part 12

5.4K 214 1
                                    

Alia tersedar apabila mendengar bunyi pintu dibuka. Seperti yang anda sangkakan, memang Alia tertidur di ruang tamu semata-mata mahu menunggu Aryan balik. Yang lain semua sudah masuk tidur.

Dia betulkan tudungnya yang sudah senget-benget. Mahu nampak kemas dimata Aryan. Kebetulan pula, dia ternampak Aryan dalam keadaan yang lemah. Kan tengah mabuk, lepas itu kena tumbuk pula.

"Ar- awak. Awak okey tak?" Dia hampir tersasul memanggil Aryan dengan namanya. Bukan apa, dia takut Aryan tak suka saja. Sebab baru tadi Amiraa membongkarkan umur Aryan padanya. Dan umur Aryan memang lebih tua daripadanya.

Aryan terus duduk di atas sofa, bersebelahan dengan Alia. Tanpa amaran, Aryan terus melentokkan kepalanya di atas bahu Alia. Alia yang terperanjat mahu tolak kepala Aryan. Namun, tangannya seolah-olah tak boleh bergerak.

"Kenapa dia buat aku macam ni? Aku tahu aku jahat, tapi kenapa dia kena tipu aku?" Aryan bersuara perlahan seolah-olah mengadu pada Alia. Alia masih lagi diam.

Tanpa Alia sedar, tangan Aryan mula bergerak ke pinggangnya. Memang dia tak rasa, sebab dia masih lagi bingung dengan apa yang telah terjadi. Dan, kenapa Aryan tiba-tiba baik dengannya? Tengah hari tadi bukan main marah padanya.

Tak, Aryan bukan mahu buat sesuatu yang buruk pada Alia. Dia cuma mahu peluk Alia. Ya, memanglah itu adalah satu kesalahan. Sebab dia peluk perempuan yang bukan ada ikatan dengannya. Tapi, dia perlukan seseorang sekarang.

Kesan mabuknya makin berkurang. Bermakna, dia sedar dengan siapa dia tengah peluk sekarang ini. Tapi dia tak kisah. Dia lebih rela peluk Alia daripada masuk dalam bilik Amirul dan peluk abangnya.

Tak adalah. Nanti mesti Amirul pelik kenapa dia nak peluk pula kan?

"Aw... awak?" Sekarang barulah dia dapat rasa tangan Aryan dipinggangnya. Bila Aryan mula sedar yang Alia sudah dapat rasa tangannya, dia peluk Alia pula. Ketat, erat. Sampai Alia sendiri pun terkejut kuasa dua.

"Kejap, bagi aku tenang dulu. Boleh?" gumam Aryan. Alia hanya mampu angguk. Tak kisahlah Aryan nampak atau tidak, sebab dia pun tak boleh keluarkan suaranya.

"Peluk aku." Arahan telah dikeluarkan walaupun hatinya masih lagi berada dalam fasa kacau. Perlahan-lahan tangan Alia bergerak untuk memeluk Aryan. Bukan dengan hati yang rela, tapi sebab Aryan yang minta.

Kini mereka berpelukkan seperti mereka sudah halal. Dalam hati, Alia sudah beristighfar banyak kali. Dia tahu itu adalah salah, tapi dia sendiri pun tak tahu kenapa dirinya seolah-olah lemah untuk halang Aryan.

Lama-lama, Aryan makin selesa di dalam pelukan Alia. Hatinya boleh dikatakan tenang daripada tadi. Tanpa Alia sedar, dia tersenyum. Dia senyum. Aryan senyum weh!

Mulalah dia berfikir. Adakah, ianya cinta? Tapi, terlalu awal untuk mengesahkan perasaan itu. Entahlah. Sebab dia pun tak pernah rasa perasaan yang begini.

"Awak? Dah ke belum?" tanya Alia setelah 10 minit mereka berada di dalam posisi begini. Dia masih terasa ngantuk, dan dia mahu sambung tidur. Tapi, Aryan ni tak reti nak masuk tidur ke?

Aryan tak jawab, malah dia masih berdiam diri. Sampailah Alia sendiri yang leraikan pelukan mereka. Namun, Aryan tak mampu untuk stabilkan dirinya setelah Alia tolak dia. Matanya juga tertutup rapat.

"Lah, dah tidur ke? Penat je aku tunggu," gumam Alia perlahan. Dia terpandang kusyen kecil yang menjadi alas kepalanya tadi. Perlahan-lahan dia berdiri dan tolak Aryan sehingga lelaki itu baring secara mengiring. Kusyen tadi digunakan untuk mengalas kepala Aryan.

Sebelum masuk ke bilik, Alia sempat merenung muka Aryan versi tengah tidur. Tenang, sangat tenang. Dia perasan juga. Muka Aryan semasa pulang tadi amat berbeza dengan sekarang. Mungkin, segala kekusutan itu telah hilang.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now