part 56

5.5K 202 5
                                    

Niat untuk keluar sebab nak minum air. Maklumlah, dia tak tidur lagi. Padahal sekarang sudah pukul satu pagi. Tapi, lain pula yang dia nampak di hadapan bilik Alia.

Ada satu kelibat yang tengah sibuk usya bilik orang perempuan. Mulanya, dia ingat hantu yang tengah usya Alia. Tapi bila dia dengar hembusan nafas, dia terfikir sesuatu.

Hantu boleh bernafas ke? Tak, kan?

Aryan pasang lampu suluh dari telefonnya dan suluhkan ke arah manusia itu. Dia terkejut apabila dia lihat muka manusia yang mengendap Alia.

"Kau?" jerkah Aryan. Amirul mengeluh sebelum berdiri menghadap Aryan.

"Kau ni, kenapa kena ada waktu aku intai Alia?" Dia mula tak puas hati. Bila dia nak dekat dengan Alia, Aryan mesti ada. Bila dia keseorangan, tak nak pula muncul.

"Oh, jadi kau mengakulah yang kau intai Alia? Apa motif kau sebenarnya? Ke, kau cintakan dia sebab nafsu?" tebak Aryan. Tahap kemarahannya tak boleh dibendung lagi.

"Kau tak payah sibuklah!"

"Eh, kenalah sibuk. Kalau dah sampai intai anak dara orang, takkan nak diam lagi?" Aryan tergelak dalam hati. Tak terfikir pula nak cakap macam itu. Lagi-lagi bila dia nampak riak muka Amirul berubah marah.

"Kau dulu pun samalah. Tak payah nak acah alim sangat."

"Jangan tutup salah sendiri dengan ungkit salah orang. Sekarang, kau masuk bilik kau sebelum aku buat kecoh malam-malam buta macam ni."

Tanpa menunggu lama, Amirul terus menghilangkan diri. Aryan tak toleh belakang langsung. Eleh, takutlah tu.

"Kenapa Alia tak tutup pintu?" Pintu bilik Alia ditilik. Mana tahu kalau tombol pintu rosak atau tak boleh kunci. Ini tak boleh jadi. Kalau dia masuk tidur tanpa pedulikan pintu bilik Alia, tak mustahil Amirul akan datang semula.

Disebabkan tak nak ganggu Alia, dia tolong Alia tutup pintu. Tiba-tiba, dia terdengar jeritan dari dalam.

"Jangan tutup pintu!" Aryan kaget. Terus tak jadi nak tutup pintu.

Pintu ditarik dari dalam. Aryan cuba untuk lihat ke dalam, namun dia tak nampak walau satu pun manusia di situ.

Ah, sudah. Dia berinteraksi dengan hantu ke?

"Saya... takut gelap," jujur Alia dari belakang pintu. Dia tak sempat untuk capai mana-mana tudung, jadi dia hanya menyorok di belakang pintu.

"Kan ada table light tu. Kenapa tak pasang?"

"Tak tahu nak pasang. Biasanya saya guna lampu dekat phone tu. Tapi, phone saya dah habis bateri."

Aryan tepuk dahi. Haih, manusia macam inipun ada ke?

"Macam ni. Kau masuk toilet dulu, tapi jangan keluar selagi aku tak suruh. Aku nak tolong kau pasang lampu tu," arah Aryan. Dia agak yang Alia tidak memakai tudung sekarang. Kalau tak, kenapa Alia masih nak menyorok, kan?

"Takut..." Nak pasang lampu bilik pun kena berjalan di sebalik pintu. Kalau Aryan nampak aurat dia, macam mana? Lagi satu, dia tak berani walaupun suis lampu hanya seberang pintu saja.

"Haih..." Susah betul nak berurusan dengan Alia si penakut gelap. Tapi, sekurang-kurangnya dia dah tahu satu kelemahan Alia. Apa-apa pun, dia berikan Alia telefonnya yang masih dipasang lampu suluh.

"Dah!" Aryan terkejut. Aik? Sekejapnya.

Dia masuk ke dalam bilik Alia dan pasang lampu siling. Dia pergi ke arah meja tepi katil dan pasang lampu meja. Setelah itu, dia keluar dari bilik Alia dan tutup pintu.

"Alia, mana phone kau?" tanya Aryan dari luar. Tahulah Alia bahawa Aryan sudah selamat berada di luar. Tanpa menunggu lama, Alia keluar dari tandas dan cuba untuk cari tudungnya.

"Nah- eh?" Mana Aryan? Kata nak telefon dia. Lepas tu, takkanlah dia nak pegang telefon milik jejaka itu?

"Baa!" Aryan sergah dari tepi. Dan dia tak tahu, perbuatannya mengundang pukulan daripada Alia. Tapi, pukul pakai telefon saja.

"Aduh! Eee, sorrylah. Nah." Kabel pengecas diberikan kepada Alia. Alia pandang Aryan pelik.

"Kau guna ni, cas phone kau. Tak payah pulangkan, ni memang charger kau." Alia ambil kabel pengecas yang Aryan berikan. Dia pun terlupa tentang kabel itu apabila Aryan berikan telefon pintar itu padanya sebelum ini.

Selama ini, dia hanya cas guna kabel pengecas milik Aimi saja. Sebab itulah dia tak terfikir untuk minta pada Aryan.

"Thanks."

"Dah, tidur. Esok nak kerja, kan?"

~~

"Semalam kau buat apa dekat Alia?" tanya Amirul di hadapan keluarga mereka. Aryan pandang Amirul dengan penuh tanda tanya. Siapa yang buat salah semalam? Dan kenapa si pelaku seolah-olah mahu salahkan dirinya?

"Buat apa? Aku tolong dia pasang lampu tidur je." Apabila Aryan jawab, dia pandang wajah masing-masing secara sekilas. Takut mereka termakan hasutan Amirul saja. Kalau ya, susahlah dia nak bersihkan namanya nanti.

"Oh, really? Bukan kau mengendap dia malam tadi?" 

Aryan membeliakkan matanya. Apa? Jadi, Amirul nak letakkan salahnya pada dirinya pula? Ini dah melampaui batas!

"Kau nak tuduh aku? Fine, tuduhlah sepuas hati kau. Tapi, orang lain tak tahu cerita sebenar. Kita tanya Alia sendiri." Nak kenakan dia, kan? Tak apa, kita tanya Alia sendiri.

Kini semua orang memandang Alia dengan harapan untuk dapatkan jawapan yang sebenar. Alia mula rasa tak selesa. Kenapalah Aryan selitkan namanya dalam masalah mereka?

"Alia, saya atau Aryan yang intai awak semalam?" Amirul mulakan bicara. Alia diam. Dia tak tahu nak respon apa sekarang ini. Memanglah soalan Amirul kedengaran senang, tapi dia takut jawapannya nanti akan sakitkan hati sebelah pihak.

"Cepatlah! Siapa yang intai awak semalam? Saya atau Aryan?" Amirul mula hilang sabar. Semua orang terkejut dengan perubahan emosi Amirul. Amirul jarang naikkan suara pada orang, sebab itu mereka terkejut. Apatah lagi bila Amirul tinggikan suara pada perempuan.

"Aa... Aryan," jawab Alia perlahan. Semua terkejut, termasuklah Aryan. Amirul pula hanya buat reaksi biasa. Kononnya dia tak buat perkara terkutuk itu.

"Apa? Aku tak buatlah! Ma, I didn't do that!" Aryan pun mula hilang sabar sampai dia bertindak untuk berdiri. Yalah, dia tak buat pun. Tapi, dia pula yang dipersalahkan sedangkan Alia sendiri tahu yang dia berada di situ bukan sebab nak mengintai.

"Yes, you did. Alia sendiri cakap yang kau intai dia semalam. Apa lagi yang aku boleh kata?"

"No. Alia, please. Jujur dengan diorang. Aku tak buat semua tu. Kau pun tahu kenapa aku ada dekat bilik kau malam tadi, kan?" Alia jeling Aryan dari hujung mata. Dia nampak dengan jelas betapa kecewanya muka Aryan sekarang ini. Tapi, ada sebab kenapa dia sebut nama Aryan dan bukan Amirul.

"Tak, memang awak yang intai saya semalam."

"Kalau betul aku buat, kenapa aku suruh kau duduk dalam toilet masa aku pasang lampu tidur tu? Kalau betul aku nak intai kau, aku masuk je bilik kau. Aku takkan suruh kau nyorok dalam toilet." 

Alia geleng perlahan. Aryan terududuk hampa. Dari hujung mata, dia dapat lihat senyuman sinis yang terbit dari bibir Amirul. Sah, Amirul gelakkan dia di dalam hati disebabkan tak ada sesiapa lagi yang percaya akan dirinya. 

"Fine. Kalau kau rasa aku yang salah dalam hal ni, teruskanlah tanggapan kau. Aku tak boleh nak ubah fikiran kau. Tapi, satu je aku nak cakap. Lepas ni, jangan datang sini lagi. Aku pecat kau untuk kali yang ketiga, dan aku takkan ubah keputusan aku. Aku akan undur diri dalam hidup kau. Last, semoga kau bahagia dengan pilihan kau. Good bye, qīn ài de." Aryan tersenyum dalam perit. Dia bangun dari duduk dan capai kunci kereta yang berada di atas meja di sebelah pintu. 

Alia tergamam. Yang lain pula terkedu. Aryan... nak undur diri?

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now