part 23

5.1K 217 0
                                    

Rahang Alia terjatuh, maka mulutnya ternganga besar. Manakala Aryan hanya tersenyum manis. Sepanjang mereka berkenalan, tak pernah lagi dia lihat Aryan senyum selebar itu. Selalunya, Aryan akan senyum nipis. Itupun tak selalu.

Dan sekarang, mereka berada di hadapan roda ferris. Ini semua sebab Aryan yang ajak. Nak tunggu Alia ajak? Ah, tak payahlah.

Sebab, Alia gayat. Dia tak sukakan ketinggian. Dan Aryan pula sukakan roda ferris.

"Awak... ki... kita nak naik tu?" Aryan angguk. Bibirnya masih lagi tersenyum.

Namun, Alia geleng laju. Dia tak nak naik! Dia takut, dia gayat. Ini mesti Aryan nak balas dendam.

"Oh, come on. It will gonna be fun!" Fun kejadah kau. Kalau kau, memang fun.

"No, no, no. I don't want ferris wheel. Saya tunggu dalam keretalah."

"Oh, no. Tak bestlah kalau naik sorang-sorang. Jomlah Alia. Tadi kau paksa aku masuk rumah hantu tu boleh pula."

Alia gigit isi dalam pipinya. Bukam dia tak nak, tapi dia gayat. Kalau dia pengsan dekat atas tu, macam mana? Dan macam mana kalau dia mati waktu roda tu berpusing? Dia tak puas hidup lagi dan kalau boleh tak naklah mati awal.

"Ouh, kau gayat eh?" teka Aryan. Bibirnya mula tersenyum nakal. Tadi kau dah paksa aku, sekarang aku nak paksa kau pula. Biar kau merayu dekat aku sebab nak turun!

"T... tak. Saya tak gayat," nafi Alia. Namun, anak matanya tidak memandang Aryan. Aryan tenung mata Alia yang memandang tempat lain. Nampak sangat menipu, wahai Alia Wafia.

"Kalau macam tu, jom ikut aku." Tangan Alia ditarik ke arah roda ferris. Puas tangan Alia yang lagi sebelah memukul lengan Aryan, namun pegangan Aryan amat utuh.

Setelah selesai dengan pembayaran, mereka berdua duduk seperti yang disuruh. Sementara menunggu orang lain, Aryan ajak Alia untuk lihat pemandangan dari tempat mereka berada.

Lama-lama, mereka makin ke atas. Memandangkan Alia duduk di sebelah Aryan, jadi senanglah dia berpaut pada apa-apa benda yang ada pada Aryan. Lengan, jaket, malah subang Aryan pun dia gunakan sebagai pemegang.

Jangan nanti cuping telinga Aryan memanjang ke bawahlah nanti. Tak pasal-pasal sebelah normal sebelah lagi menggelebeh.

"Relaks. Cuba tengok pemandangan dari sini."

"Awak suruh tengok bawah ke, atas ke, saya tetap tak nak tengok." Matanya masih terpejam. Tak nak tengok buka mata walaupun Aryan suruh dia tengok muka tampannya.

"Alia..." bisik Aryan dekat dengan telinga Alia. Kepalanya berpusing menghadap Aryan di sebelah. Perlahan-lahan Alia buka matanya. Benda pertama yang dia nampak bukanlah Aryan. Tapi, pautan pada lengan sasa Aryan.

Cepat-cepat Alia lepaskan pegangannya. Namun tak lama lepas itu, dia peluk semula lengan Aryan. Keadaan sekarang yang bergoyang membuatkan Alia takut. Kalau terjatuh akibat goyangan tadi, macam mana?

"Aa... Aryan. Kenapa dia tak bergerak?" Cemas punya pasal, dia tak sedar yang dia gunakan nama Aryan sebagai panggilan. Aryan jeling ke bawah. Dia pun tak tahu kenapa roda ferris itu berhenti bergerak.

"Perhatian kepada semua pengunjung. Sistem roda ferris ini tergendala buat seketika. Sila ikut arahan yang diberi dari semasa ke semasa. Buat masa sekarang, tolong kekal berada di tempat anda berada. Kerjasama anda amatlah kami hargai. Terima kasih."

Itu dia. Penjaga roda ferris telah buat pengumuman. Kalau tadi Alia hanya memeluk lengan Aryan, kini dia memeluk tubuh Aryan pula. Aryan hanya redha dirinya menjadi teddy bear buat seketika.

"Saya dah kata saya tak nak naik. Tapi awak paksa!"

Aryan hanya buat derk dengan Alia. Aduh, dia pun tak menengking tadi. Yang Alia ni, nak tengking dia dah kenapa?

"Janganlah jerit-jerit macam tu. Lagipun, adillah kalau aku paksa kau. Kau pun paksa aku tadi." Betullah. Dua-dua kena paksa buat benda yang mereka tak suka. Jadi, fair and square.

"Dah-dah, gaduh pun takkan buatkan roda ferris ni bergerak. Kita relaks dulu, okey?"

"Tapi... saya takut."

"Aku kan ada. Here, main rambut aku." Tangan Alia beralih ke rambut ash blonde Aryan. Alia sempat tarik tangannya sebelum selamat mendarat di atas rambutnya.

"Function?"

"Well, Miraa akan rasa tenang kalau dia main rambut aku. So, aku rasa baik kau cuba." Tangan Alia ditarik lagi. Kali ini Alia hanya biarkan. Dirinya leka mengelus rambut Aryan, dan ianya mampu membuatkan dirinya tenang. Kelembutan rambut Aryan membuatkan sesiapa saja yang sentuh mampu membuatkan hati mereka tertarik walaupun hanya pada rambutnya.

Aryan lentokkan kepalanya pada bahu Alia. Alia tukar tangan untuk terus elus rambut jejaka di sebelahnya.

Tiba-tiba, setitis air terkena muka Aryan. Pantas dia pandang ke atas. Kemudian dia pandang Alia semula.

"Hujan." Pantas Aryan tanggalkan jaketnya. Kini hanya tinggal sehelai t-shirt hitam yang masih melekap pada badannya. Jaket tadi diletakkan di atas kepala Alia.

"Eh, coverlah kepala awak."

"Tak apa. Aku kebal hujan. Aku takut esok kau demam pula." Dia kemaskan kedudukan jaketnya. Sementara Aryan tengah sibuk, Alia tenung muka Aryan yang sedikit basah akibat hujan.

Hatinya mula tersentuh dengan Aryan. Sebenarnya, hatinya mula berpaut padanya sejak mereka berdua mula rapat. Walaupun pada mulanya Aryan jelas-jelas tak sukakan dia, namun bukan lagi pada waktu sekarang.

Dan walaupun Aryan tidak pernah mengatakan ayat-ayat cinta, namun perbuatannya mampu membuatkan hatinya cair. Kalaulah Aryan boleh nampak, rasanya hatinya akan dijadikan bahan jenaka. Yalah, hati pun boleh cair.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now