"Kalau Miraa suka seseorang, Miraa buat apa?" tanya Alia. Dia tengah sibuk memasak makanan tengah hari bersama Amiraa. Itupun Amiraa kena paksa dengan Puan Melissa untuk tolong Alia masak.
Pergerakan Amiraa terhenti kerana soalan Alia. Soalan Alia... boleh dikatakan susah baginya. Ya, memang dia pernah bercinta. Tapi, bukan dia yang mulakan langkah dulu. Farhan yang mulakan dulu. Jadi, dia tak ada pengalaman dalam hal confess-mengonfess ini.
"Macam nilah. Akak ada dua cara, sama ada akak luahkan straight to the point atau akak pendamkan saja perasaan akak." Itu pendapatnya saja. Sebab, itu saja pendapat yang dia boleh berikan. Namun, kedua-duanya ada baik dan buruknya.
Tentang hal luahkan straight to the point, mungkin dia akan tahu tentang perasaan kita. Kalau dia terima, maknanya kita akan dapat dialah. Yang buruknya, akibatnya berlawanan dengan tak dapat malu. Dan potensi untuk ditolak mentah-mentah akan menjadi lebih tinggi.
Untuk bahagian diamkan saja, kita tak akan mendapat malu kalau luahan kita ditolak. Sekurang-kurangnya, tak adalah kita rasa janggal dengan si pencuri hati kita. Yang buruknya apabila memendam, hati kita akan jadi lebih sakit. Yang paling perit, kita terpaksa membiarkan si dia menyulam cinta dengan orang lain. Kan sakit tu.
"Miraa rasa, mana satu yang baik?" tanya Alia lagi. Biasalah, dia mana pernah bercinta. nak ada pengalaman bercinta, jauh sekali. Dia tahu yang Amiraa pernah bercinta sebelum ini, sebab itulah dia minta pendapat daripadanya. Walaupun, kisah percintaan Amiraa boleh dikatakan sebagai cinta monyet.
"It's up to you. Sebab keputusan semuanya ada pada diri akak. Semua orang berbeza, dan cara untuk dapatkan dia mestilah berbeza. Mungkin akak lagi kenal lelaki tu daripada orang lain kenal."
"Masalahnya, Miraa lagi kenal dengan dia," gumam Alia dalam hati. Dia tak nak terus terang pada Amiraa bahawa dia sebenarnya ada hati pada Aryan. Mana tahu, Amiraa tak suka dengannya lepas ini apabila Amiraa tahu yang dia ada hati terhadap abangnya.
"Okey, nanti akak usahakan. Wish me luck."
"Of course! Orang macam akak pun layak untuk bahagia."
Alia tersenyum lebar. Ya, dia pun layak untuk bahagia.
~~
"Kita nak pergi mana?" Seperti biasa, Alia akan bertanya kepada Aryan soalan yyang sama setiap kali mereka ingin keluar. Dan seperti biasa, Aryan takkan layan pertanyaan Alia.
"Kau nampak sangkar dekat belakang tu?" Alia pandang belakang. Di situ, terdapat sebuah sangkar kucing. Dan semestinya terdapat kucing di dalamnya. Bila dah namanya kucing, mestilah kucing kesayangan Aryan berada di dalam.
"Nak pergi vet. Blackie ada appointment," jelas Aryan. Memang dia biasa pergi serang diri. Tapi, kita jangan sia-siakan pembantu peribadi kita. Sekali kita upah dia, kita mestilah suruh dia buat kerja-kerja kita.
Just kidding. Dia tahu yang Blackie takkan selesa dengan doktor-doktor di situ, Jadi, dia akan gunakan Alia sebagai peneman Blackie untuk seketika. Nak suruh dia teman? Tak payah. Dia malas nak masuk dan malas nak hadap perkara yang sama.
You know what I mean? Yes, medicine. Seorang Aryan Wong amat bencikan ubat. Walaupun ianya memang dikhaskan untuk haiwan, kalau dah namanya ubat, memang dia tak suka.
"Ouh, ingatkan nak pergi dating," gumam Alia perlahan. Namun, seperlahan manapun suaranya, telinga lintah Aryan tetap boleh menangkap apa yang dia katakan.
"Dating?"
Alia tergamam. Dia cakap kuat sangat, ke?
"Eh, tak! Saya cakap... hah, lepas ni saya nak dating dekat pantai. Dengan Blackie." Cepat-cepat Alia menjelaskan ayatnya. Walaupun dia tahu yang Aryan faham maksud ayatnya.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...