orang yang paling risau di antara semua. Sebab Alia memang tak pernah balik lambat. Lagipun, sekarang sudah pukul 10.

Amirul dan Amiraa geleng kepala. Mereka langsung tak tahu kemanakah Alia pergi pada waktu-waktu macam ini. Tuan Ilyas pun tak ada di rumah sekarang. Dia perlu pergi ke Sabah untuk uruskan masalah syarikat di sana.

Aryan pula langsung tidak berikan balasan. Disebabkan dia telah menjerit pada Alia, kini suaranya telah hilang. Kalau dia bercakap, memang orang yang berdekatan takkan dengar dia bercakap. Sebab perlahan sangat, dan serak.

"Sekarang, aku tak nak jumpa kau. Pergi balik pejabat sebelum aku pecat kau."

Tiba-tiba, ayat yang dia lontarkan pada Alia bermain dimindanya. Terus dia bangun dari sofa dan keluar dari rumah. Dia rasa di tahu di mana Alia berada.

Fast forward; AR Company

Apabila dia sampai, semua lampu telah dimatikan. Kad akses miliknya digunakan sebagai kunci dan ya. Dia dapat masuk. Tanpa menunggu lama, dia pergi ke tingkat atas di mana pejabatnya berada di tingkat itu.

Dan apa yang dia fikirkan betul-betul menjadi kenyataan. Di hadapan biliknya, meja kerja Alia saja yang masih ada cahaya. Bermakna, Alia mungkin tertidur semasa menyiapkan kerjanya.

Disebabkan dia tak boleh gunakan suaranya, dia hanya kejut Alia dengan menepuk bahunya. Kalau dia boleh gunakan suaranya, dah lama dia menjerit di tepi telinga Alia.

Namun, Alia langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Nampaknya, dia ada dua pilihan. Dukung Alia dan pulang ke rumah atau tidur saja di pejabat.

Tiba-tiba, bunyi guruh berdentum hebat. Namun ianya masih tak cukup untuk menyedarkan lena Alia. Haih, tidur matilah tu.

Dan, hujan mula turun membasahi bumi. Nampaknya, Aryan memang kena gunakan pilihan yang kedua. Tidur di pejabat, bersama dengan Alia.

Disebabkan dia tak nak tidur di sofa pejabatnya, dia ambil kerusi kerjanya dan letak di hadapan Alia. Dia duduk dan lentokkan kepalanya di atas meja. Sebelum dia lena, dia tenung Alia yang masih tidur dengan tenang.

Lama-lama, matanya pun terpejam rapat. Dan seterusnya, dia mula menikmati mimpi yang indah.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now