part 43

5.7K 227 2
                                    

Beberapa poster yang mengiklankan tentang rumah dan bilik sewa dibelek-belek sambil berjalan. Alia asyik sangat lihat semua poster itu sampaikan dia sendiri telah lupa tentang kejadian tadi.

Memanglah dia masih lagi sedih. Tapi apa lagi yang dia boleh buat apabila Aryan sudah halau dia? Tak ada apa lagi, kan? Jadi, biarlah Aryan dengan hidupnya dan Alia dengan hidupnya.

"Duit ada dua ribu lebih. Nak ambil yang mana, eh?" Alia gumam sendiri. Dia melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan. Tanpa dia sedar, ada sebuah kereta yang sedang laju bergerak ke arahnya.

Apabila ada jeritan daripada orang di sekitar, barulah Alia sedar yang dirinya bakal dilanggar. Dia mahu lari selamatkan diri, namun kakinya seolah-olah melekat pada jalan. Dia tak boleh lari!

Dum!

Tubuh Alia dilanggar sehingga tubuhnya melambung dua meter jauhnya. Alia sudah tidak sedarkan diri. Benda terakhir yang dia nampak adalah pemilik kereta yang melanggarnya keluar dari kereta dan berlari ke arahnya.

Lepas itu, semuanya gelap.

~~

"Weh, ada accident dekat sana." Jake yang baru masuk ke dalam kedai makan mengejutkan Aryan dan Danny tentang kemalangan yang baru saja terjadi.

"So? Not my problem." Aryan hanya abaikan berita yang Jake sampaikan. Asalkan bukan ahli keluarganya yang terlibat, dia tak nak ambil tahu.

"Tapi, aku rasa tak sedap hatilah. Kita pergi tengok nak?" Dia pun tak tahu kenapa hatinya tiba-tiba rasa tak sedap dengan kejadian yang berlaku di depan matanya. Dari jauh, memanglah dia tidak dapat mengecam siapa yang kena langgar. Tapi, mana tahu kalau dia daripada kenalannya juga.

"Tak payahlah. Sah-sah dekat sana ramai orang. Jangan nak tambah kesesakan dekat situ." Danny pula bersuara. Sekarang pun dah ada ramai orang yang berkumpul untuk lihat apa yang berlaku sekaligus menunggu pihak perubatan datang. Buat apa mereka nak sertai mereka yang menunggu di situ kalau boleh lepak di kedai.

"Ah, tak kira. Korang tak nak pergi, tunggu sini." Jake bangun semula dan pergi ke tempat di mana Alia kena langgar. Tapi, dia terlambat apabila pihak paramedik mula mengusung tubuh Alia ke dalam ambulans.

"Kak Alia!"

Suara yang menjerit membuatkan Aryan mengalihkan pandangan daripada telefon. Suara yang menjerit itu seolah-olah memanggilnya untuk ke sana. Namun, dia terlambat apabila semua orang sudah bersurai dari tempat kejadian. Jake pun sudah datang semula ke arah mereka.

"How? Teruk tak?" 

"Tak sempat tengok. Tapi, kenapa aku macam pernah nampak perempuan yang kena langgar tadi eh?" Sibuk otaknya memikirkan siapakah kelibat yang dilanggar tadi. Adakah dia kenal, atau hanya dia saja yang rasa yang dia kenal perempuan itu.

"Pelanduk dua serupa kut."

Tak kisahlah pelanduk dua serupa ke, pelanduk tujuh serupa ke, Aryan tak nak ambil tahu. Apa yang dia tahu, dia cuma nak balik dan rehatkan diri dan mindanya.

~~

Alia buka mata apabila keadaan sekeliling seakan-akan memaksanya untuk buka mata. Cahaya pagi yang menerobos masuk melalui tingkap wad hospital membuatkan dia mahu pejam mata semula. Kepalanya yang berdenyut-denyut cuba untuk ditahan, namun sakitnya semakin menyengat apabila dia cuba untuk ingat balik apa yang telah berlaku padanya.

"Cik dah sedar? Jap, saya panggil doktor." Jururawat yang baru saja selesai jalankan pemeriksaan pada Alia keluar dari wad untuk panggil doktor. Seketika kemudian, jururawat tadi masuk semula ke dalam wad bersama dengan seorang doktor perempuan.

"Cik, biar saya check cik dulu ya." Doktor tadi minta izin pada Alia untuk periksa apa yang patut. Alia berikan kerjasama pada doktor untuk buat apa yang patut. 

"Okey, nama cik siapa?" Dia mahu buat ujian yang terakhir ke atas diri Alia.

"Alia Wafia." Doktor angguk perlahan. Nampaknya, Alia masih ingat namanya.

"Baik. Umur?"

"22." Bagus, umur pun ingat. Tapi, itu masih tak cukup untuk dia diagnoskan kecederaan yang Alia dapat.

"Cik ada keluarga tak? Kawan ke?" Alia diam. Okey, ini tak bagus. Susahlah dia nak berhubung dengan orang yang ada hubungan dengan Alia. Sudahlah waktu Alia dilanggar, saksi hanya menjumpai kad pengenalan Alia saja. Kalau macam itu, memang susahlah untuk doktor berjumpa dengan waris.

"Saya tak ingat." Itu saja jawapannya. Dah dia memang tak ingat langsung akan orang lain yang pernah dia kenal dulu. Takkan nak tipu yang dia ada kenal dengan orang lain pula.

"Walaupun seorang daripada ahli keluarga atau kawan cik?" Doktor itu tanya lagi untuk pastikan yang Alia tak tipu. Alia geleng lagi, dan kali ini doktor itu perlu percaya walaupun terpaksa. Dia rasa, Alia telah mengalami amnesia. Tapi, dia tak pasti sama ada tahap amnesia yang Alia alami teruk ataupun tidak.

"Tak apa, kami akan uruskan tentang hal waris cik. Cik boleh sambung berehat."

~~

"Ibu, ibu!" Aimi menjerit apabila dia selamat berada di dalam rumah.

"Apa dia, Aimi?" Masakan dia tak terkejut? Bila dia tengah sibuk menguli tepung untuk buat kuih, Aimi menjerit namanya. Aimi yang terdengar suara Puan Yuna terus pergi ke dapur.  

"Kak Alia kena langgar. Depan mata Aimi sendiri." 

Pap! Bekas yang berisi tepung terjatuh ke lantai. Serta merta Puan Yuna dapat bayangkan macam mana Alia kena langgar walaupun ianya bukan terjadi di hadapan matanya. Cepat-cepat Puan yuna basuh tangannya dan berlalu pergi ke biliknya.

"Pergi siap cepat. Bawa ibu jumpa Alia," arah Puan Yuna pada Aimi. Aimi masuk ke dalam biliknya dan bersiap-siap untuk ke bandar semula. 

Hanya sepuluh minit saja mereka gunakan untuk bersiap. Apabila sudah siap, Puan Yuna tutup pintu rumah tanpa menguncinya. Dia tahu yang Pak mahmud tidak bawa kunci rumah apabila keluar. Dia pun sudah meninggalkan pesanan yang dia dan Aimi akan pergi ke pusat bandar untuk menjenguk Alia.

"Ibu, tu Abang Thaqif, kan?" Puan Yuna menoleh ke depan apabila kereta milik Thaqif masuk ke perkarangan rumah mereka. Pantas Thaqif keluar dari kereta apabil enjin kereta sudah dimatikan.

"Mak cik, saya dengar yang Alia accident dekat bandar sana. Betul ke?" tanya Thaqif dengan nafas yang teruncap-uncap. Dari rumah tadi, sampailah di hadapan rumah Puan Yuna, hatinya rasa risau pada Alia. 

"Betul, itupun Aimi yang kata Alia accident. Sebenarnya kami nak pergi tengok Alia. Kami pergi dulu."

"Kejap. Apa kata mak cik dengan Aimi tumpang saya. Saya pun ingat nak tengok Alia juga." 

"Kalau tak susahkan kamu, bolehlah." Thaqif angguk. Mereka bertiga masuk ke dalam kereta dan bertolak ke hospital. Dalam kereta, Puan Yuna tak habis-habis berdoa semoga anak sulungnya itu selamat. Dan tak lupa juga akan semua kesalahannya pada Alia dulu. Jujurlah, dia betul-betul rasa bersalah pada Alia sebab dah halaunya dari rumah beberapa bulan yang lepas. 

Mungkin dengan keadaan Alia yang telah cedera sekarang ini, dia boleh ambil puluang untuk tebus kesalahannya dengan menjaga Alia dan bawa Alia balik ke kampung semula.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now