Kaki bergerak turun ke bawah. Sekarang sudah pagi, jadi dia mahu menolong Puan Melissa untuk sediakan sarapan. Lepas itu, barulah dia bersiap untuk ikut Puan Melissa ke butik.
Ketika dia lalu di hadapan bilik Puan Melissa, dia dapat dengar dua suara tengah berbincang. Bincang apa? Dia pun tak tahu. Jadi, dia mengambil keputusan untuk curi-curi dengar.
"Bolehlah, mama. Aryan nak Alia jadi PA Aryan."
PA? Personal assistant? Pembantu peribadi? Yang itu ke?
"Mama tak kisah. Tapi Aryanlah yang kena tanya Alia. Mama tak boleh buat keputusan sendiri."
Dapat dia dengar helaan nafas daripada Aryan. Tak lama lepas itu, dia dapat dengar Aryan beri kata setuju sebelum memohon diri untuk keluar dari bilik.
Alia mula panik. Dia tak nak Aryan mahupun Puan Melissa tahu yang dia curi-curi dengar. Dia mahu lari dari situ.
Namun, nasibnya tidak baik. Tak tahulah apa yang salah, tapi dia terjatuh tepat-tepat di hadapan tangga. Nasib baiknya ialah, dia tak terjatuh ke tingkat bawah.
"Kau curi-curi dengar?" Oh, oh. Dia dah tertangkap. Perlahan-lahan kepala Alia pusing ke belakang. Senyuman bersalah ditayangkan sebab dia memang bersalah pun.
Alia bangun dan berdiri di hadapan Aryan. Sempat lagi dia kutuk dirinya sebab sudah tertangkap dengan Aryan. Tak lupa juga, dia kutuk riak muka Aryan yang selalu sangat beku bila berada dekat dengannya.
Cuba senyum sikit. Barulah ramai yang mengorat. Tapi, kalau Aryan tak senyum pun, ramai juga yang tertarik dengannya.
"Baguslah kalau kau dah tahu. Baik kau siap-siap sekarang. I only give you ten minutes. Kalau lambat, tahulah apa yang aku nak buat." Seperti biasa, Aryan terus berlalu pergi apabila sudah siap beri arahan kepada Alia.
Alia pun apa lagi? Terus berlari ke biliknya semula untuk menukar baju kepada baju yang lebih sesuai. Kalau 10 minit yang dikatakan berlalu, silap-silap Aryan terjah masuk dan tarik dia keluar.
~~
Kali kedua dia dikenalkan pada pekerja. Cuma, pekerja kali ini adalah pekerja bawahan Aryan. Tapi tak apa. Asalkan bukan dia yang kenalkan diri sudah.
Sekarang, mereka berada di dalam bilik pejabat Aryan. Aryan kata dia perlu berikan beberapa arahan kepada Alia sebelum Alia mulakan kerjanya sebagai pembantu peribadi Aryan.
"Nah." Aryan hulurkan fail yang mengandungi kontrak dan syarat yang Alia perlu ikut. Tanpa banyak soal, Alia ambil fail tadi dan baca dengan teliti.
Skop kerja ketika menjadi pembantu peribadi Aryan Wong
1. Wajib datang sebelum pukul lapan. Kena awal daripada bos.
2. Buat air kapucino suam setiap pagi. Pastikan tak manis sangat.
3. Kemas meja bos. Pastikan tak berselerak sebelum bos datang.
4. Panggil bos dengan nama panggilan pejabat. Bukan dengan nama atau seangkatan dengannya.
5. Buat kerja betul-betul. Jangan nak makan gaji buta.
6. Mesti ikut bos pergi jumpa client. Tak ada alasan untuk tak ikut.Sebarang perubahan akan diberitahu nanti.
Di bawahnya ada ruang untuk tandatangan. Alia hanya pandang ruang itu. Bukan tak setuju dengan syarat Aryan, tapi macam mana dia nak tandatangan kalau tak ada pen?
"Awak, pen?"
"Ouh, lupa." Sebatang pen dihulurkan kepada alia. Sementara menunggu Alia tandatangan, Aryan buka iPhone miliknya. Relaks, masa masih panjang. Daripada dia buang masa dengan menunggu Alia, baik dia main game.
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...