Pin tudung yang terakhir dipasang sebelum Alia kemaskan tudungnya. Setelah puas hati dengan penampilannya, dia keluar dari bilik.
Sengaja dia menoleh ke sebelah untuk memastikan tuan punya bilik sudah bangun. Namun, pintu bilik Aryan masih lagi tertutup rapat. Kalau tengah bersiap, Aryan biasanya akan biarkan pintu biliknya terbuka sedikit. Bila pintu masuh tertutup, itu membuatkan dia pelik.
Sebab Aryan tak pernah bangun lewat pada hari kerja.
Alia melangkah perlahan ke hadapan bilik Aryan. Pintu biliknya diketuk tiga kali. Namun, tiada sahutan mahupun suara Aryan yang menyuruhnya pergi.
"Awak buat apa tu?" tegur Amirul.
Bahu Alia terhinjut. Suara Amirul betul-betul dekat dengan telinganya. Sebab itu dia terkejut tahap gaban.
"Aryan tak bangun lagi ke?"
Kening kanan Amirul terangkat. Aryan tak bangun lagi? Huh, pelik.
"Awak turun dulu. Biar saya check." Amirul terus masuk tanpa biar Alia turun dulu. Apabila dia masuk, dia nampak sekujur tubuh yang masih lagi tidur. Badannya juga berbungkus dengan comforter.
"Aryan, bangun. Dah pukul 7.30 pun kau tak bangun lagi?" Bahu Aryan ditepuk sedikit kuat. Namun Aryan masih lagi lena. Itu membuatkan Amirul bengang. Dia pun dah lambat nak pergi kerja, Aryan pula buat hal dengan tak bangun tidur.
"Aryan Wong, kau jangan sampai aku simbah kau dengan air. Baik kau bangun sebelum-"
Tangannya yang tadinya galak menepuk pipi Aryan terhenti apabila dia menyedari sesuatu. Untuk memastikan yang dirinya betul, dia lekapkan kekura tangannya pada leher Aryan.
"Kau demam ke?" tanya Amirul perlahan. Bila ditanya begitu, barulah Aryan sedar dari lena. Bertuah punya adik. Kalau kejut pakai jeritan, memang tak boleh bangun. Kena pakai suara lembut dulu baru boleh sedar.
"Kau nak apa?" tanya Aryan dengan suara serak. Mukanya ditutup dengan bantal.
"Kau demam. Lagi satu, Alia cari kau." Itu sajalah sebab kenapa dia masuk ke dalam bilik Aryan.
Aryan alihkan bantal dari mukanya. Apabila nama Alia meluncur dari bibir Amirul, terus dia rasa sesuatu. Tapi, dia sendiri pun tak tahu apakah rahsia di sebalik rasa itu.
"Cakap dekat dia, aku tak masuk office. Dah, keluar." Tubuh Amirul ditolak sekuat hati. Walaupun dia tak larat, tapi dia mssih ada tenaga untuk mengusir abangnya keluar. Amirul bangun dan pergi ke sliding door.
"Argh, shit. Kau buat apa?"
"Apa? Nak bagi cahaya masuklah," jawab Amirul senang. Langsir ditarik lagi supaya lebih banyak cahaya yang boleh masuk. Bantal masih menjadi penghalang cahaya memancar iris matanya.
"Bangun mandi. Lepas tu makan ubat." Itu pesanan Amirul yang terakhir sebelum dia pergi kerja. Aryan angguk sebelum sambung tidur. Comforter ditarik sehingga menutupi keseluruhan tubuhnya yang tidak berbaju.
~~
"Aryan kata dia tak masuk office. Awak pergi kerja dengan saya jelah."
Alia angguk. Kalau dia tolak pun, dengan siapa lagi dia nak tumpang. Dia pun tak pandai lagi order teksi.
"Miraa! Cepatlah sikit!" laung Amirul. Namun, bayangan Amiraa langsung tak muncul.
"Dia dah pergi dengan mamalah."
"Really? Okey, jom." Kunci kereta sempat dicapai sebelum keluar. Mazda CX-5 milik Amirul dihidupkan enjinnya sebelum mereka pergi. Semasa perjalanan, Alia hanya senyap tanpa bicara. Amirul pun sama, senyap memanjang. Malah dia sendiri pun tak ada modal untuk bercakap.
"Aryan okey ke? Dia tak apa-apa, kan?" tanya Alia. Yalah, mana dia tak risau. Semalam Aryan baik-baik saja. Tapi hari ini, dia mula buat hal dengan bangun lewat.
"Ouh, dia demam," jawabnya pendek. Serentak, mata Alia membulat besar. Kalau Amirul kata Aryan demam, maksudnya...
Aryan demam sebab kena hujan semalam!
Hati Alia mula diserang rasa bersalah. Mana tidaknya, kalau Aryan gunakan jaketnya untuk lindung kepalanya, mesti Aryan takkan jatuh sakit. Mesti dia akan pergi pejabat dengan Aryan sekarang. Mesti Aryan takkan duduk di rumah sekarang.
"Awak, Aryan demam sebab saya. Sebab sayalah dia tak cover kepala dia waktu hujan semalam. Semua salah saya."
Amirul mula menayang riak kesian. Walaupun dia agak cemburu sebab mereka berdua keluar semalam, tapi dia mula faham kenapa Aryan diserang demam pada pagi ini. Dengan penjelasan Alia, sudah tentu dia faham satu benda. Aryan telah gunakan jaket yang dia pakai semalam untuk lindungi Alia daripada hujan.
"Saya rasa dia takkan marah awak atas sebab jadi punca dia demam. Don't worry, saya kenal adik saya. Walaupun dia baran, tapi dia takkan marah orang sesuka hati." Kata-kata Amirul menjadi penyelamat daripada hati Alia terus risau. Alia cuba untuk menerima kata-kata Amirul. Harapnya, betullah apa yang Amirul cakapkan.
Sementara itu, Aryan di rumah sudah turun ke dapur. Penampilannya yang agak ringkas dengan hoodie dan dipadankan dengan seluar pendek. Alah, dah dia seorang saja yang berada di rumah. Kalau nak bogel pun boleh. Tapi, bila memikirkan tentang dirinya yang memerlukan haba, dia batalkan niatnya.
Susu rendah lemak diambil dari peti ais dan tuangkan ke dalam cawan. Disebabkan dia malas, dia hanya minum tanpa memanaskan susu itu terlebih dulu. Susu yang sejuk lebih sedap daripada susu yang suam. Walaupun tekaknya tengah sakit, tapi apa dia kisah.
Telefon yang menjadi peneman sejak tadi dinyalakan skrinnya. Dia mahu lihat apa yang ada di dalamnya. Walaupun dia tahu dia akan lihat benda yang sama, namun dia tetap nak tengok. Biarlah, telefon dia. Bukannya telefon Alia.
Huh, bercakap tentang Alia, dia tak jumpa Alia lagi untuk hari ini. Mesti Alia risaukan dia, kan? Yalah, dia kan dah jatuh sakit. Manalah tahu kan, Alia tengah risaukan dia sambil buat kerja di pejabat.
Halah, halah. Berangan pula Aryan ni. Cuba cakap depan-depan yang kau nak Alia risaukan kau.
Seperti biasa, cawan dibasuh selepas guna dan simpan di tempat asalnya. Tak lupa guna, dia ambil ubat dan telannya. Kalau dia tak buat apa yang Amirul suruh, mesti dia akan dengar bebelan yang panjang dari abangnya. Dia yakin yang andaiannya tidak salah.
"Ah, bosannya! Apa nak buat ni?" Aryan bercakap seorang diri.
"Hah, game!" Terus dia keluarkan phone dan apa lagi? Barbie!
![](https://img.wattpad.com/cover/310402499-288-k337919.jpg)
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...