part 47

6.1K 219 12
                                    

Alia berjalan di hadapan sawah padi yang ada di kampungnya. Atas nasihat Puan Yuna untuk kembalikan memorinya, dia setuju untuk pusing-pusing sekitar kampung. Itupun tadi Puan Yuna ada suruh Aimi temankan tapi dia tolak atas sebab tak nak kacau Aimi dengan pelajarannya.

Udara segar petang dihirup dengan rasa teruja. Dengan pokok yang menghijau, itu sudah cukup membuatkan hatinya rasa teruja. Semua orang kampung yang dia jumpa ditegur dengan riang. Walaupun dia sedar akan reaksi orang kampung yang nampak terkejut dengan kehadirannya, tapi dia hanya abaikan. 

Apabila dia sudah mengambil tempat di pondok di hadapan sawah padi, dia mengambil peluang untuk menikmati pemandangan yang subur menghijau. Ada juga beberapa orang budak yang seronok bermain di tali air bersama dengan layang-layang dan kawan-kawan mereka. 

Rasa nak join pula. Tapi dia sedar yang dia sudah menginjak 20-an. Nanti orang kata dia ni budak yang menjelma jadi wanita dewasa pula.

"Hai, boleh saya duduk?" tanya seseorang. Alia kerling ke arah manusia yang meminta izin padanya untuk duduk di sebelahnya.

"Alia?" tanya Amirul dengan suara yang lantang. Mukanya menunjukkan bahawa dirinya amat terkejut dengan apa yang dia tengah pandang sekarang. 

Alia juga menunjukkan reaksi pelik. Dia rasa dia tak pernah jumpa dengan Amirul. Tapi macam mana Amirul boleh mengenali dirinya? Namun, dia terpaksa neutralkan mukanya apabila Amirul ambil tempat di sebelahnya.

"Kenapa awak tak contact kitaorang? Mana awak pergi selama ni?" Amirul masih terkejut dengan apa yang dia nampak sekarang. Macam dalam mimpi. Dan dia masih tak percaya yang kampung dia datang pada pagi tadi atas urusan kerja ialah kampung Alia. Kampung di mana Alia membesar selama ini.

"Awak siapa?"

Kalau tadi Amirul terkejut, sekarang dia rasa nak pengsan. Baru beberapa hari Alia pergi, takkanlah dah lupa pada dia kut?

"Saya Amirul, takkanlah awak dah lupa? Alia, takkanlah sebab awak tak nak susahkan kami, awak dah tak nak ingat kitaorang lagi?" Nada suara Amirul naik satu oktaf. Bukan nak marah, tapi dia tak puas hati. Kenapa Alia boleh lupa dia?

Oh, lupa. Alia kan hanya suka pada Aryan. Alia mana pernah nampak yang ada orang yang tengah menaruh perasaan padanya.

"Maaf, tapi saya memang tak kenal awak. Rasanya awak cari Alia anak mak cik kampung sebelah kut." Alia sudah berdiri untuk pulang ke rumah. Dia mula rasa tak selesa dengan Amirul. Kalau Amirul setakat nak nerkenalan, bolehlah dia tahan lagi rasa tak selesanya. Tapi kalau Amirul mula untuk 'buka kisah lama', dia tak boleh berada di situ lagi.

"Saya tak nak jumpa dengan Alia yang lain. Saya nak jumpa dengan awak, Alia Wafia." Tangan Amirul mahu memegang lengan Alia, namun tangannya berhenti dengan drastik apabila mula menyedari tentang akibatnya nanti.

"Macam mana awak tahu nama panjang saya?" tanya Alia dengan soalan yang sama. Amirul hanya tersenyum manis. Entah mengapa, tapi dia mula membayangkan seseorang. Seseorang yang mungkin pernah memberikan senyuman yang sama padanya. Tapi dia tak tahu siapa.

Amirul masih senyum ketika melangkah supaya tubuhnya dekat dengan Alia. Tangannya menyilng pada dadanya.

"Mungkin sebab saya orang yang pernah rapat dengan awak?" Kaki makin melangkah ke arah Alia. Alia makin ke belakang kerana tak mahu dekat dengan Amirul. Namun, dia tak boleh pergi ke mana-mana lagi sebab belakang tubuhnya sudah tersandar pada tiang pondok.

"Saya... pernah rapat dengan awak? Tapi, macam mana?" Suara Alia kedengaran sangat perlahan. Namun telinga Amirul masih dapat menangkap kata-kata yang terzahir dari mulut Alia.

"Macam mana? Hurm..." Amirul hilang kata. Alia masih menunggu jawapan dari Amirul.

"Macam ni. Biarlah awak tahu yang kita pernah kenal dan pernah rapat. That's it."

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now